Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah kita digalakkan untuk menambah ilmu dan mengejar pahala sebanyak mungkin. Bukan sahaja ketika kita dalam jaga, tetapi juga sebelum lelapkan mata.
Sebelum tidur, kaum wanita digalakkan melakukan beberapa adab sebelum tidur untuk mendapat lebih ganjaran pahala dan banyak kelebihannya. Seperti mana Rasulullah SAW berpesan pada Aisyah Ummu Mukminin, isteri tercintanya.
foto: @dianpelangi
“Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan EMPAT perkara ini, iaitu:
Sebelum mengkhatamkan Al-Qur’an.
Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di Hari Akhirat.
Sebelum para Muslim meredhaimu.
Sebelum kau laksanakan Ibadah Haji dan Umrah.
Aisyah pun, bertanya kepada Rasullah SAW: “Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara ini, seketika?”
Walau sesibuk mana sekalipun urusan kerja dan aktiviti yang dilakukan dalam sehari, kita tetap diperingatkan supaya tidak meninggalkan amalan membaca al-Quran. Membaca al-Quran bermakna seseorang itu sentiasa mengingati Allah SWT.
Satu perkara yang perlu sentiasa terpahat dalam hati dan fikiran kita setiap Muslim adalah membaca al-Quran itu bukan hanya mampu memperoleh pahala bacaannya sahaja, malah ia bakal menjadi penyelamat, pelindung serta syafaat kepada pembacanya pada hari akhirat kelak.
Umamah al-Bahili meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran. Pada hari kiamat, ia akan memberi syafaat kepada orang-orang yang membacanya.” (Sahih Muslim)
Bukan saja mereka yang membaca al-Quran, malah golongan yang mendengar bacaan al-Quran juga dikira sebagai melakukan amal kebaikan.
Ustaz, saya baca Al-Mulk tiap hari Ustaz. Boleh?
Saya kata Alhamdulillah.
Ustaz, saya baca sehari 1 muka boleh ke?
Boleh.
Ustaz, saya busy. Separuh muka boleh kan?
Boleh juga..
Ustaz, separuh muka pun susah Ustaz. Tak dan.
Suku pun boleh.
Ustaz, baca 2-3 ayat sehari ok jugak kan?
Pun boleh..
Rasulullah SAW ada kata : “Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat At-Tirmizi)
Ustaz, saya pasang YouTube ngaji, dengar dan follow baca ok?
Boleh juga..
Rasulullah SAW pun ada sebut : “Sesiapa mendengar (bacaan) satu ayat daripada al-Quran, dia dicatat melakukan kebajikan yang dilipatgandakan. Sesiapa membacanya, maka dia akan mendapat cahaya pada hari kiamat.” (Musnad Imam Ahmad)
Ustaz, baca mana yang hafal je ok ke? Surah lazim
Boleh…
Ustaz, saya mengaji lintang pukang boleh kan?
Boleh.. Nanti cari guru..
Saya ngaji perlahan, sangkut-sangkut.
Takpa, comey gak tu
Aisyah ada sebut, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalkannya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yang membaca al-Quran dengan sungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan mendapat dua pahala.” (Sahih Bukhari dan Muslim)
Ustaz, saya baca tapi tak tau maksud takpa ka
Yang penting baca, ada masa baca tafsir
Saya baca surah al-Waqiah tiap hari boleh?
Boleh, cuma kesian dengan surah lain sama
Saya baca surah lazim je boleh Ustaz?
Boleh, tapi sampai bila..?
Abang kakak, baca Al-Quran ni adalah tentang diri kita. Sebab kita yang perlukan Quran, Quran tak perlukan kita. Nabi kata apa? “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim (804)] Nampak? Kita yang perlu syafaat untuk nak masuk syurga.
Saya nak kata apa abang kakak. Sibuk mana pun kita, Quran jangan tinggai. Bagi ada dalam rutin kita sama ada baca, dengaq, ngaji walau satu ayat. Sebab hidup kita tak lama, kita tau ka bekai kita banyak mana? Konfiden sangat ka kita boleh masuk syurga? Tak konfiden kan? So, mengajilah.
Jangan malu tak reti mengaji.
Tapi malulah sebab tak mau mula mengaji
Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat.
Kesihatan mental juga merujuk kepada Tindakan cara individu berfikir, merasa dan cara mereka bertindak. Cara individu ini menghadapai masalah dan mengatasinya berbeza aptah lagi cara mereka ini berinteraksi satu sama lain.
Kemurungan adalah salah satu masalah kesihatan mental, mereka ini mempunyai kecelaruan kebimbangan umum, kecelaruan panik, kecelaruan obsesif kompulsif, kecelaruan stres selepas trauma. Dan juga gangguan tidur.
Kesihatan mental mempengaruhi kesihatan fizikal, kualiti kehidupan dan produktiviti seseorang. Namun sebagai anda yang beragama harus mempercayai keberkesanan ayat-ayat yang terkandung di dalam Al=Quran. Berikut 6 surah yang anda boleh amalkan untuk hindari dari gejala-gejala penyakit mental:
Surah-surah ini boleh menenangkan diri anda, amalkan secara istiqomah insyallah tiada lagi gejala-gejala tak sihat:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Video yang dimuat naik oleh ibu selebriti terkenal, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed menarik perhatian ramai apabila dia memeluk anaknya yang tercinta itu mengenakan niqab.
MashaAllah mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untukku ucapkan syukur dengan karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untukku, yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku..
Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku , seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia.. amiiinnn Love you bidadariku @neelofa ❤️ #anakluarbiasa
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.