Baru-baru ini, heboh di media sosial tentang pemergian seorang guru, Noor Baiti Murad berusia 51 tahun yang dikatakan meninggal dunia berpunca daripada Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV). Walau bagaimanapun, suaminya menafikan fakta tersebut dan berkata isterinya meninggal dunia akibat penyakit meningitis.
Sumber: Berita Harian Online
Menurutnya, arwah isterinya menunjukkan gejala penyakit tersebut seminggu selepas mereka berdua pulang dari mengerjakan umrah. Arwah isterinya juga ada mengadu sakit pada bahagian leher hingga tidak mampu gerakkan anggota badan. Dalam masa yang sama, arwah turut mengalami demam panas.
Apa pun, Hijabista ucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah. Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat Allah dan semoga tergolong dalam golongan orang yang beriman, insyaAllah.
Sedikit sebanyak, Hijabista sendiri tertanya-tanya apakah itu meningitis dan apakah tanda-tanda gejala penyakit itu? Meningitis merupakan satu penyakit yang melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.
Ads
Penyakit ini hadir disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau kulat. Kebanyakan penyakit ini terjadi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan semua peringkat umur.
Ads
Cara Jangkitan
Penyakit meningitis boleh berjangkit secara terus melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang telah dijangkiti penyakit itu.
Ads
Tanda & Gejala
Demam
Sakit kepala yang teruk
Muntah
Loya-loya
Mata terasa sensitif apabila melihat cahaya
Tegang atau sakit tengkuk
Sawan
Ruam pada badan
Pening dan kebingungan
Tidak sedarkan diri
Foto: Sumber Google
Komplikasi
Pesakit perlu mendapatkan rawatan yang sempurna kerana jika tidak, anda mungkin mengalami masalam sistem saraf seperti lumpuh dan pekak atau berdepan dengan kematian.
Rawatan
Jika anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit ini, segera jalani pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan. Penyakit Meningococcal Meningitis boleh dirawat menggunakan antibiotik dan penyakit ini boleh dicegah melalui suntikan pelalian.
Masih ingat lagi satu ketika dahulu Malaysia pernah dikejutkan dengan satu video viral ‘macam cantik je, macam comel je’ oleh seorang gadis yang digelar Syasya Solero? Memang hangat namanya diperkatakan pada waktu itu.
Menerusi akaun Instagram (IG) yang mempunyai pengikut seramai 1.2 juta itu, Syasya solero atau kini dikenali sebagai Asyalliee telah berkongsi berita gembira di mana dia telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 2 Januari yang lalu.
Tahniah Hijabista ucapkan! Khabarnya Asyalliee telah melahirkan bayi lelaki secara normal dengan bantuan induce. Tepat jam 8.00 malam, dia telah ditolak masuk ke dalam labour room. Setelah hampir 5 jam menahan sakit contration dan masih tiada tanda-tanda mahu melahirkan, dia telah memujuk suaminya untuk melahirkan bayinya secara pembedahan. Tetapi ditegah oleh suaminya kerana pada waktu itu pintu rahim sudah pun terbuka sebanyak 8cm.
Dia terpaksa menahan kesakitan hinggalah pintu rahim terbuka hingga 10cm. Terus sahaja dia meneran hingga lahirlah anaknya itu. Yang paling gembira tentulah si suami yang tidak henti-henti mengucapkan syukur. Hingga kini, Asyalliee masih belum bersedia lagi untuk berkongsi gambar dan nama anaknya itu.
Berikut merupakan perkongsiannya di Instagram (IG).
Alhamdullilah @thelittle_hm and mommy selamat. Putera sulung saya dengan husband. 02.01.2018 pada pukul 12:08 am dengan berat 3.14kg .
Ingatkan keluar baby new year, tapi Allah takdirkan 02.01.2018. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Saya lahirkan @thelittle_hm secara normal dengan bantuan induce. Sebab air ketuban kurang and jalan dah buka .
