Luar Negara

“Wanita Perlu Berdikari” Nasihat PAULA Buat Kaum Hawa Untuk Elak Kekecewaan & Rasa Tidak Bahagia

Share

Paula Verhoeven menitipkan nasihat buat kaum wanita bahawa kini mereka harus tahu untuk berdikari.

Menurutnya, sikap tersebut adalah sangat penting lebih-lebih lagi pada zaman yang penuh cabaran kini.

Kredit Foto: paula_verhoeven

Menurut Paula, ia juga adalah perkara paling utama dalam kehidupan seorang wanita.

“Bagi saya, wanita perlu berdikari. Itu sangat penting,”

kata Paula.

“Dalam agama kita juga diajar untuk tidak bergantung kepada manusia. Tetapi pada dasarnya kita harus tahu untuk berdikari,” kongsi Paula di saluran Youtube Ana Sofa Yuking, baru-baru ini.

Kredit Foto: paula_verhoeven

Tak Dikecewakan
Menurut Paula lagi, berdikari dalam semua perkara baik sikap mahupun kewangan amat perlu.

Katanya, kebebasan berdikari akan membuatkan seorang wanita itu tidak mudah dikecewakan oleh orang lain.

Kredit Foto: paula_verhoeven

“Apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain tidak memberi kesan kepada kita,”

jelasnya.

Berilmu & Tahu Batas
Seorang wanita juga mesti ada ilmu dan celik undang-undang agar setiap perkara yang dilakukan ada batas-batasnya.

Dengan memahami undang-undang, seorang wanita itu tahu baik dan buruknya perbuatan orang lain.

Dengan sikap berdikari, seorang wanita itu juga akan lebih kuat dalam menghadapi sebarang cabaran mahupun masalah.

“Maka bagi saya, wanita perlu berdikari kerana kita perlu menjadi wanita yang kuat,”

tambah Paula Verhoeven.

BACA JUGA: PAULA VERHOEVEN Tabah Hadapi Cabaran, Kekal Istiqamah Berhijab

Published by
Amy Mohd