Wanita Tidak Perlu Takut Untuk Kongsi Masalah Dalaman Kepada Doktor, Ini Kerana…

Share

Ramai rupanya wanita yang tidak sifat terbuka malah memendamkan apa yang dirasai. Malah, ramai juga wanita yang tidak memberitahu doktor tentang kesihatan diri kerana malu atau dianggap remeh.

Adakah perlu untuk wanita sifat lebih terbuka? Ataupun ada sesetengah tidak mahu rahsia terbongkar kepada sesiapa pun?

Pendam masalah dalaman akan mensia-siakan kesihatan anda!

Jawapannya adalah ya! Sangat penting untuk wanita mempunyai kesedaran itu dan bersikap lebih terbuka dalam membicarakan tentang isu kesihatan diri sendiri. Menurut pengarah Obstetrik dan Ginekologi hospital UMRA, Dr Ummul Wahiy Abd Hakim berkata, keadaan wanita di luar sana yang ingin mengetahui tentang kesihatan diri mereka sendiri amatlah kritikal dan sangat diperlukan pada masa kini. Ini juga menurut dari doktor dan juga pakar sendiri.

Kebanyakan wanita tidak mempunyai pendidikan awal tentang pentingnya kesihatan berkaitan wanita. Ini mungkin menyebabkan sukar buat mereka untuk bersifat terbuka. Menurut doktor juga, semangat yang kurang menyebabkan golongan wanita ini takut untuk bertanyakan pada doktor.

Artikel Berkaitan: Memang Sakit Bila Kena ‘Frozen Shoulder,’ Doktor Ini Kongsi Punca & Cara Rawatan

Selain itu, faktor budaya juga menjadi peranan utama kerana kita telah diajar untuk tidak memberitahu sesetengah perkara yang dianggap memalukan atau tabu. Itu menyebabkan kebanyakan wanita sukar untuk memberitahu kepada orang lain.

Sebagai contoh, sekiranya wanita tersebut mempunyai masalah tentang alat sulit atau masalah intim bersama pasangannya sewajarnya berjumpa dengan pakar atau doktor tetapi kebanyakan wanita memberitahu rakannya.

“Kebanyakan wanita timbul rasa malu apabila ingin memberitahu kepada doktor tentang masalah kesihatan sulit kerana ia dianggap remeh,” jelas Dr. Ummul Wahiy kepada portal berita AWANI.

Menurut Dr. Ummul Wahiy, perkara sulit sebegini perlu didik sejak kecil lagi supaya kebanyakan antara kita akan bersifat lebih terbuka untuk membicarakan pelbagai isu wanita. Oleh kerana itu, bermula dari ibu bapa yang bersikap lebih terbuka dalam membantu anak-anak sekiranya memerlukan bantuan apa-apa.

Artikel Berkaitan: Kanser Ovari; Doktor Ini Kongsi Siapa Yang Berisiko, Peringkat Kanser & Rawatan Yang Boleh Dilakukan

Jadi, sebagai wanita kita perlu berani dan tidak segan untuk mempertahankan diri untuk kebaikan diri sendiri. Malah, sebagai orang sekeliling berilah sokongan kepada wanita diluar sana agar tidak takut untuk menyuarakan pandangan atau masalah tubuh badan anda.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee