Wanita Jepun Atasi Masalah Kulit Kering Dengan Teknik ‘Chizu Saeki Mehod’, Amat Sesuai Untuk Wanita Asia!

Share

Hijabi pernah dengar tak tentang teknik kecantikan Chizu Saeki Method? Chizu Saeki adalah nama pakar penjagaan kulit wajah (skincare) di jepun.

Beliau merupakan pelopor yang mencipta teknik Chizu Saeki Method agar kecantikan dan kesegaran kulit wajah wanita Asia dapat dipelihara.

Haa.. Di sini hijabista kongsikan bagaimana cara Hijabi boleh melakukan Chizu Saeki Method ini. Jom semak!

Bagaimana Cara Melakukan CSM?

Chizu Saeki Method atau lebih dikenali sebagai CSM merupakan sebuah teknik skincare dimana hinabi memerlukan kapas dan hydrating toner untuk menjadikan dua bahan ini sebagai masker. CSM ini sering digunakan oleh para wanita Jepun. Jadi tidak hairanlah, kukit wajah mereka sentiasa halus dan mulus.

Sebelum melakukan CSM, anda perlu menyiapkan kapas muka yang nipis, air panas dan hydrating toner. Bila sudah siap, jangan lupa untuk membersihkan wajah terlebih dahulu. Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan CSM.

Artikel berkaitan: Pakar Estetik Hailey Bieber Kongsi 9 Cara Mudah Untuk Hasilkan Kulit ‘Dewy’ Dan Bercahaya

• Pertama, rendam kapas dengan air pamas. Kemudian perah kapas hingga menjadi sedikit lembap.

• Seterusnya, rendam kapas tersebut dengan hydrating toner.

• Jika hijabi menggunakan kapas yang nipis, terus letakkan kapas tadi di wajah seperti masker. Tetapi, jika kapas yang anda gunakan tebal, pastikan anda nipiskan kapas menjadi beberapa bahagian terlebih dahulu.

• Biarkan berperap di muka selama lebih kurang 3 minit.

• Setelah 3 minit, tanggalkan kapas pada wajah dan oleskan pelembap (moisturizer) pada wajah.

• Hasilnya, kulit anda akan menjadi lembut, halus dan mulus sekaligus bebas kering dan mengelupas!

CSM merupakan teknik skincare yang mempunyai banyak manfaat. Antara manfaat yang hijani boleh dapatkan jika mengamalkan CSM ini adalah, skin barrier menjadi jauh lebih kuat. Peredaran darah semakin lancar dan tentunya kulit menjadi lebih segar dan terjaga kelembapannya. Malah, kulit anda akan menjadi lebih anjal  dan elastik!

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau Nak Cerahkan Wajah Cari Ramuan Hebat Ini, Serum Vitamin C. Memang Berbaloi!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Published by
Haifa Nasir