Wanita Ini Kongsi Tip Elak Bibir Gelap, Kering & Merekah, Salah Satunya Guna Lip Sleeping Mask

Share

Bibir yang merah, mungil dan bersinar pastinya menjadi idaman ramai kaum wanita. Keadaan kulit bibir yang tidak sihat atau kering juga boleh mengubah warna gincu, selain struktur bibir wanita.

Bibir adalah kulit yang paling nipis, sensitif dan perubahan warna pada anggota badan itu boleh terjadi akibat pelbagai faktor termasuk kekurangan melanin, gaya hidup serta cara penjagaannya.

Melalui perkongsian Marijaena di laman Twitter, wanita ini berkongsi tip merawat bibir yang gelap, kering dan merekah.

FAKTOR PENYEBAB

BERSIHKAN KESAN LIPSTIK

PILIH LIPBALM YANG ADA SPF

BUANG SEL KULIT MATI

TAK SUSAH JAGA BIBIR

Boleh juga mencuba perawatan semula jadi. Ini perkongsiannya. Bolehlah diamalkan ketika di rumah.

Bibir merah bak delima merupakan idaman setiap wanita. Dengan mengamalkan petua di bawah, anda tentu dapat melihat kesannya dalam masa yang singkat, tetapi ia juga bergantung kepada cara aplikasi dan penerimaan kulit anda.

BAHAN-BAHAN:
Satu sudu serbuk kunyit
Satu sudu susu
½ sudu jus lemon
Satu sudu air mawar

*Jika mahu boleh tambahkan sedikit madu lagi melembapkan bibir.

CARA PENYEDIAAN:


Campurkan kesemua bahan di atas, kemudian gaul hingga sebati. Sapu pada bibir dan gosokkan perlahan-lahan selama tiga minit. Setelah itu, bilas dengan air suam.

1. Serbuk kunyit
Kunyit mengandungi antioksidan dan antibakteria yang mampu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki kulit dan mengurangkan lingkaran hitam.

2. Lemon
Lemon kaya dengan vitamin C dan asid sitrik yang membantu menegangkan serta mencerahkan kulit.

3. Air mawar
Air mawar mempunyai ciri-ciri antiradangan yang membantu mengurangkan kemerahan kulit dan menghilangkan jerawat serta jeragat. Ia berkesan untuk mengeluarkan minyak berlebihan dan kekotoran dari pori-pori.

4. Susu
Susu kaya dengan vitamin B, asid alfa hidroksi, kalsium dan antioksidan lain yang mampu menyihatkan kulit dari dalam, sekali gus mengekalkan kulit lembap sepanjang hari.

Selepas ini tiada lagi masalah bibir hitam, lebam dan pucat. Boleh dijadikan regim kecantikan pada waktu hujung minggu jika anda seorang yang sibuk. Namun jika ada kelapangan boleh juga dilakukan dua hari sekali bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

Untuk pilihan produk penjagaan BIBIR yang lebih bervariasi, KLIK di sini.

Sumber kredit: Twitter: Marijaena dan Suzy Honey

Published by
Norhasliza