Selain foundation, loose powder dan gincu bibir, maskara juga salah satu item penting bagi mengekalkan keserian wajah. Empat item ini sudah memadai ada dalam beg tangan bagi mereka yang mahu kelihatan ringkas tanpa solekan tebal.
Namun ada kalanya pelbagai jenis maskara membuatkan kita keliru yang mana satu paling sesuai digunakan. Perkongsian dari salah seorang pengguna di laman sosial Izzaty H. Jamal memberikan secara detail penerangan setiap maskara yang sesuai dan boleh melentikkan mata tanpa perlu lagi memakai bulu mata palsu.
Menurutnya ada pelbagai jenis maskara yang banyak dijual di pasaran. Malah setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri.
Ayuh ikuti perkongsiannya yang dimuat turut di laman sosial facebook.
Salah satu alat make up yang penting untuk kaum wanita. Kalau korang perasan, mascara ni banyak jenis & setiap jenis brush / wand mascara memainkan peranan yang penting untuk melentikkan bulu mata korang.
Yela, tak ada orang yang gigih sangat nak pakai bulu mata palsu 24jam kan?
So lepas ni dah tau function setiap wand, boleh la korang melaram dengan bulu mata lentik
Setiap penerangan ada kat caption tau.
#BeautyTipsByIzzatyJamal
#YourFunnyBeautyGuru
Wand jenis gemuk & bulu brush rapat-rapat.
Sesuai untuk :
Menambahkan volume pada bulu mata. Bukan volume radio mahupun volume tv. Tapi volume bulu mata engko tu ha. Biar bulu mata nampak lebih lebat & mencanak naik ke atas atap Cik Milah
** essence tu best tau! Yang color pink tu. Tapi susah sikit nak remove. Harga dalam rm15++ gitu je. Memang betul melentikkan & tambah volume
Wand jenis halus dan kecil.
Sesuai untuk :
Menambahkan kepanjangan bulu mata. Sesuai juga untuk lower lashes. Jangan ingat kecik kecik cili padi tak power. Power babe
** Innisfree tu dalam rm30++ tapi ada jugak yang sama mcm tu brand Heng Fang. Jangan tertukar pulak nanti. Eye opener tu mascara paling kecik yang ada kat Drugstore. Ke ada yang lain korang pernah try?
Wand jenis melingkau lingkau ataupun berbentuk curvy ala pinggang Saloma
Sesuai untuk :
Curl kan bulu mata. Sebab tu jenis dia melingkau lingkau macam ulau kena palu.
** ada orang cakap Maybelline ni susah nak remove. Korang beli la make up remover berbasekan oil okay. Pastu remove guna cotton bud
Sesuai untuk : Extra Definition pada bulu mata
Wand jenis cacak cacak ni bukan saja nak cacak. Ada kegunaan dia ok. Wand jenis ni sesuai kalau korang nak segala bulu mata kena mascara.
Sesuai untuk detailing. Walaupun jenis dia macam labah labah bergumpal, tapi hasil dia superb ok.
** tak pernah jumpa lagi jenis ni kat drugstore unless beli kat oversea nunn di sana.
Berbentuk besar di belakang dan makin kecil di bahagan depan
Sesuai untuk :
Menambah volume & ‘define’ bulu mata. Pengunaan wand jenis tapered ni bagus kalau korang nak setiap sehelai bulu mata korang tu lentik & mascara boleh diapply dengan sekata.
Berbentuk sikat.
Sama je kegunaan macam kita sikat rambut. Ya makanya bulu mata kamu akan disikat satu persatu dong. Kalau jenis bulu mata ala ala mcm kena panah petir tu, silalah guna ye.
** Syok Mascara tu pernah try sekali pinjam kawan punya! Ahahahah. I love the texture. Takda bau pelik pelik. Sebab ada few local product mascara dia bau pelik
Diameida tu pun best! Kak Lisa bagi 2 ketoi. Dah habis guna dah. Senang yakmat nak cuci nya pun. Tarik2 dah tertanggal.
Antara 2 local brand yang recommended
Bentuk macam jam pasir yang korang selalu beli kat kedai 2 ringgit masa kecik kecik dulu.
Sesuai untuk :
Eye opening. Biar 10 batu jauh Cik Milah dah nampak mata engko bersinar sinar dengan bulu mata yang panjat lebat & mata galak gitu
‘U’ shape brush menjamin sapuan lebih rata hingga ke akar umbi. Kerlezzzz
Bentuk dia ala ala pencuci botol bayi gitu
Sesuai untuk :
Lifting your lashes. Kalau nak coverage lebih padu, jangan lupa untuk wiggle wand ni semasa aplikasi okay
Lieza Hassan Paling suka pakai brand essense warna merah! Murah dan terbaek
Fatin Shah Shuhada Abdullah Nur Nadirah Saharudin Hidayatul Husna sila belajar bab masara..bnda ni simple tp akan buat mata korng cntik..
Zaraa Mansor Tqvm sis sbb byk kongsi ilmu
Noor Fadzila Ahmad terbaik la kak Izzaty Jamal..stiap apa yg akk kogsi kan almu..mmg tip top..tq kak
SUMBER: FACEBOOK IZZATY H. JAMAL