Wany Hasrita Selamat Bergelar Ibu, Harap ‘Cahaya Mata’ Jadi Pengerat Kasih Bersama Suami

Share

Penyanyi yang popular dengan alunan lagu menahan rindu yang pernah menjadi fenomena hingga melonjakkan namanya di persada seni tanah air, Wany Hasrita kini telah bergelar ibu apabila selamat melahirkan cahaya mata sulungnya di sebuah pusat perubatan, pada jam 7.14 malam tadi.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Wany sendiri menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, bertujuan menzahirkan rasa syukur diatas kelahiran cahaya mata perempuan hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta Mohd Al-Adib Fahmi Harun, yang dilahirkan secara normal.

“Semoga Jadi Anak Solehah, Penyejuk Mata Penenang Jiwa,” – Wany Hasrita

“Assalamualaikum, Bismillahi MasyaAllah, Alhamdulillah, Wany selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 7.14 malam (semalam) secara normal.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan kami. Anak ibu semoga jadi anak solehah, penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu dan bapa.

“Membesar dengan sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat kepada yang lain kelak,” tulis Wany pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Artikel berkaitan: Rahsia Wany Hasrita Capai Kulit Berseri, Konsisten Pakai Satu Produk Ni! 

Sekadar info, Wany sememangnya menjangkakan bahawa dia akan melahirkan cahaya mata sulungnya itu pada bulan ini.

Sehubungan itu, dia dan suamk bersepakat untuk menjalani proses bersalin dan berpantang di ibu negara.

Untuk rekod, Wany dan suami, Mohd Al-Adib yang bertugas sebagai juruterbang di Kuching, mula rapat selepas diperkenalkan rakan baik Wany pada 2019 dan mengikat tali pertunangan pada 26 Februari 2022 dan memutuskan untuk menikah pada Julai tahun lalu.

Artikel Berkaitan : ‘Kalau Tak Ok, Reda Jelah’- Suka Tudung Bawal, Wany Hasrita ‘Doa’ Je Agar Awning On Point!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir