Hukum pemakaian perfume yang mengandungi ambergris dan musk? Adakah halal? Melalui rujukan Ensiklopedia Pusat Rujukan Persuratan Melayu yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, “ambergris” ditakrifkan sebagai “Ambergris ialah bahan berlilin yang terdapat dalam usus sesetengah ikan paus sperma.
Ia berbau kuat apabila dikeringkan dan digunakan dalam minyak wangi yang mahal.” Manakala, “musk” pula merujuk kepada kasturi. Rujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan.
Manakala ambergris itu dalam bahasa Melayu dipanggil ambar. Ambar ialah perkataan yang berasal daripada kalimah Arab merujuk kepada sejenis barang yang harum baunya; ada yang berasal dari perut ikan laut, dan ada dari sejenis damar. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.
Dalam Bahasa Arab, Anbar juga merujuk kepada ikan paus. Daripada Jabir bin Abdillah RA:
Maksudnya: “Rasulullah ﷺ mengutus kami dengan bilangan tiga ratus penunggang kuda dan pemimpin kami ketika itu adalah Abu Ubaidah bin Jarrah untuk mengintip unta milik orang Quraisy. Kemudian kami bermukim di pantai selama setengah bulan. Hingga kami merasa sangat lapar. Akhirnya kami memakan daun-daunan yang gugur sampai pasukan kami dinamai pasukan Khabat (daun yang gugur). Tiba-tiba laut melemparkan seekor haiwan (dalam riwayat lain disebut Hut, yakni ikan paus) yang dipanggil al-Anbar. Kami pun makan dari ikan tersebut selama setengah bulan. Dari tubuhnya yang penuh lemak, kami lumurkan ke tubuh kami hingga tubuh kami segar kembali.” Riwayat al-Bukhari (no.4361) dan Muslim (no.1935)
Berkata Syeikh Yahya al-Imrani:
“Anbar itu ialah tumbuhan yang tumbuh di dalam laut kemudian ditelan oleh ikan paus.”
Rujuk al-Bayan fi Madzhab al-Imam al-Syafie (4/160)
Ads
Dalam Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (37/288), ambar ditakrifkan seperti berikut:
“Bahan pepejal yang tiada rasa dan tiada bau melainkan jika dihancurkan atau dibakar. Dikatakan bahawa ia adalah tinja haiwan laut. Manakala menurut istilah, diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Ahuma bahawa ambar itu ialah sesuatu yang diluahkan oleh laut. (Riwayat Abdurrazzaq dalam Musannaf-nya (no.6977).”
Nilai ambar ini begitu berharga sehingga sebahagian ulama selain Imam al-Syafie, mewajibkan zakat satu perlima daripadanya. Berkata Imam al-Nawawi:
“Ibn al-Mundzir menghikayatkan, begitu juga selain beliau, daripada al-Hasan al-Basri, Umar bin Abdul Aziz, al-Zuhri, Abu Yusuf, Ishak bin Rahwaih, bahawa mereka mewajibkan khums pada ambar.” Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab (6/6)
Ambar ini sinonim dengan pewangi, justeru daripada sudut hukum, jika ambar dipakai oleh orang yang sedang berihram, maka dikenakan fidyah. Berkata al-Nawawi:
Ads
“Jika kasturi digesek, atau ambar, atau kafur, pada hujung bajunya, atau perempuan meletakkannya pada jubahnya, atau perempuan itu memakai perhiasan yang diisikan dengan bahan-bahan tadi, wajib dikenakan fidyah, kerana itu perbuatan menggunakan.” Rujuk Raudoh al-Tolibin (3/132)
Dalam kesusasteraan moden, ambergris merujuk kepada keluaran sampingan semula jadi dari ikan paus sperma yang mempunyai diet memakan sotong. Ambergris mengandungi Ambrein, sejenis alkohol yang tidak berbau, yang digunakan dalam penghasilan minyak wangi supaya baunya lebih kekal lama. Rujuk What Is Ambergris? oleh Emily Osterloff dari Natural History Museum, United Kingdom.
AMBAR ADALAH SUCI
Dalam tradisi Islam, alkohol yang wujud di dalam ambar tidak menjadikannya najis, sekalipun memabukkan, kerana sifatnya dalam bentuk pepejal. Berkata Imam Ibn Hajar al-Haitami:
“Dalam hadis menyebut, “Setiap yang memabukkan itu adalah arak”, justeru tidak termasuk daripada jenis cecair, bahan seperti daun banj, ganja, opium, buah pala, ambar yang banyak, za`faran. Semua ini memabukkan tetapi sifatnya pepejal maka ia adalah suci.” Rujuk Tuhfah al-Muhtaj (1/289)
Ads
Oleh kerana asalnya berlumur dengan bahan yang bernajis kerana tinggal di dalam perut, maka Imam al-Syafie, tanpa menghukumkan ambar sebagai najis, mengajarkan cara untuk membersihkannya supaya boleh digunakan. Kata beliau:
“Hendaklah ambar dibasuh agar dibuang apa yang mengotorkannya kemudian jadilah ia halal, boleh dijual beli, dan digunakan sebagai pewangi, disebabkan ia adalah bahan pepejal yang berat, tidak busuk, tidak bercampur dengan bahan yang boleh merosakkannya secara keseluruhan, sebaliknya hanya luarannya sahaja, seperti kotoran yang berada pada luaran kulit yang jika dibasuh maka jadi suci, begitu juga kotoran pada emas, perak, tembaga, plumbum, dan besi. Apabila dibasuh ia menjadi bersih dan kekal sebegitu.” Rujuk al-Umm (3/115)
Justeru, ambar adalah suci, sekalipun berlumur dengan kotoran.
KESIMPULAN
Bahan atau minyak wangi yang mengandungi ambergris dan musk adalah suci dan boleh digunakan pada badan dan baju, termasuk ketika solat, selagi mana tidak ada bahan lain yang boleh menjadikannya bernajis.
Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada pihak yang bertanya. Kita berdoa agar Allah ﷻ mengurniakan kita harta dan perhiasan yang baik lagi suci supaya kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Amin.
Sumber kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kisah mengenai dua beradik yang dicuri motosikalnya selepas baru sahaja hari kehilangan ibu mereka memang menjadi viral di media sosial pada beberapa hari yang lalu.
Kasihan dengan nasib mereka, pendakwah terkenal, Ebit Lew tampil mengulurkan bantuan buat adik-beradik ini yang masih bersekolah bagi meringankan beban yang dialami.
Sayu sangat rasa hati terbaca 2 beradik yang tinggal dengan mak semenjak kecil. Maknya meninggal dunia 21 Jan, baru 3hari dan hari itu juga hilang motor kena curi. Mak tiada sebelah kaki dan sakit buah pinggang dan sentiasa dialisis. Ada seorang kakak dibesarkan oleh nenek dan makcik. Mereka berdua dengan mak. Sekarang tinggal berdua jer. Seorang 17 tahun. Seorang 16 tahun. Dah lama juga tak ke sekolah.
Baik-baik adik berdua ini. Saya bincang tadi untuk sekolahkan mereka berdua. Masuk sekolah mereka inginkan. Saya kata adik berdua belajar sampai berjaya yer. Nanti saya bayarkan yuran dan lain-lain.
Bagi memudahkan urusan mereka, Ebit Lew telah menghadiahkan motor baharu buat mereka bagi menggantikan yang telah dicuri itu. Beliau juga bersyukur kerana telah bertemu dengan pemilik kedai motosikal yang baik hati yang telah memberikan diskaun di atas pembeliannya itu.
Saya hadiahkan motor baru Modenas biru. Dapat diskaun. Tauke kedai THM Motorcyles Trading Desa Pandan baik. Setahun adik ni service dan ganti barang dapat free di kedainya selepas ini. Dia kasihan pada adik tadi. Dia kenal saya. Selalu tengok ebit lew.
Saya beri sedikit duit belanja buat keduanya. Semoga adik berdua kuat yer. Ibunya mendapat bantuan bulanan dari BaitulMal KL.
Semoga adik berjaya dalam hidup dan terus kuat tabah yer. Jumpa mak dalam syurga insyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Ernie Zakri berkongsi cerita mengenai siapa di antara dia dan Syamel yang ‘confess’ terlebih dahulu dalam perhubungan mereka.
Perkara berkenaan didedahkan secara eksklusif oleh Ernie ketika menjadi tetamu jemputan bagi program Studio Sembang yang dikelolakan oleh Amelia Henderson.
“Aku Suka Kau, Kau Tak Balas Tak Apa..” – Ernie Zakri
Pada program bual bicara berkenaan Ernie mengakui, bahawa dia terlebih dahulu mengambil ‘first move’ dalam perhubunganya bersama Syamel apabila nekad membuka mulut dan meluahkan perasaan terhadap Syamel.
“Saya telefon dia, saya cakap, ‘Eh Syamel, aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku suka kau tau, tapi tak apa, kau tak balas tak apa, aku okay je’,” kata Ernie.
Bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian, sekaligus menghiburkan netizen ialah jawapan balas yang diberikan Syamel kepada ‘confession’ yang dilakukan, turut diceritakan oleh Ernie menerusi podcast tersebut.
“Pastu dia (Syamel) macam ‘Eh sabarlah, aku tak bagi jawapan lagi. Sebenarnya aku pun suka kau’,” cerita Ernie lagi.
Sikap Berani Terus Terang Ernie Tuai Pujian Wargamaya!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji keberanian Ernie yang terlebih dahulu meluahkan perasaan terhadap insan yang disayanginya.
“Saya confess kena reject. Tahu-tahu dia dah kahwin haha.
“Aku tak seberani Ernie.
“Boleh ke aku buat macam ni?Hahaha kau tiada keyakinan diri.
“Okay memberi aku semangat untuk membuat first move.
“Dia sangat berani, banyak kali aku tengok part tu,” komen sebahagian netizen.
Sekadar info, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan hasil perkahwinan, pasangan penyanyi ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha yang kini berusia dua tahun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Selawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu tuntutan di dalam agama ini. Ini kerana, di sana terdapat banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW sebagaimana yang dikhabarkan oleh Baginda SAW:
Melalui perkongsian Datuk Siti Nurhaliza di laman Instagramnya, beliau mengajak untuk berselawat dan memperbanyakkan amalan berselawat.
“Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali.” Hadis riwayat Muslim (1530), an-Nasa’i (1295) dan at-Tirmizi (485)
KELEBIHAN BERSELAWAT:
Membaca selawat untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus menjadi faktor utama untuk mencapai syafaat Nabi SAW di hari Kiamat kelak.
TERDAPAT BEBERAPA KELEBIHAN BERSELAWAT ANTARANYA:
1)Selawat merupakan salah satu amalan paling utama.
2)Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.
3)Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi SAW.
4)Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
5)Selamat daripada huru-hara hari Kiamat.
6)Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
7)Tiket untuk mudah memasuki Syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit.
8)Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
9)Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak.
10)Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di Akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.
Kesimpulannya marilah kita memperbanyakkan amalan berselawat. Kita jadikan satu rutin harian yang ‘wajib’ dilakukan setiap hari.
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...