Musim sekolah ini menyaksikan ramai daripada kita yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah. Walaupun hanya mengerjakan umrah tetapi dugaan yang diterima tetap sama seperti jemaah yang mengerjakan ibadah haji. Semuanya bergantung kepada keupayaan mental dan fizikal seseorang untuk melakukan ibadah sepanjang berada di sana. Jemaah yang pergi ke sana tidak akan melepaskan peluang beribadah dan mengunjungi beberapa kawasan.
Salah salah adalah Raudhah atau Taman Syurga yang merupakan salah satu ruangan dalam Masjid Nabawi yang dijadikan pusat tumpuan jutaan jemaah yang datang berdoa dan bersolat di taman-taman ini. Oleh sebab itu ramai jemaah yang berebut-rebut untuk berada di situ. Namun tidak semua yang diizinkan Tuhan berpeluang untuk menjejakkan kaki di taman ini.
Perkongsian dari pengguna laman sosial, Suhaili Mohd Zain ini memberi beberapa tip yang boleh dijadikan panduan bagi jemaah lain yang mahu mengerjakan ibadah di sana dan mahu melawat Raudhah.
Menurutnya yang membahasakan diri sebagai Sally ada waktu tertentu yang disarankan bagi kaum wanita untuk memasuki Raudhah dan mengerjakan solat di situ. Jom baca perkongsiannya.
BERSOLAT TANPA GANGGUAN
Malam ini Sally nak kongsi pengalaman masuk ke Raudhah di mana anda boleh solat semahu-mahunya. Cara paling selamat, paling aman, tidak bertolak, tidak perlu berlari dan paling penting boleh berdoa dan bersolat tanpa ada gangguan dari Jemaah lain dan pengawal Arab wanita.
Alhamdulillahh kali ini Sally berpeluang 4x memasuki Raudhah. Itu pun sebab sehari Sally demam. Kalau tidak pastinya setiap hari paling tidak 2x sehari pasti hendak mengunjungi makam Rasulullah saw. Itulah tempat yang menjadi idaman setiap muslim jika di Tanah Madinah Al Munawwarah.
Berlainan dengan pengalaman umrah pertama, kali ini Sally memilih untuk memasuki Raudhah mengikut keadaan Sally sekarang. Sally tidak boleh berlari dan bertolak-tolakan. Mengandung 3 bulan membataskan pergerakan agresif Sally. Lebih-lebih lagi membawa bonda bersama yang baru sahaja recover dari stroke. Kali pertama beliau masuk ke Raudhah mengikuti kumpulan kerusi roda. Tapi apabila Sally amati keadaan, seperti biasa, strategi Sally buat dan susun secantiknya. Yang paling penting adalah kesabaran. Masuk dan sabar menunggu. Tidak perlu tergopoh-gapah.
WAKTU SESUAI MASUK RAUDHAH
Ads
Waktu yang paling sesuai untuk memasuki Raudhah bagi wanita adalah selepas Subuh dan selepas Isyak. Pastinya melalui pintu masjid no 25. Tidak perlu terburu-buru atau tunggu di masjid selepas solat. Sally nasihatkan anda balik dulu selepas solat. Selepas Subuh misalnya, balik ke hotel untuk sarapan dulu. Berehat, buang air, berwuduk dan sebagainya dan sebagusnya kenakan jubah dan khimar berwarna hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal Arab wanita kerana kita nampak serupa dengan orang Arab, Pakistan dan sebagainya.
Dan kalau boleh beg umrah yang diberikan oleh travel agen tu digantung di dalam telekung atau tidak dibawa langsung. Kerana beg itu adalah pengenalan kita dan dah dikenalpasti kita dari Malaysia. Selepas berwuduk dan mengenakan pakaian serba hitam, kembali ke masjid Nabawi mengikuti pintu 25 sekitar pukul 8.00 pagi dan terus ke bahagian depan. Penghadang kayu antara ruangan wanita dan lelaki telah dibuka. Laluan ini adalah laluan menuju ke Raudhah.
Waktu ini anda tidak perlu berebut dan tidak perlu bertolak dan berhimpit. Hanya perlu berjalan lemah lembut dan terus ke Raudhah. Maybe kali pertama pergi, anda boleh mengikuti kumpulan mutawif tetapi untuk sekian kalinya, better pergi sendiri. Lagi kecil group lagi senang pergerakan kita dan sukar dicam oleh pengawal wanita arab. Kita boleh menyelit di mana-mana kumpulan. Jika anda nak masuk selepas Isyak, balik dulu ke hotel untuk dinner dan sekitar pukul 10.00 malam kembali ke masjid Nabawi mengikut cara yang Sally jelaskan di atas tadi.
Selepas melalui penghadang kayu, anda akan masuk ke kawasan dataran Raudhah. Dari sini sudah kelihatan makam Rasulullah di bahagian hujung iaitu kawasan bilik Siti Fatimah. Anda boleh duduk dulu di dataran Raudhah, solat tahiyatul masjid, berzikir, baca al Quran dan apa-apa sahaja di sini. Biasanya Sally lebih suka masuk selepas Isyak. Sally tunggu sahaja di sini lebih kurang 1 jam setengah. Tidak terasa lama jika waktu yang ada diisi sebaiknya. Biarkan sahaja kumpulan lain masuk terlebih dahulu.
Ads
TENTUKAN TEMPAT SOLAT
Kita sabar sahaja menunggu. Bila orang sudah tidak ramai, sekitar 1-2 kumpulan sahaja, kita sudah boleh mula menyelit masuk. Sampai giliran kumpulan yang kita menyelit tadi, berjalanlah menuju ke Raudhah dan menghimpit ke kiri rapat ke makam Rasulullah saw. Tidak perlu terus ke karpet hijau. Biasanya Sally duduk dahulu di karpet merah. Sampai salam sahabat dan sebagainya. Bila keadaan agak reda, Sally akan masuk terus ke karpet hijau, rapat ke dinding dan mula bersolat di situ.
Oleh kerana keadaan kita di bahagian tepi dinding, jadi tiada siapa yang akan menolak. Jika ada 3-5 orang sekumpulan, beraturlah dan pastikan semua mendapat tempat di tepi dinding. Solat taubat dahulu dan kemudian solat hajat. Satu solat hajat untuk satu hajat dan disambung lagi solat dan solat dan solat. Doa dibaca ketika setiap sujud terakhir. Solat sambung menyambung tanpa henti. Tidak pernah ada kekuatan untuk solat sebanyak itu.
Jika di Malaysia, solat sunat hajat 2 rakaat sekali sahaja. Dhuha pun paling banyak 6 rakaat. huhuhu.. tetapi bila di Raudhah rasa seperti tidak mahu berhenti solat. Jangan sesekali berdoa mengangkat tangan dan duduk termenung menangis. Pengawal Arab wanita akan menghalau kita keluar secepatnya. Tapi jika kita kekal dalam keadaan solat, mereka tidak akan ganggu atau menyuruh kita berhenti dan keluar.
WAKTU BERSESUAIAN
Ads
Biasanya Sally akan menyertai kumpulan masuk ke Raudhah sekitar pukul 11.30 malam selepas sejam setengah menunggu. Dan kami habiskan masa lebih kurang 1 jam di dalam Raudhah. Selepas solat di dinding bahagian kiri, bergeraklah ke kanan seolah-olah ingin keluar. Tapi masa ini Sally akan rapat ke bahagian depan berdekatan dengan tiang Siti Aisyah dan ambik peluang bersolat di situ. Kawasan tengah Raudhah sekitar pukul 12.30mlm agak lengang.
Dan kita boleh bersolat di mana sahaja. Pengawal Arab wanita sudah mula untuk meminta jemaah keluar dari Raudhah kerana pukul 1 pagi mereka akan menutup Raudhah bagi wanita dan buka peluang untuk jemaah lelaki pula pada pukul 2 pagi. Dan waktu ini, kita akan rasa puas, aman dan rasa macam dah habis doa nak dibaca dan bersolatlah taubat sebanyaknya. Jika kita masuk berebut- rebut dan tergopoh gapah dan bersesak kemungkinan kita berpeluang solat sekali sahaja. Alhamdulillahh kali ini Allah berikan jalan yang terbaik buat Sally dan keluarga. Bonda, nenda dan kakanda amat berpuas hati dan semua kembali ke hotel dengan senyum puas dan syukur pada peluang yang Allah berikan.
Sally harap perkongsian Sally ini dapat dimanfaatkan dan anda juga berpeluang ke Raudhah dan rebutlah peluang beribadat di sana. Sally tidak mengikuti mana-mana mutawif kerana rasakan agak susah bergerak dalam kumpulan yang besar. Dan ada yang tergopoh untuk balik dan selesai awal. Sally lebih suka santai dan punyai lebih masa di sana. Cubalah, anda akan lebih rasa manisnya. Jangan pernah serik memasuki Raudhah dan sentiasalah semai rasa rindu untuk ke sana sepanjang di Madinah.
Di sini Sally kongsi video malam terakhir Sally di Raudhah pada 11hb Dec 2017. Video pertama di dataran Raudhah tempat Sally menunggu dengan sabar dan video ke dua sekitar pukul 12.35pagi saat Sally hendak meninggalkan Raudhah. Keadaan agak lengang.
Semoga anda juga dapat mengunjungi Taman Syurga. Amin.
Di antara solat fardhu lima waktu yang diwajibkan bagi seorang muslim, solat Isyak adalah solat yang mempunyai jangka waktu yang panjang dengan solat berikut. Ini menimbulkan persoalan bagi ramai orang tentang waktu solat isyak.
Untuk menjawab persoalan ini, kita mesti mengetahui pendapat para ulama dan juga hadis Rasulullah SAW. Berikut adalah perbincangan tentang had waktu solat Isyak dan cadangan yang boleh anda amalkan.
Menurut NU Online, had waktu solat Isyak adalah dari selesainya Maghrib hingga terbit fajar atau masuk waktu subuh.
Menurut Hadis berikut yang diriwayatkan oleh Muslim.
“Waktu salat Isya hingga tengah malam.” (HR Muslim dan Nasai).
Setelah Rasulullah SAW mendapat perintah solat lima waktu, Jibril datang untuk mengajarnya solat lima waktu. Jibril datang dua kali, di antara memerintahkan solat Isyak berikutnya.
Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad didatangi malaikat Jibril pada waktu solat isya.Jibril berkata, “Bangunlah dan mengerjakan solat.” Maka Rasulullah SAW segera menunaikan solat isya apabila Syafaq (mega merah senja) hilang.
Waktu ini juga merupakan waktu solat yang paling lama kerana Jibril membangunkan Rasulullah SAW semula apabila menjelang fajar kedua.
2.Awal Waktu Solat Isyak
Seperti yang dijelaskan di atas, waktu solat Isyak bermula selepas hilang warna kemerahan di langit seperti yang dijelaskan dalam hadis di bawah.
“Adalah Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam melakukan salat isya ketika terbenamnya warna kemerah-merahan.” (HR. Muslim No. 969).
Waktu warna menjadi merah dipanggil waktu Syafaq. Syafaq juga merupakan tanda perubahan waktu antara solat Maghrib dan Isyak.
3.Tentang Mengakhirkan Waktu Solat Isyak
Ramai orang mengetahui bahawa waktu untuk solat isyak adalah terlalu lama sehingga hampir subuh, dan ramai orang tertanya-tanya sama ada sah untuk menyelesaikan solat isyak.
Jawapannya ialah waktu yang baik untuk mendirikan solat isya’ ialah dari waktu solat hingga sepertiga malam atau tengah malam. Ini selaras dengan hadis Rasulullah SAW berikut.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Seandainya aku tidak memberatkan umatku, aku perintahkan mereka untuk mengakhirkan (menunda) salat isya hingga sepertiga malam atau setengahnya,” (HR Ahmad, Ibnu Majah, dan Tirmidzi).
Daripada hadis di atas tidak ada larangan untuk menyempurnakan solat isya. Namun keutamaan di atas berlaku kepada mereka yang dapat menghadiri solat berjemaah di akhir solat Isyak, atau orang sakit yang tidak dapat menghadiri solat berjemaah di awal waktu, atau wanita yang solat sendirian di rumah.
Menurut Hadis berikut.
“Terkadang (Nabi) menyegerakan salat isya dan terkadang juga mengakhirkannya. Jika mereka telah terlihat terkumpul maka segerakanlah dan jika terlihat (lambat datang ke masjid).” (HR. Bukhari No. 560 dan Muslim No. 233)
Walaupun kebanyakan ulama bersepakat bahawa waktu solat magrib bermula dari Syafaq sehingga sebelum matahari terbit, namun perlu diketahui had waktu solat isya mengikut empat mazhab.
Menurut mazhab Syafi’i, Imam Syafi’i, mengenai waktu solat isya, menjelaskan apabila mega merah itu berpusing. Akhir zaman kemudian dijelaskan oleh Syafi’i dalam Qaul Qadim, yang berpendapat bahawa akhir waktu petang adalah tengah malam. Manakala waktu lewat petang sehingga sepertiga malam.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Fenomena air laut pasang besar berlaku di kampung Tinusa Dua dan kampung Forest telah menyebabkan lebih 100 rumah roboh dipukul ombal. Sebanyak lebih 200 mangsa terjejas kira-kira jam 10 malam semalam.
