Wanita Ini Kongsi Tip Bajet Ke KLIA 2 Hanya RM 9.40! Khas Buat Hijabi ‘Kaki Travel’

Share

Sekiranya anda merupakan seorang yang gemar ‘travel’ dan suka bercuti dengan gaya mewah menaiki kapal terbang tapi dalam masa yang sama mempunyai masalah ‘tight budget’ tak boleh terlalu boros untuk menikmati percutian, tip ini mungkin untuk anda!

Justeru, di sini Hijabista kongsikan semula tip yang diutarakan oleh seorang gadis menerusi laman Twitter miliknya menggunakan akaun pengguna @elybaeraq tentang bagaimana anda boleh berjimat dan membayar kos yang lebih murah bagi pengangkutan untuk sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Tak Perlu Naik E-Hailing, Hanya Keluarkan Kos RM 9.40 Sahaja!

Perkara berkenaan dikongsikan oleh Ely menerusi ciapan bebenang (thread) dalam satu muatnaik hantaran baru-baru ini. Menurut Ely dia menggunakan kemudahan Mass Rapid Transit (MRT) Laluan Putrajaya dan berhenti di stesen terakhir iaitu stesen Putrajaya Sentral.

“Saya jumpa cara baharu lagi murah nak pergi ke KLIA2.

“Saya hanya belanjakan RM9.40 pergi ke sini menggunakan MRT ke Putrajaya Sentral dan tukar ke Transit KLIA.

“Saya sangat kedekut dengan diri sendiri sebab itulah saya tak nak gunakan pengangkutan e-hailing yang menelan kos RM75. Lagi murah daripada gunakan kereta api ekspres,” katanya.

Artikel berkaitan: Travel Dengan Penuh Bergaya! Ikuti Lima Tips Agar Hijabi Kekal Patuh Syariah

Boleh Naik MRT Secara Percuma Sekiranya..

Mengulas lanjut, Ely berkata sekiranya hijabi adalah pemegang My50 Unlimited Travel Pass (My50). Anda akan mempunyai keistimewaan menaiki MRT secara percuma!

Namun, sekiranya anda tidak melangga My50 jangan risau! Masih boleh berjinat dengan menggunakan MyCity Pass yang berharga RM5 untuk menaiki MRT ke mana sahaja dalam masa satu hari tanpa had atau caj tambahan.

Dalam ciapannya, Ely juga menyertakan beberapa keping foto sebagai bukti bahawa dia berjaya tiba di KLIA2 menggunakan laluan serta tip yang dikongsikan olehnya.

Setakat artikel ini ditulis, tip perkongsian dari Ely ini telah diulang ciap sebanyak 5,962 ciapan dengan 16.6 ribu tanda suka dari wargamaya.

Sumber: Twitter @elybaeraq

Artikel berkaitan: Melancong Di Thailand, Anda Perlu Dapatkan 8 Barangan Halal Daripada 7-Eleven. Terbaik Dan Jimat!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir