Wanita Ini Kongsikan ‘Rahsia’ Kulit Bak Anak Dara, Hanya Amalkan Jus ‘Enak’ Dua Bahan Sahaja!

Share

Setiap wanita tentunya mahu memiliki kulit yang cantik, sihat, ‘glowing’ dan kekal awet muda. Tidak dapat dinafikan bahawa tidak semua bernasib baik untuk memiliki kulit yang mulus dan bersih. Tetapi, dengan penjagaan wajah yang tepat serta pengambilan makanan yang berkhasiat, insyaAllah kulit boleh kekal cantik dan berseri.

Selain mengamalkan penjagaan wajah yang tepat, anda juga perlu menjaga pemakanan untuk memastikan kulit kekal cantik dan terjaga. Jadi, pilih makanan yang terbaik untuk kulit anda ya! Menerusi laman Facebook, seorang wanita bernama Zana Mokhtar telah berkongsi cara untuk kekal awet muda hanya dengan amal minum air campuran nenas dan lemon.

Menurutnya, minuman ini boleh mengelakkan penuaan pada wajah. Malah, kulit yang kusam pun boleh berseri dan anjal. Jika anda amalkan secara konsisten, anda mampu memiliki kulit idaman anda. Malah, kosnya pun murah dan berpatutan. Ayuh baca perkongsian Zana Mokhtar.

Setiap pagi dan sebelum tidur kan, ni lah rutin harian Kekna taw. Ye lah kos dia tak ada lah mahal kot dengan dua bahan ni beli dan nak minum hari-hari pun boleh.

Air ni kan walaupun mungkin nampak macam biasa-biasa je kan bagi korang tapi kalau korang konsistenkan minum, korang boleh elakkan penuaan.

Artikel berkaitan: Rahsia Cantik Selebriti Hollywood Ini Pakai Mask Dari Drugstore Jer, Muka Tak Makan Usia. Sempurna!

Senang cakap dia anti-aging lah. Kulit korang yang kusam pun boleh berseri-seri dan boleh anjalkan kulit. Sebab tu lah nampak glowing cantik je kan.Tak payah dah nak cucuk botox, minum je lah air ni. Jimat dan sedap gilerr.

Meh Kekna nak tunjuk cara buar air yang sedap ni dengan mudah je pun sangat.

Dua bahan yang mudah sangat korang boleh cari kat pasar tu ha.

Bahan-Bahan:

  1. Nenas yang dah di potong kecil kecil.
  2. Air perahan lemon.

Cara-Cara:

  1. Nenas tu kan masukkan air sedikit, kisarkan sampai hancur dan lepas tu masukkan perahan lemon tu kan dalam nenas tadi.
  2. Sejukkan dalam peti ais dan boleh la terus minum.
Foto: Facebook Zana Mokhtar

Senangkan. Siapa cakap nak cantik-cantik kena guna modal besar kan. Minum je lah air jus ni hari-hari.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Zana Mokhtar

Artikel berkaitan: Nak Cantik Kena Rajin, Buat Sendiri Masker Beras Pulut Dengan Susu Confirm Wajah Berseri

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir