Sebaik-baiknya sebelum mendirikan rumah tangga, wanita bina dahulu kerja. Capai dahulu target dalam kerjaya dan dalam masa yang sama kumpul harta dan set sebanyak mungkin.
Kita tidak tahu masa depan bagaimana. Jangan hanya berharap apabila sudah berkahwin nanti, semuanya suami yang akan sediakan. Anggapan ini tidak seharusnya ada dalam kamus hidup seorang wanita.
Berusahalah untuk mengumpul harta sendiri. Baca perkongsian berikut.
WANITA PERLU BERHARTA
Saya galakkan wanita ada harta sebelum jadi isteri tercinta. Kita tak boleh jangka apa akan berlaku pada kita.
1. Usahakan ada simpanan sendiri sebelum jadi isteri.
2. Jika dapat belilah sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan.
3. Jika suami tercinta beri duit nafkah, usahakan buat simpanan sendiri. Jangan belanja semuanya.
4. Jika suami tiada wawasan kewangan, rahsiakan berapa simpanan yang ada. Tak cerita semua bukan dosa.
5. Jangan serahkan masa depan pada orang lain, rancang masa depan sendiri.
6. Belajar bawa kenderaan dan ada lesen sendiri.
7. Buat catatan setiap perbelanjaan. Tahu setiap wang kita ke mana.
8. Suami hanya pinjaman tuhan sahaja. Bila bila masa boleh dijemput pergi atau digoda oleh wanita misteri.
Bersedia sebelum datangnya ujian dan badai melanda.
"Alahhh lelakikan ada?" Bersedialah hadapi bencana. Semoga berjaya.
Sumber kredit: Azizul Azli Ahmad