Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Seperti perkongsian wanita ini Noorhafizah Ramli di laman sosial facebook memberitahu mengenai penderitaan dialami oleh sepupunya, Nurfarahannis Hasdee, 21 tahun yang merupakan seorang pesakit kanser limfoma tahap empat.
Walau bagaimanapun dia tidak menyangka posting yang dimuat turut di laman sosial facebooknya telah menjadi viral. Menurutnya tujuan berbuat demikian bukanlah untuk meraih simpati tetapi atas nilai kemanusiaan.
Selain itu dia juga tidak tidak sanggup melihat penderitaan dialami oleh Farahannis serta keluarganya. Dia juga turut mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan serta doa yang diberikan dan segala kebaikan dilakukan akan dirahmati oleh Allah. Noorhafizah juga berharap semoga sumbangan diberikan dapat ringankan beban mereka sekeluarga.
Dalam posting itu turut memberitahu Farahannis yang merupakan anak kedua dari tiga orang adik beradik itu telah terlantar di Hospita Sultanah Bahiyah Alor Star dan keadaan kesihatan agak merosot.
Kalau sebelum ini Farahannis seorang gadis yang riang dan sihat, tetapi kini terlantar sakit di hospital. Buat masa ini dia memerlukan bantuan darah jenis B+ atau jenis O+ disebabkan palet darahnya kembali negatif.
Oleh kerana ibu Farahannis bekerja sebagai cleaner dan ayahnya pula sebagai penoreh getah, jadi ibunya terpaksa berulang alik dari Sik ke Alor Setar untuk memantau tahap kesihatan anaknya itu. Jadi sepanjang berada di hospital Farahannis telah dijaga oleh kakak sulungnya.
Menyedari kesusahan dialami keluarga ini yang memerlukan sumbangan kewangan untuk meringankan beban keluarga ini, posting ini mengajak orang lain untuk menghulurkan bantuan.
Selain itu dia juga memohon doa semua agar Farahannis akan diberi kesembuhan. Difahamkan juga Farahannis juga dibantu oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dari sudut kos perubatan.
Walau bagaimanapun ibu ayahnya masih perlu tanggung beban membaiki kereta yang sering alami kerosakan, kos sara hidup sekeluarga selain kos minyak kereta untuk ulang alik dari Sik ke Alor Setar sejauh 70 kilometer.
Jadi kepada yang berminat untuk menghulur bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun ibu Farahannis BANK BSN : 02115-4100011046-5
Sementara itu menerusi update terkini, Farahannis telah dipindahkan ke wad biasa setelah beberapa hari berada di dalam ICU.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI