Kecantikan

Wanita Kena Ambil Serius Penerangan Doktor Ini Kesan Suplemen & Jamu Yang Boleh Rosakkan Buah Pinggang

Share

Ramai di kalangan yang kita yang cukup obses untuk nampak cantik dan kurus. Tanpa memikirkan produk yang diambil itu benar-benar selamat dan diyakini keberkesanannya yang boleh merosakkan anggota badan lain. Perkongsian dari doktor muda ini menyedarkan masyarakat kita betapa bahayanya pengambil produk seperti supplemen kesihatan, jamu dan lain-lain kerana sebenarnya boleh merosakkan buah pinggang.

Menggunakan nama Dr. Aen menulis thread di laman twitter, berkongsi ilmu dalam menyedarkan pengguna mengenai bahaya pengambilan produk sebegini yang memang diragui keberkesanannya.

Penjelasan mudah faham oleh Dr. Aen Saari.

Pengambil produk kesihatan, jamu boleh rosakkan buah pinggang.

Kena tahu fungsi sebenar buah pinggang kita.

Kalau banyak toksik, akan kerja lebih keras.

Toksik yang patutnya dari dalam darah dan dibuang melalui air kencing akan masuk kekal dalam darah.

Kesannya jika toksik kekal dan terkumpula akan menyebabkan buah piggang rosak.

Buah pinggang ibarat fungsinya seperti kilang.

Ini sebabnya kenapa tak boleh minum air banyak kalau buah pinggang dak rosak.

Kesannya pesakit akan alami sesak nafas.

Bila air terlalu banyak berkumpul dalam badan akan menyebabkan tekanan darah semakin tinggi.

Ini yang selalu netizen persoalkan.

Doktor akan check dos ubat diberikan sesuai atau tidak, tapi berbeza dengan pengasas produk kecantikan atau jamu.

Semua berdasarkan testimoni yang baik-baik sahaja.

Bidang perubatan sangat jujur dan publish dekat jurnal. Kesan buruk akan paparkan secara terbuka.

Berlainan caranya dengan pengasas jamu.

Jadi patut ke mereka (pengasas kecantikan atau jamu) lepas tangan kalau ada kesan buruk berlaku?

Atau ini yang mereka kena buat…

Penerangan mudah untuk yang tak belajar bahasa perubatan.

Published by
Siti Zurina