Ibu adalah antara figura dan sosok yang sentiasa berusaha menjaga, melindungi dan membahagiakan anak-anak mereka. Malah, apa sahaja kemahuan si anak sebolehnya akan dipenuhi agar anak-anak dapat mencapai impian dan cita-cita yang dihajati.
Begitu juga apa yang terpaksa dilalui oleh wanita separuh abad ini yang jua merupakan seorang ibu. Apabila dia nekad untuk menyerahkan seutas rantai tangan emas yang diterima daripada suami ketika ulangtahun perkahwinan mereka.
@asiah1106 Makcik ni mai nk tolak gelang emas semata mata nk beli laptop utk anak dia . Macam ni la Pengorbanan mak ayah kita nk bg ank bljaq utk ubah nasib keluarga #kutuasiah #ibukutuasiah #fypシ #fyp #foryoupage #xyzbca #kedah ♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN
Perkara berkenaan menjadi tular di aplikasi Tik Tok menerusi akaun pengguna @asiah1106 apabila dia memuatnaik video wanita berkenaan yang datang ke kedainya untuk membeli komputer riba agar anaknya dapat menyambung pengajian.
Meski sedih dan hiba kerana terpaksa melepaskan harta paling berharga miliknya yang sarat dengan ‘sentimental value’. Namun, dia sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi permintaan anaknya itu.
“Assalamualaikum. Makcik ni nak cari laptop kat anak. Orang habaq (beritahu) ada kat sini, makcik datang nak tengok macam mana bayarannya.
“Kalau boleh tu, kalau cukup nak beli cash. Makcik kira nak bagi gelang je, gelang ni pakcik la beli untuk hari ulang tahun perkahwinan kami. Sayang la.
“Dia (anak) yang penting. Dia nak belajar. Kita berkorban. Nak tanya, tengok la, boleh ke tak boleh?” ujar wanita itu kepada peniaga kedai.
Menerusi rakaman video sama, peniaga kedai yang turut merasa sebak dan empati terhadap keadaan wanita berkenaan telah menawarkan sistem pembelian gajet secara ansuran menerusi sistem ‘Kutu Gajet’ tanpa perlu mencagarkan rantai tangan emas yang dimilikinya.
Artikel berkaitan: Waheeda Wasini Dedah, ‘Hilang’ Dari Dunia Seni Kerana Tadabbur Al-Quran Selama 10 Tahun!
“Kalau kata makcik nak tolak gelang tu, saya rasa tak gaduh (perlu) la. Simpan la kot, ada benda lagi pentingkan nak beli? Saya rasa makcik join kutu la.
“Selain jual cash, kami buat kutu… macam kutu kain batik. Kami buat kutu gajet juga untuk telefon dan laptop. Kalau nak bayar bulan, boleh la main kutu.
“Main kutu senang sikit, tak gaduh (perlu) keluar duit seketul, cuma bayar bulan-bulan,” ujar peniaga kedai secara terperinci.
@asiah1106 Replying to @cikgu masni… PART 2 – Tak jadi tolak gelang sbb Sy ajak byr bulan bulan 😔 insyallah la nnti sya tolong bayarkan separuh dari harga asal niat sedekah utk dia terima kasih yg mana nak bantu 💓 #kutuasiah #ibukutuasiah #fypシ #fyp #foryoupage #xyzbca #kedah #laptop #acer ♬ Seruling Sholawat Jibril – vmozjr
Wanita itu kemudian bersetuju untuk menerima ansuran komputer riba berkenaan mengikut kemampuanya, iaitu membayar sebanyak RM 200 setiap bulan memandangkan hanya dia sahaja yang membanting tulang demi menyara kehidupan keluarga mereka.
Jelas wanita itu lagi, suaminya kini sedang terlantar sakit dan tidak mampu membantu untuk menyara keluarga.
“Acik bajet dalam RM200 lebih sebulan. Acik seorang kerja, pakcik sakit, tak sihat,” ujarnya lagi dalam nada sebak sambil mengesat air mata.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa simpati dan mahu membantu meringankan beban wanita berkenaan.
Perkembangan terbaharu, Nor Asiah memaklumkan bahawa terdapat seorang ‘hamba Allah’ yang sudah menghulurkan bantuan dengan menghadiahkan wanita itu sebuah komputer riba untuk anaknya.
“Tak apa, dah ada orang baik sedekah komputer riba,” ujarnya di ruangan komen.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis video yang dikongsi Nor Asiah Kamis di laman TikTok itu telah meraih lebih 1.6 juta tontonan.
Artikel berkaitan: Ramai Selebriti Sambut Baik Program ini, Bentuk Karakter Dan Akhlak Melalui Al Quran
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.