Setiap wanita tentunya mahu memiliki kulit yang cantik, sihat, ‘glowing’ dan kekal awet muda. Tidak dapat dinafikan bahawa tidak semua bernasib baik untuk memiliki kulit yang mulus dan bersih. Tetapi, dengan penjagaan wajah yang tepat serta pengambilan makanan yang berkhasiat, insyaAllah kulit boleh kekal cantik dan berseri.
Selain mengamalkan penjagaan wajah yang tepat, anda juga perlu menjaga pemakanan untuk memastikan kulit kekal cantik dan terjaga. Jadi, pilih makanan yang terbaik untuk kulit anda ya! Menerusi laman Facebook, seorang wanita bernama Zana Mokhtar telah berkongsi cara untuk kekal awet muda hanya dengan amal minum air campuran nenas dan lemon.
Menurutnya, minuman ini boleh mengelakkan penuaan pada wajah. Malah, kulit yang kusam pun boleh berseri dan anjal. Jika anda amalkan secara konsisten, anda mampu memiliki kulit idaman anda. Malah, kosnya pun murah dan berpatutan. Ayuh baca perkongsian Zana Mokhtar.
Setiap pagi dan sebelum tidur kan, ni lah rutin harian Kekna taw. Ye lah kos dia tak ada lah mahal kot dengan dua bahan ni beli dan nak minum hari-hari pun boleh.
Air ni kan walaupun mungkin nampak macam biasa-biasa je kan bagi korang tapi kalau korang konsistenkan minum, korang boleh elakkan penuaan.
Artikel berkaitan: Rahsia Cantik Selebriti Hollywood Ini Pakai Mask Dari Drugstore Jer, Muka Tak Makan Usia. Sempurna!
Senang cakap dia anti-aging lah. Kulit korang yang kusam pun boleh berseri-seri dan boleh anjalkan kulit. Sebab tu lah nampak glowing cantik je kan.Tak payah dah nak cucuk botox, minum je lah air ni. Jimat dan sedap gilerr.
Meh Kekna nak tunjuk cara buar air yang sedap ni dengan mudah je pun sangat.
Dua bahan yang mudah sangat korang boleh cari kat pasar tu ha.
Bahan-Bahan:
- Nenas yang dah di potong kecil kecil.
- Air perahan lemon.
Cara-Cara:
- Nenas tu kan masukkan air sedikit, kisarkan sampai hancur dan lepas tu masukkan perahan lemon tu kan dalam nenas tadi.
- Sejukkan dalam peti ais dan boleh la terus minum.
Senangkan. Siapa cakap nak cantik-cantik kena guna modal besar kan. Minum je lah air jus ni hari-hari.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Zana Mokhtar
Artikel berkaitan: Nak Cantik Kena Rajin, Buat Sendiri Masker Beras Pulut Dengan Susu Confirm Wajah Berseri
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Beauty Sunscreen’ Yang Tepat, Mampu Serlahkan Kecantikkan ‘Semulajadi’ Serta Lindungi Kulit Hijabi Dari Sinaran UV!
Tinggal di negara khatulistiwa yang kadangkala mempunyai cuaca panas panas dan kering melampau, dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius seperti Malaysia, sememangnya merisikokan kulit hijabi untuk mudah terbakar sekaligus membuat tona kulit tidak sekata hingga kulit terlihat kusam.
Sehubungan itu, untuk melindungi kulit dari pelbagai masalah, pemakaian krim tabir suria (Sunscreen) adalah amat penting dan kini ia merupakan item ‘wajib ada’ serta teman karib kepada setiap wanita.
Namun, kini anda boleh serlahkan kecantikan ‘semulajadi’ dan tampil lebih yakin meskipun tanpa mengenakan sebarang solekan! Hijabi hanya perlu bijak memilih ‘beauty suncscreen’ sahaja. Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence SPF50+ PA++++ adalah penyelesaianya!
Menariknya, dengan penggunaan beauty sunscreen ini, hijabi tidak perlu lagi risau kulit akan terdedah kepada bahaya sinaran UV yang bakal merosakkan kulit anda. Best kan?
Nak Lindungi Kulit? WAJIB Guna ‘Beauty Sunscreen’ Pada Bila-Bila Masa!
Apa yang membezakan Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence dengan ‘beauty sunscreen’ lain di pasaran adalah ianya bertindak sebagai primer pertama yang memberikan kulit anda perlindungan dari sinaran UV secara menyeluruh.
Lebih menarik lagi! Ia juga memfokuskan untuk mengatasi masalah kekeringan kulit dan menjadikan kulit kekal lembap dan dalam masa sama, mengatasi masalah tona kulit kusam dan berbelang.
Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence diformulasi dengan bahan-bahan penjagaan kulit yang fokus untuk menghidratkan kulit. Hyaluronic Acid, Vitamin C dan Pure Nuance Complex khusus untuk membuat kulit kekal lembap sekaligus menjamin keanjalanya!
Artikel berkaitan: Tidak! ‘Blue Light’ Buat Kulit Hijabi Kerepot Sebelum Usia? WAJIB Pakai ‘Benda’ Ni Untuk Mencegahnya Sis!
Tambahan pula, ia juga mengandungi kesan rintangan air (Water resistance) yang unggul serta mudah disebarkan pada kulit agar kulit tidak mudah keriput dan mengelakkan kesan penuaan seperti timbulnya garis halus pada wajah.
Teksturnya yang ultra ringan, tidak melekit dan mudah menyerap dengan pantas ke dalam permukaan kulit memberikan rasa ringan serta tidak kelihatan pada kulit. Malah, ia juga bertindak sebagai pelindung matahari yang memberi kesan neutral seakan tidak mengenakan solekan. Anda juga boleh menggunakanya sebagai primer sebelum bersolek. Wow! Menarik sangat ni.
Malas Bersolek? Tiada Masalah, Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence Serlahkan Kecantikan ‘Semulajadi’ Hijabi!
Paling best! Ketika anda rasa malas untuk mengenakan solekan an mahu ‘Bare Face’ sahaja, anda akan tampil lebih yakin kerana dengan pengguaan Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence kulit wajah anda akan kelihatan seperti bersolek walau tidak mengenakan secalit mekap.
Malah, Essence ini bertujuan memperbetulkan tona kulit kusam dan menyeimbangkan hidrasi kulit agar kulit lebih ‘transluecent’ sihat dan berseri.
Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence di datangkan dengan tiga variasi warna yang berbeza tertakluk kepada fungsi-fungsinya iaitu:
Lavender – Dirumus untuk mengatasi masalah kulit kusam dan tidak sekata. Warna lavendernya bertujuan meningkatkan keserian kulit. Dengan penggunaanya juga, anda dapat menyembunyikan tona kulit tidak sekata sambil merawatnya, kandungan SPF50+ PA++++ juga melindungi kulit dari keburukan sinar UVA dan UVB!
Mint Green – Khusus untuk merawat kerengsaan, kemerahan dan mengatasi masalah kulit berjerawat. Selain itu, ia turut berfungsi sebagai pembetul pigment warna (Colour Corrector) dan amat sesuai digunakan meskipun hijabi mempunyai masalah kulit berjerawat, kemerahan mahupun kerengsaan. Pada masa yang sama memberikan kesan pada pencerahan kulit tau.
Happiness Aura – Memfokuskan untuk mengatasi masalah kulit kusam dan bebas cela. Datang dengan warna merah jambu berserta haruman seolah bunga mawar menawarkan kesan kulit yang berseri dan ‘Glowing’ secara semulajadi. Dalam masa sama menangkis masalah cela, kulit kusam dan pucat.
Selain itu, setiap botol Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence di ekstrak dari serbuk mutiara strobe yang berwarna-warni dan mampu menjadikan kulit lebih cerah sempurna, sekaligus menyembunyikan ketidaksempurnaan kulit.
Fuhhhh.. Memang berbaloi sangat dapatkan Sunplay Colour Correcting Sunscreen ni sis! Satu botol macam-macam ada dan mengandungi pelbagai manfaat untuk kulit!
Jangan bertangguh lagi sis! Jom segera dapatkan Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence di farmasi Watsons dan Guardian berdekatan anda, atau hijabi juga boleh membuat pembelian menerusi aplikasi beli belah online Shopee & Lazada! Beli cepat sebelum terlambat sis!
Artikel berkaitan: Lakukan 8 Tip Ini, Pasti Mascara ‘Bebas Comot’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Temui Rutin Jerawat Paling Malas, Paling Mudah Yang Anda Tidak Pernah Cuba. Hasilnya Wow!
Membersihkan jerawat degil selepas bertahun-tahun pasti anda telah mencuba pelbagai krim, serum, dan rawatan spot di pasaran. Bila menyedarinya sesuatu yang agak gila, anda sebenarnya orang yang paling malas nak jaga rutin penjagaan kulit.
Jika anda malas komitmen dengan mana-mana rejimen penjagaan kulit yang mengambil masa lebih daripada tiga minit atau melibatkan lebih daripada tiga langkah, anda disyorkan mencuba rutin malas ini. Hasilnya wajah tetap terhindar dari jerawat. Mudah sangat!
RUTIN PAGI
LANGKAH 1: Cuci muka
Anda pasti tahu bahawa anda perlu mencuci muka sekurang-kurangnya sekali sehari, terutama jika mempunyai jerawat. Tetapi adakah anda tahu, sebenarnya tidak perlu menggunakan pencuci muka yang melawan jerawat untuk langkah ini? Mengejutkan, bukan? Tetapi sebenarnya, kebanyakan pembersih jerawat adalah terlalu keras dan mengeringkan, jadi daripada menyembuhkan wajah anda, ia hanya membebankan wajah anda dengan penghalang pelindung kulit, menjadikan kulit lebih terdedah kepada jerawat selepas setiap mencuci. Sebaliknya, berpegang pada pembersih lembut bebas sulfat, ia akan melarutkan lebihan minyak, kotoran dan bakteria tanpa merengsekkan kulit anda atau meninggalkannya wajah ketat dan jengkel.
Pembersih lembut terbaik untuk kulit berjerawat:
LANGKAH 2: Melembapkan
Kulit berminyak dan berjerawat 100 peratus memerlukan kelembapan. Tanpa itu, kelenjar minyak anda menjadi terlalu kuat dan akhirnya menghasilkan lebih banyak sebum (minyak) untuk mengimbangi, menyebabkan liang tersumbat dan kulit terlalu berkilat. Jadi, bertentangan dengan apa yang anda mahukan. Pastikan kulit anda seimbang dan terhidrat dengan pelembap yang ringan dan bebas minyak gunakan formula losen jika kulit anda kering atau kombinasi dan formula gel jika kulit anda berminyak yang mengandungi bahan penghidratan seperti asid hyaluronik, gliserin atau seramida.
Pelembap terbaik untuk kulit berjerawat:
LANGKAH 3: Pakai SPF
Anda tahu tanda dan parut menjengkelkan yang berlarutan selama berminggu-minggu, kadang-kadang berbulan-bulan selepas anda mendapat jerawat? Ya, pendedahan UV daripada matahari menjadikannya lebih teruk dan boleh juga menyebabkan penuaan pramatang dan kanser kulit. Jadi tolong, sayangkan wajah anda, sapukan muka dengan pelindung matahari setiap pagi.
Pastikan formula yang anda gunakan yang mengandungi SPF 30 atau lebih, iaitu minimum untuk kegunaan harian yang disyorkan oleh pakar dermatologi. Menyediakan perlindungan spektrum luas terhadap kedua-dua sinaran UVA jenis yang menyebabkan kerosakan dan sinaran UVB jenis yang menyebabkan kanser dan adalah noncomedogenic yang bermaksud formula telah diuji untuk tidak menyumbat liang-liang anda.
Pelindung matahari terbaik untuk kulit berjerawat:
RUTIN WAKTU MALAM
LANGKAH 1: Cuci muka
Anda perlu mencuci muka anda sebelum tidur, gunakan pembersih yang sama yang anda gunakan pada waktu pagi untuk mengeluarkan semua kotoran yang terkumpul pada kulit anda pada siang hari.
Jika anda seorang pemakai solekan, anda disarankan menggunakan pembersihan berganda K-beauty, iaitu apabila anda mula-mula menggunakan pembersih berasaskan minyak untuk memecahkan asas dan solekan mata. Jangan risau, minyak tidak akan menyumbat pori-pori dan kemudian gunakan pembersih lembut untuk membilas semuanya. Ia lebih berkesan untuk membersihkan pori-pori anda daripada mencuci muka sahaja.
LANGKAH 2: Sapukan rawatan jerawat
Dan dengan rawatan jerawat, saya maksudkan mana-mana serum atau gel dengan bahan aktif yang merawat jerawat anda, seperti yang di bawah:
- Adapalene: sejenis retinoid over-the-counter yang dirumus khusus untuk jerawat. Ia mengawal pusing ganti sel, mengurangkan pengeluaran minyak dan menenangkan keradangan.