Masuk labour room pukul 8:00 pm sebab jalan dah buka 4cm. Masa kat labour room tu duk tahan sakit contraction hanya Allah dan ibu-ibu yang pernah mengalami je tahu. 5 jam duk tahan sakit contraction sampai cakap dekat suami “ceaser je la sayang, saya betul2 tak tahan dah ni”. Suami cakap jangan sebab pintu rahim dah buka 8cm masa tu, Tapi saya tetap juga nak ceaser sampai menangis-nangis. Lepastu suami pujuk pujuk lagi, midwife pun pujuk cakap normal jer. Ceaser lagi sakit nanti. Then saya akur saja. betul juga cakap mereka. Berpusing-pusing badan saya duk tahan sakit tu, Tarik nafas hembus semua . Tahan laa sampai pintu rahim dah buka 10cm. Masa tu terus teran sampai laa @thelittle_hm depan mata saya dan suami.
Suami tak habis habis cium dahi saya semua dan dia tak habis habis bersyukur. Sebab berjaya kalau tak dia pun risau tengok saya sakit macam ni. Hehe muka macam bapaknya sebijik! Nanti saya share gambar muka & nama anak sekali yaa untuk followers saya. Terima kasih kepada yang mendoakan saya & baby . saya tak boleh tidur sebab rasa sakit jahitan tapi happy untuk story kat followers saya semua. Allah Maha Besar, Nikmat bersalin normal.
Kehadiran cahaya mata sememangnya dinanti oleh setiap pasangan suami isteri. Cuma cepat atau lambat sahaja, bergantung kepada rezeki masing-masing. Jika kita dikurniakan zuriat, bersyukurlah kerana masih ada orang di luar sana yang telah menunggu bertahun-tahun lamanya.
Tetapi lain pula yang jadi kepada pasangan suami isteri ini. Naime dan Alper Tamga telah dikurniakan seorang bayi yang sungguh comel dan menjadi rakyat pertama Austria dilahirkan pada tahun 2018. Tetapi, kegembiraan mereka itu tidak berpanjangan kerana mereka telah dikecam dan dihina pengguna media sosial dengan komen perkauman yang agak serius.
Bayi bernama Asel Tamga itu telah dilahirkan pada 1 Januari 2018 dan kelahirannya itu telah disiarkan melalui media tempatan dan Facebook. Di dalam gambar tersebut, dilihat Naime dan Alper Tamga tersenyum gembira sambil mengendong bayinya itu dan ibunya memakai tudung.
Menurut Daily Mail, selain ribuan ucapan tahniah, terdapat segelintir individu yang melemparkan komen berbaur perkauman yang mengecam ibu bapa ini.
Seorang pengguna telah menulis: “Seorang lagi bakal pengganas lahir.”
Pengguna lain turut menulis: “Ibunya ada barah? Kenapa dia pakai tudung tutup kepalanya?”
Disebabkan hal ini menjadi semakin serius, Presiden Austria, Alexander Van der Bellen, 73 tahun, terpaksa masuk campur dalam hal ini. Beliau turut berkongsi berita kelahiran bayi ini di laman Facebook beliau dan mengutuk pengguna yang memberi komen negatif.
Ujarnya: “Semua manusia dilahirkan bebas, mempunyai hak yang sama serta maruah.”
“Keyakinan dan perpaduan lebih hebat berbanding kebencian dan kecaman.”
Malahan menurut media tempatan, kecaman yang diterima terlalu banyak hingga menyebabkan Facebook memadamkan berita tersebut.
Hijabista berasa sungguh simpati dengan berita ini di mana bayi yang tidak bersalah dikecam sebegitu rupa.
Manakala di laman Facebook Harian Metro Online pula, rata-rata rakyat Malaysia bersetuju dengan tindakan Presiden tersebut dan bersimpati dengan ibu, bapa dan bayi tersebut. Namun, terdapat juga segelintir netizen berpendapat tiada beza Malaysia dengan Austria kerana kebanyakan rakyat Malaysia juga bersikap racist. Anda setuju ke?
Ketika kecil Dato Sri Aliff Syukri adalah salah seorang antara budak yang menghidap disleksia. Namun kekurangan itu tidak menghalangnya untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Walaupun tidak belajar tinggi, sejak kecil tidak boleh membaca, mengenal huruf dan menghafal sehingga digelar bodoh oleh teman-teman sebayanya, tetapi dirinya kini sudah boleh dilabel usahawan bertaraf jutawan.
Dato Sri Aliff Syukri mengakui dia adalah penghidap disleksia (di mana merujuk kepada mereka yang menghadapai masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran normal). Beliau mengakui dirinya tidak boleh fokus pada sesuatu benda. Tapi mempunyai keunikan minat berniaga dan kini, bukan sahaja pengusaha usahawan kosmetik, tetapi juga pengusaha resort, pemilik tudung dan paling terbaru mempunyai restoran sendiri.
Dato Sri Aliff ditemui di majlis pelancaran koleksi terbaru AliffbySha diinspirasi 5 wanita dan Romah Makan Terlajak Laris di Kota Damansara. Beliau bercerita dulunya dia hanyalah seorang pekerja dan menjual produk di pasar tani. Tidak mahu terus berada ditakuk lama, beliau memberanikan diri bergelar usahawan kosmetik biarpun dirinya seorang lelaki.
“Alhamdulillah bisnes saya semakin berkembang maju. Berkat kesungguhan dan kegigihan produk D’Herb semakin meniti di bibir para penggemarnya. Daripada situ, saya mahu mencuba bisnes lain, saya suka menjual apa yang mereka hendak.
“Sebelum ini saya pernah menjual baju tetapi kecundang. Tetapi saya tak putus asa, saya cuba belajar untuk maju. Contohnya apabila saya menceburi bisnes tudung. Daripada modal sekadar RM10 ribu, kini keuntungan diperoleh berlipat ganda.
“Seperti pelancaran AliffbySha V Five Inspired Women kolaborasi dengan 5 wanita hebat dalam bidang masing-masing. Walaupun ada yang mengecam, tetapi bagi saya strategi bisnes itu penting. Gandingan bersama mereka ini, Uyaina Arshad (pengacara), Joy Revfa (pengasas jenama kosmetik), Nadia Annuar (pengacara), Nabila Razali (penyanyi) dan isteri saya sendiri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sangat bagus kerana mereka ini punya ramai follower yang tersendiri dan kerjasama ini dilihat sangat memberi kesan sangat positif.
“Saya tahu ramai pengusaha tudung tumbuh bak cendawan di pasaran. Akan tetapi AllifbySha ada keistimewaan tersendiri. Hijab kami mempunyai ciri-ciri unik yang tiada pada jenama lain, iaitu anti pekak, anti renyuk, kualiti yang bagus, bidang lebar, harga berpatutan dan paling istimewa koleksi baru setiap corak direka khas dengan nama tersendiri daripada 5 personaliti ini,” ceritanya yang dalam masa sama juga turut melancarkan Romah Makan Terlajak Laris.
Menurut Dato Sri Aliff dia memang suka memasak sejak dulu. Jadi minat yang telah dipupuk sekian lama itu diterjemahkan dengan membuka sebuah restoran.
“Saya buat restoran ini dengan modal sendiri sebanyak RM10 ribu tanpa mengambil bajet dari akaun jualan kosmetik. Sebelum itu sebenarnya saya dah mula menjual secara COD seperti sambal hitam, sambal kering ataupun lada jeruk. Lama kelamaan produk ini mendapat sambutan dan barulah saya berani untuk membuka restoran ini.
“Dengan modal sebanyak itu saya kini sudah berpuas hati dengan pulangan yang diperoleh. Menariknya Roman Makan Terlajak Laris ini mengembalikan nostalgia pengunjung dental masakan dan Susana kampung yang dirindui.
“Semua menu Romah Makan ini dimasak sendiri oleh saya dan menyajikan masakan orang Jawa, Kelantan, Pahang, Banjar dan banyak lagi sajian menyelerakan. Sebelum ini saya bancal berkongsi cara memasak dan residí tradicional di laman sosial. Alhamdulillah impian saya untuk membuka restoran ini akhirnya terlaksana berkat doa dari semua,” jelasnya yang mengalukan setiap pengunjung untuk hadir sendiri merasa masakan air tangannya.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.