Wanita Muslim Berhijab Pertama Bergelar Senator Di Australia, Fatima Payman Cipta Sejarah

Share

Merupakan seorang pelarian dari Afghanistan, wanita berusia 27 tahun ini mula menjejakkan kakinya ke bumi Australia ketika berusia lapan tahun setelah tiga tahun bapanya berhijrah terlebih dahulu. Status keluarganya yang bersangkut paut dengan dunia politik menjadikan mereka sebagai sasaran puak Taliban sehingga menyebabkan keluarganya mengambil keputusan untuk meninggalkan Afghanistan

Di Australia, bapa Fatima bekerja sebagai pemandu teksi, pembantu dapur dan pengawal keselamatan demi membina sebuah kehidupan baharu untuk isteri dan anak-anak. Ibunya pula menubuhkan sekolah memandu, untuk menyara keluarga mereka dan membantu peringankan bebanan ayahnya.

Kredit foto: Facebook Fatima Paytan

Setelah menyaksikan perjuangan ibu bapanya sebagai pendatang baharu ke Australia, Fatima menjadi penganjur kesatuan di United Worker’s Union, yang mewakili pekerja merentas pelbagai industri termasuk pembersih, pekerja penjagaan warga emas dan pendidik pusat penjagaan kanak-kanak.

Fatima Payman menjadi pemecah tembok stigma untuk wanita Islam selepas dia menjadi ahli politik berhijab pertama yang memenangi undi yang mencukupi untuk menduduki kerusi di Dewan Senat Australia menerusi parti Buruh.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayah Galal, Wanita Berhijab Pertama Jadi Pembaca Berita Di Connecticut, Amerika Syarikat

Kredit foto: Facebook Fatima Paytan

“Saya mahu menormalkan pemakaian hijab. Saya berharap dapat menjadi inspirasi kepada ramai anak muda Australia yang lain, bahawa hanya kerana anda percaya kepada Tuhan, atau hanya kerana anda kelihatan berbeza, ia tidak seharusnya menghalang anda daripada terlibat dalam institusi yang penting.

“Anda tidak boleh menjadi apa yang anda tidak dapat lihat, dan parlimen tidak mencerminkan masyarakat umum Australia, maka bagaimana anda boleh mempunyai kepercayaan penuh bahawa mereka boleh mendengar suara anda, dan menjadi suara anda yang berkuasa?” ujarnya dalam satu temubual bersama The Guardian.

Kredit foto: Facebook Fatima Paytan

Berada dalam negara yang bukan majoriti warganya beragama Islam, pemilihan Fatima oleh rakyat kulit putih yang lain menonjolkan keterbukaan dan penerimaan terhadap masyarakat Islam. Mereka saling hormat sebagai satu komuniti yang berusaha menjadikan persekitaran kehidupan yang positif.

Menurut profil peribadinya di laman web rasmi parti Buruh, dia sangat bersemangat untuk memecahkan halangan untuk wanita dan golongan muda, dan menggalakkan mereka menyuarakan pendapat mereka. Fatima juga mahu berkhidmat dan membalas jasa kepada komuniti yang telah banyak membantunya.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber: (1), (2)

Published by
Fiezreen