- Asid salisilik: BHA (asid hidroksi beta) yang melarutkan lebihan minyak dan sel kulit mati yang menyebabkan liang roma tersumbat.
- Benzoyl peroxide: bahan yang membunuh bakteria penyebab jerawat pada kulit dan dalam liang-liang anda.
- Niacinamide: vitamin B3 yang mengurangkan keradangan dan perubahan warna sambil mengimbangi pengeluaran minyak.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Bukan Sekadar Rawat Jerawat Dan ‘Dark Spot’ Dengan Serum Niacinamide. Ini Senarai Terbaik Disyorkan Pakar
Secara umum, jika anda berhadapan dengan bintik hitam atau bintik putih, gunakan adapalene atau asid salisilik, dan jika anda berhadapan dengan jerawat radang, seperti pustula, cuba benzoyl peroksida atau niacinamide. Bagi jerawat kistik pula? Adapalene adalah pertaruhan terbaik anda, walaupun sedar bahawa jerawat kistik terkenal sukar untuk dirawat sendiri, jadi buat temu janji dengan pakar dermatologi (walaupun hampir!), yang boleh membantu membersihkan kulit anda dengan cepat.
Mengenai cara menggunakan rawatan ini, mulakan perlahan. Dengan adapalene, sapukan sapuan sebesar kacang ke atas kulit yang bersih dan kering dua malam seminggu selama dua minggu, tiga malam seminggu selama tiga minggu, kemudian setiap malam atau setiap malam selama-lamanya. Asid salisilik, benzoil peroksida dan niacinamide biasanya boleh digunakan setiap hari dan, pada kulit tidak sensitif, kadangkala dua kali sehari, tetapi mula menggunakannya setiap malam, secara beransur-ansur membina toleransi anda untuk setiap malam atau pagi.
Rawatan jerawat terbaik
LANGKAH 3: Melembapkan
Tunggu satu atau dua minit untuk apa-apa rawatan jerawat yang baru anda gunakan untuk meresap ke dalam kulit dan kemudian sapukan pelembap yang sama. Ingat, kulit anda memerlukan semua penghidratan yang boleh diperolehi yang anda gunakan pada waktu pagi. Dan sebelum anda bertanya, jawapannya adalah tidak, anda tidak memerlukan krim malam yang berasingan. Kebanyakan krim malam mengandungi bahan aktif, dan kulit anda sepatutnya sudah mendapat apa yang diperlukan untuk jerawat dari langkah 2.
Selain itu, mencampur dan memadankan terlalu banyak bahan aktif boleh menyebabkan kerengsaan malah menjadikan produk anda tidak berkesan jika bahan-bahan tersebut tidak berfungsi dengan baik. bersama-sama.
Dalam hal ini-tidak akan mengubah kulit anda dalam sekelip mata. Kebanyakan rawatan jerawat mengambil masa antara 4 hingga 12 minggu penggunaan konsisten sebelum memberikan anda sebarang hasil yang boleh dilihat. Konsisten, sekiranya anda masih mencuba di sana sini ia tidak akan membawa apa-apa perubahan. Tetapi hanya berpegang padanya melainkan jika anda mempunyai reaksi yang sangat buruk, dan dalam kes itu, dapatkan nasihat pakar.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Setahun Berdepan Kontroversi, Izreen Azminda Akui Masih Dikecam Netizen. Tapi Syukur Tak Dipulau Keluarga & Rakan-Rakan
Setahun yang lalu pelakon berbakat besar ini mencetus kontroversi cukup menggemparkan. Setiap hari ada sahaja cerita mengenai dirinya keluar di media sosial. Bagi empunyai diri, Izreen Azminda tetap tegar melalui pelbagai episod penuh cerita dalam melayari kehidupan baru sebagai seorang isteri buat kali kedua. Baginya apa yang berlaku ada hikmah tersendiri dan segala yang terjadi ini sudah ditentukan oleh Allah SWT.
Bagi Izreen setahun berdepan saat sukar ini dan mengakui memang cukup terkesan. Apatah lagi dalam situasi dunia digital tanpa sempadan yang membolehkan semua berkata apa sahaja tanpa tapisan. Dan dalam hal ini dia mengakui begitu bersabar menanganinya.
Kata kunci adalah sabar
“Sebenarnya dulu Izreen jenis tak penyabar. Akan tetapi bila benda-benda ini berlaku mengajar Izreen erti kesabaran. Memang Izren tak ada pilihan lain dan hanya perlu bersabar menghadapi segala dugaan. Walaupun sebenarnya Izreen sangat benci perkataan ‘sabar’ itu.
“Itu yang Izreen belajar. Dan sampai sekarang Izreen motivate diri sendiri kerana apa yang berlaku ada hikmahnya. Dari kejadian ini membuat kita lebih mengenali siapa sahabat yang kekal baik dengan kita, siapa yang tikam kita dari belakang dan adakah keluarga akan sentiasa dengan kita. Memang Izreen akui banyak benda Izren belajar,” ujarnya Izreen ketika ditemui sempena majlis pelancaran koleksi raya terbaru Mek Kembang Cotton di Ampang Glass House.
Keluarga & kawan-kawan berdiri teguh beri semangat
Menurut pelakon Eksperimen Cinta ini dia sangat-sangat bersyukur kerana keluarga begitu memberi sokongan dan kata-kata semangat. Malah mereka yang memberi kekuatan untuk Izreen berdepan semua dugaan ini.
“Alhamdulilah keluarga tidak putus-putus sentiasa beri sokongan pada Izreen. Mereka sentiasa ada di belakang Izreen kala sudah dan senang. Begitu juga dengan kawan-kawan. Mereka berdiri teguh di belakang Izreen.
“Biasalah sebagai manusia kita ada membuat salah, tetapi kawan-kawan tidak sesekali tinggalkan Izreen. Apa yang kita buat salah kawan-kawan ada menegur dan mampu beri nasihat. Selebihnya pada Izreen. Apa yang membuat Izreen terharu, kawan-kawan sedikitpun tak pulaukan dan tidak akan tinggalkan Izren.
“Izreen juga turut berterima kasih pada netizen yang tidak semua bersikap negatif. Walaupun Izreen menutup ruang komen, tetapi mereka ada DM beri kata-kata positif dan semangat.
“Benda-benda inilah yang iringi perjalanan Izreen dalam bidang seni sampai sekarang,” tambahnya yang masih aktif di laman sosial Instagram tetapi menutup ruang komen. Tambah Izreen mengakui penangan kuat masih diterima oleh netizen di ruangan sosial media.
Aktif di IG tapi tutup ruang komen
“Kalau di luar tidak ada apa-apa perkara buruk atau orang ludah kita. Jumpa buat macam biasa. Berlainan dengan netizen di medial sosial, agak kuat penangan diterima. Memang Izreen cuba skip dan tengok benda-benda negatif dan kalau dulu memang agak tertekan. Jadi kata kuncinya memang kena banyak bersabar.
“Lebih-lebih lagi bila Izreen mengandung ni, memang tak suka lihat perkara-perkara negatif. Kalau Ude pula, dia tak tutup ruang komen dan buat macam biasa. Mula-mula memang banyak negatifnya tetapi lama-kelamaan penerimaan orang macam biasa,” kata Izreen yang kini sedang hamil anak keduanya enam bulan. Jadi buat masa ini berehat dari menerima sebarang tawaran berlakon.
Ude seorang suami yang baik
“Kandungan kali ini lain berbanding anak sebelumnya. Kalau dulu tujuh bulan masih boleh terima tawaran berlakon. Tetapi kali ini berbeza kerana kandungan Izreen mengalami masalah bleeding dan doktor memang pesan supaya berehat saja. Inysa-Allah lepas ini kalau sesuai dengan watak, skrip pun bagus akan kembali berlakon.
“Izreen memang sangat bersyukur dengan kehidupan yang dilalui kini. Bagi Izreen Ude seorang suami yang baik. Dia tidak pernah tinggal Izreen walau apa yang berlaku. Daripada dia bukan sesiapa dan tak pernah berdepan semua ini, dia tetap setia dan tidak tinggalkan Izren.
“Kami sama-sama hadapi segalanya. Kami berdua juga kini banyak dekatkan diri dengan Allah. Sembahyang berjemaah bersama-sama dan meminta petunjuk dari Allah supaya yang baik beri pada kami dan hindarkan apa-apa yang tidk baik. Palig penting doa ibu bapa sentiasa mengiringi perjalaan hidup kami sekeluarga,” jelasnya tersenyum sebelum mengakhiri perbualan.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM IZREEN AZMINDA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI