Wanita Ini Ligat Cari REZEKI Kerana Suami Tidak Mampu Kerja & Kini OKU. Tetap SETIA & Cintanya Kekal Hingga JANNAH!

Share

Rezeki itu datangnya dari Tuhan. Begitu juga dengan urusan jodoh dan ajal maut. Dalam zaman teknologi yang hanya mengejar kemajuan ini, pelbagai cara boleh diusahakan untuk mencari rezeki. Dan salah satunya adalah dengan berniaga online khususnya bagi yang masih belum berpeluang makan gaji ataupun surirumah tangga. Seperti yang diceritakan oleh seorang wanita yang menggunakan nama di media sosial ‘Datin Nurr Hidayah Hassan’. Dia bekerja keras berniaga secara online demi kelangsungan hidup memandangkan suaminya tidak bekerja.

Suaminya tidak lagi bekerja dan kini OKU.

Bukan kerana suaminya malas atau mengharapkan pendapatan isteri semata-mata, tetapi kerana alergik ubat menyebabkan suaminya hilang penglihatan dan punca pendapatan. Oleh sebab itu, dia terpaksa bekerja dalam caranya tersendiri bagi menampung kehidupan mereka berdua.

Akibat alergik ubat.

Admin tertarik cari wanita ini menarik perhatian pelanggan melalui laman sosial. Dengan gayanya berkaca mata besar, solekan serta penampilan tak ubah seperti seorang ‘Datin’. Ditambah dengan sikap peramahnya, sedikit lucu dan usikan nakal pada follower menjadikan bisnes diusahkan ‘LAKU KERAS’.

Kaca mata pelengkap gaya.

Dia yang menjual produk kecantikan dan makanan tidak menyangka rezekinya makin mencurah dan bertambah. Dalam satu posting, dia terkejut apabila bangun pagi melihat friend request yang banyak dan barulah sedar gara-gara gambar yang dimuat naik ketika bersama suaminya yang sakit. Kisahnya tiba-tiba sahaja menjadi viral kerana postingnya itu menzahirkan rasa simpati netizen.

Ketika masih sihat.

Namun menurutnya, tujuan posting itu bukanlah untuk menarik simpati, tetapi sekadar luahan pengalamannya menjaga suami yang sedang bertarung melawan sakit. Bagai tidak menyangka perwatakan dirinya yang seperti happy go lucky ini rupa-rupanya terselit sifat kasih sayang dan cinta tak berbelah bagi pada suaminya.

Tak akan berubah kasih.

Betapa wanita yang cantik berhijab ini begitu setia menjaga suaminya yang kelihatan tidak sempurna. Dia yang sebelum ini  jika upload

gambar suaminya menutup muka sehingga menimbulkan persoalan orang ramai. Bukan sengaja dia berbuat demikian, tetapi disebabkan tidak mahu orang mengutuk melihat keadaan suaminya yang kurang sempurna itu.
Gambar terbaru.

Menurut Hidayah, suaminya bukan diserang sakit kulit tetapi berpunca dari sakit mata dan alergik dengan ubat menyebabkan terbakar satu badan. Alergik ini dipanggil (‘Steven Syndrome Johnson’), sakit ini jarang berlaku dan terkena orang lain. Bukan itu sahaja penyakit ini juga susah untuk dirawat.

Walaupun diduga begitu, namun tidak terdetik di lubuk hatinya, untuk meninggalkan IMAMNYA ini. Allah memberi hambanya dugaan sakit dan Allah jua yang menjadi penawar kepada sakit dalam dunia ini.

Hanya Tuhan yang tahu.

Namu  dia juga seperti insan lain. Walaupun aksinya kelihatan sentiasa ceria tetapi jauh di sudut hati dalam kegigihan mencari rezeki, dia tetap mendoakan agar suaminya ketika ini cepat sembuh.

Tetap stailo ketika berniaga.

Biarpun hatinya sedih melihat suaminya yang dulu sempurna fizikal kini hidup menjadi insan kurang upaya. Walau seburuk mana, dia berjanji tidak akan tinggalkan dan akan menjaga suaminya hingga akhir hayat.

Akan tetap setia hingga ke jannah.

Menurut Hidayah perjalanan masih jauh dan dia akan terus berdoa agar mata suaminya dapat melihat seperti dulu. Dia tidak akan sesekali mengeluh kerana bersyukur dan redha dengan apa yang berlaku. Kalau boleh, dia mahu suaminya dapat melihat seperti dulu walaupun hanya sebelah mata.

I LOVE U.

Lebih mulia lagi hati wanita ini yang tidak kisah jika suaminya tidak bekerja asalkan dapat melihat isterinya yang comel ini. Katanya lagi, duit boleh dicari tetapi kasih sayang sampai mati.

SUMBER: FACEBOOK DATIN NURR HIDAYAH HASSAN

Published by
Siti Zurina