Mengambil kesempatan ini, pelawak Atu Zero serta isterinya, Shafeeqa Johari, sentiasa menjadi antara individu yang terawal untuk menghulurkan bantuan. Tidak membazirkan masa mereka terus mengwar-warkan di media sosial untuk mengumpul dana bantuan.
Tidak mahu menutup mata, Sharid Kunal Doli Sharif atau lebih dikenali sebagai Atu Zero bersama isterinya, Shafeeqa Johari, sudah mula mengutip dana untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa di Sabah.
Apabila melihat gambar perkongsian di Instagram Shafeeqa Johari, kelihatan banyak rumah di Kampung Forest dan juga Kampung Tinusa Dua yang hancur dipukul ombak. Rata-ratanya tinggal rangka dan musnah sepenuhnya.
Niat mereka untuk meminta bantuan juga dimulakan dengan permohonan maaf kerana sering meminta sumbangan dari orang ramai. Namun, niatnya hanya untuk menyalurkan kepada mereka yang memerlukan.
“Terlebih dahulu saya memohon maaf jika saya selalu sangat meminta bantuan. Kami bukan siapa-siapa. Kami hanya ingin membantu saudara-saudara Islam kita disana,
“Memahami situasi mereka kerana Atu sendiri juga pernah mengalami situasi yang sama. Saya mencuba nasib jika ada diantara followers dan orang semenanjung yang mahu membantu mereka,
“Tidak mereka meeminta, kami yang mahu membantu. Tidak ke laut mencari rezeki, dah sememangnya kehidupan mereka susah dan hilang tempat berteduh. Saya berseorangan tidak mampu untuk bantu semua.” katanya di sekeping foto dalam hantaran itu.
Menurut laporan di Sinar Harian, dianggarkan juga 500 rumah turut terancam akibat fenomena air pasang yang menjejaskan kawasan berkenaan. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan pusat pemindahan sementara (PPS) antaranya Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2 telah dibuka untuk menjadi tempat tumpangan mangsa-mangsa.
Jumlah mangsa yang terlibat seramai 162 orang dari 29 ketua isi rumah (KIR) di Kampung Forest telah dikenal pasti dan selamat dipindahkan ke PPS. Kami dari Hijabista juga mengharapkan agar ramai menghulurkan bantuan untuk bantu memudahkan urusan mereka yang menghadapi bencana ini.
Susu ibu keperluan terbaik kepada setiap bayi sejak dilahirkan sehingga menjangkau usia dua tahun.
Kelahiran seorang bayi sehingga menjangkau usia dua tahun ternyata satu tempoh yang kritikal bagi menggalakkan pertumbuhan optimum, kesihatan dan perkembangan tingkah laku.
Untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak, semua bayi perlu disusukan dengan susu ibu saja bermula detik kelahiran sehingga berusia enam bulan.
Makanan pelengkap perlu diperkenalkan pada usia enam bulan sementara penyusuan susu ibu diteruskan sehingga anak berusia dua tahun.
Penyusuan susu ibu yang diberikan kepada bayi bukan saja memberi kesan positif kepada bayi itu sendiri, malah mendatangkan kebaikan besar kepada ibu terbabit.
Namun bagi ibu yang sudah dijangkiti #covid19 adakah mereka masih boleh menyusukan anak mereka tanpa menjangkitkan wabak tersebut kepada anak-anak?
Berikut makluman khas dari Pusat Laktasi Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia.
COVID-19 TIDAK MENJANGKITI MELALUI SUSU IBU
IBU PERLU GUNA MASK DAN CUCI TANGAN DENGAN TEKNIK YANG BETUL
Sekiranya keadaan ibu yang dijangkiti #covid19 semakin teruk, ibu dinasihatkan untuk memerah susu ibu dan susu tersebutkan diserahkan kepada orang yang sihat supaya dapat diberikan kepada bayi.
Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik dalam pelbagai situasi.
Isteri mana yang tidak merasa bahagia apabila dirinya sentiasa dihargai oleh suami tersayang apatah lagi dianggap sebagai bidadari.Begitulah bertuahnya penyanyi dan aktivis kemanusiaan Nur...