Ketenangan hidup sememangnya menjadi kebahagiaan hidup. Jiwa yang tenang akan membuahkan rasa bahagia dalam kehidupan seseorang. Namun sesungguhnya ketenangan itu perlu dicari dan tidak datang dengan sendiri.
Jika anda berusaha untuk mencari ketenangan, dekatkan diri dengan Allah nescaya jiwa akan merasa tenang dan bahagia.
Berikut perkongsian Nur Aliah Mohd Noor
Ni 10 amalan yang Lia lakukan untuk hidup Lia jadi lebih tenang, bahagia, dan Alhamdulillah melimpah-limpah rezeki yang Allah kurniakan.
1. Solat fardhu awal waktu. Dapat je notification masuk waktu atau dengar azan, terus stop semua kerja dan ambil wuduk. Lia akan ON all notification dari twitter @waktusolatKL
2. Bangun awal jam 5 pagi. Buat tambahan solat sunat untuk nak lebih dekatkan diri kita kepada Allah swt. Antaranya solat sunat Tahajud, solat sunat Taubat, solat sunat Hajat, solat sunat Fajar, solat sunat Isyraq dan solat sunat Dhuha.
3. Dari waktu subuh nak tunggu matahari terbit, boleh baca surah Yasin.
4. Wajib baca zikir setiap hari. Antaranya
– Istighfar 101x (istighar yang penuh iaitu Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih
– Zikir Nabi Yunus 101x (La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minaz zhalimin)
– Ya Allah 101x
– Selawat 101x
– Zikir Asmaul-Husna
5. Sedekah di waktu pagi dengan cara paling mudah iaitu on9 transfer. Sedekah seikhlas hati yang penting konsisten setiap hari. Niat semuanya kerana Allah Taala.
Ni antara yang Lia dah set as favourite di akaun Maybank Lia :
– Serantau Muslim :
Maybank 564100423082
– Pertubuhan Kasih Umat Malaysia :
CIMB 8603546376
– Murtadha Dakwah Centre :
Maybank 552059807117
6. Antara waktu maghrib dan isya, teruskan stay atas sejadah untuk baca Al-Quran. Minima baca 2 muka surat Al-Quran. Selain itu wajibkan juga baca 3 surah ini sebelum tidur : Ar-Rahman, Al-Waqiah dan Al-Mulk.
7. Setiap apa yang kita buat di atas ini akhirkan dengan berdoa kepada Allah swt. Mohon jalan petunjuk, rezeki yang melimpah ruah, dan dipermudahkan segala urusan. Minta apa sahaja doa yang kita nak secara spesifik.
8. Baca surah Al Fatihah untuk mak ayah, guru / mentor, dan orang yang kita tak kenal. Contoh dalam kereta, kita nampak ada orang sedang sapu sampah, terus niatkan dalam hati nak baca Al Fatihah untuk orang itu.
9. Selain semua di atas, fokus untuk menabung. Kali ini fokus menabung untuk ke tanah suci Mekah untuk tunaikan haji. Biar sikit janji konsisten dan laverage kan tabung kita. Contoh tabung : ASB, Tabung Haji, Emas.
10. Akhir sekali untuk jadi orang yang tenang dan bahagia, sentiasa maafkan orang dan berkawan dengan semua orang. Akan ada orang yang datang dan pergi dalam hidup kita. Yang tak baik jadikan ianya sempadan dan yang baik jadikan ianya teladan.
Dapat sesuatu? Semoga bermanfaat.
Sumber kredit: Nur Aliah Mohd Noor