Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Canggung, Wany Hasrita dan ibunya menjadi antara rakyat Malaysia yang bertuah menerima naskah Quran Terjemahan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris daripada Raja Salman.
Untuk pengetahuan semua, Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud telah mewakafkan 20 ribu naskah Al-Quran kepada masjid-masjid, surau, institusi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia.
Menerusi Instagram @ilmuanmalysia, Pengerusi Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU) Dato Hj Ahmad Tajuddin Idris sebentar tadi telah mengaturkan pertemuan antara Wany dan TYT Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur iaitu Syaikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Rubai’an.
Pertemuan ini adalah kesinambungan dari jemputan haji yang diterima Wani dari kerajaan Arab Saudi pada tahun lepas dan dia turut dihadiahkan Al-Quran tersebut pada pertemuan itu.
Wany turut meluahkan rasa syukurnya di atas pemberian tersebut dan berterima kasih kepada Ilmuan Malaysia di atas peluang itu.
Beruntung sungguh Wany menjadi antara yang terpilih menerima naskah Quran ini. Moga rezeki Wany akan terus melimpah-ruah dan sentiasa berada dalam redhaNya.