Wanita hebat ini merupakan wanita Islam Qatar pertama berhijab yang berjaya menakluki gunung Everest yang merupakan gunung pertama tertinggi di dunia. Penerima anugerah Olahraga di Qatar. Sumber inspirasi buat para wanita berhijab diluar sana tentang tiada apa yang boleh menghalangnya.
Pendaki gunung berhijab ini bernama Sheikha Asma Al Thani, 31, menarik perhatian orang ramai dengan pencapaiannya mendaki puncak gunung tertinggi dengan penampilan cantik berhijab. Merupakan seorang yang sangat aktif di dalam aktiviti luar dan sukan tidak memberi halangan dirinya. Dilahirkan sebagai seorang Muslim dan bangga pada dirinya yang beragama Islam beserta imej berhijab.
Menurut Sheikha, dia ingin menjadi inspirasi buat wanita di luar sana terus mencapai apa yang diinginkan dan tidak berputus asa. Sentiasa mengamalkan sikap yang positif, Sheikha berjaya untuk menolak tentang apa sahaja dia anggap negatif. Menurutnya, tiada yang mengenali diri sendiri selain diri kita sendiri.
“Sentiasa berada bersama orang yang positif, orang yang memberi semangat dan orang yang berjaya memberi inspirasi untuk kita mencapai potensi diri kita sendiri,” ujar Sheikha di salah satu gambar akaun Instagramnya.
Fakta tentang dirinya, Sheikha sentiasa percaya walaupun dia merupakan seorang wanita berhijab dan dilihat mempunyai tubuh yang sederhana kecil tetapi mampu tawan gunung setinggi Gunung Everest. Sheikha juga mendapat sokongan yang sangat baik dari keluarganya.
Artikel Berkaitan: Hilang Sebelah KAKI Akibat Kemalangan Tak Halang PEMUDA Ini Tawan Antara Gunung Tertinggi Di Dunia. Wow!
Perjalanan Mendaki Gunung Everest
Ekspedisi mendaki gunung Everest itu mengambil masa selama sebulan buat Sheikha bersama kumpulannya. Pendakian mereka mengambil masa 10 hari untuk tiba ke puncak. Tambahan pula, dengan jarak 210 Kilometer, Sheikha bersama kumpulan pendakinya itu berjaya naik hingga ke puncak Everest.
“Apabila naik ke Gunung Everest, saya mula menyedari badan saya boleh menahan 32 jam tanpa makan dan minum.
“Cara korang berfikir adalah perkara yang paling utama yang membawa saya mencapai goals dan lakukan apa yang saya inginkan,” kata Sheikha
Sebelum pendakian ke gunung Everest, Sheikha juga dapat mengambil bola piala dunia rasmi yang bakal berlangsung di Qatar tidak lama lagi. Bola yang diberi nama Al-Rihla untuk dibawa ke puncak gunung Everest. Bola Al-Rihla beserta bendera Qatar telah berkibar di puncak gunung Everest.
Harapan pada wanita
Setelah berjaya mendaki gunung Everest, Sheikha tidak berhenti memberi sumber inspirasi kepada wanita di luar sana. Di juga ingin memberi inspirasi pada wanita dengan tidak mudah mengalah pada apa sahaja yang bakal kita hadap. Sheikha juga berpendapat dia tidak akan dapat menakluki Gunung Everest tetapi dia percaya akan mimpi itu bakal jadi kenyataan dan dia perlu mulakan untuk mendapatkannya.
“Percayakan diri awak. Berhenti memberi alasan dan mula percaya kebolehan diri anda sehingga perkara itu selesai dibuat.
“Jangan pernah berhenti untuk terus bermimpi dan teruskan sehingga anda dapat mencapainya. Semua ini adalah untuk mereka yang sentiasa berada dibelakang saya dan membantu saya untuk meneruskan impian saya,” ujar Sheikha
Artikel Berkaitan: Aktiviti ‘Hiking’ Bantu Untuk Kuruskan Badan, 5 Sebab Utama Kenapa Ramai Yang Suka Aktivit Ini!
Menurutnya tanpa dedikasi yang tinggi anda tidak akan dapat mencapai cita-cita yang sering kita idamkan. Wanita ini sangat digemari dan mudah didekati orang kerana semangatnya dan mempunyai minda yang sangat positif. Sebagai wanita dan terutama sekali berhijab, jangan mudah putus asa dengan halangan atau cabaran yang bakal kita hadapi akan tetapi kekal bersemangat dah usaha sehingga boleh. Kita pasti akan berjaya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI