Wanita Ini Kongsi Rutin Kecantikan Rawat Kulit Breakout Khusus Untuk Kulit Kombinasi

Share

Jerawat yang sering muncul pada wajah tentunya akan buat sesiapa sahaja berasa ‘down’ dan kurang berkeyakinan kerana malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Jika jerawat kecil pun sudah malu, apatah lagi jika muka sedang ‘breakout’. Kalau boleh tidak mahu jumpa sesiapa pun gara-gara malu dengan keadaan wajah yang merah-merah dengan jerawat.

Wajah ‘breakout’ mungkin disebabkan oleh alahan terhadap sesuatu produk hingga menyebabkan jerawat timbul dengan teruk sekali. Jangan risau hijabi, setiap yang terjadi pasti ada hikmah dan jalan penyelesaiannya.

Tidak dapat dinafikan bukan mudah untuk menjaga kulit wajah agar kelihatan bersih dan terhindar dari sebarang kekotoran. Silap pilih produk bersesuaian juga akan menyebabkan kulit wajah bermasalah seperti jerawat hingga breakout.

Perkongsian gadis ini tentang cara dia merawat wajahnya ketika mengalami masalah breakout mungkin boleh dijadikan panduan.

Wanita ini mempunyai kulit jenis kombinasi.

RAJIN DAN KONSISTEN

SESUAI DIGUNAKAN OLEH MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KULIT

PENTING PAKAI SUNSCREEN

ELAK LETAK EMPAT BAHAN INI PADA WAJAH, BOLEH AKBIBATKAN MASALAH KULIT BREAKOUT

Bukan semua bahan boleh kita letakkan pada wajah. Jika tidak sesuai akan menyebabkan berlakunya masalah kulit atau ‘breakout’ yang teruk. Kulit wajah anda lebih mudah terjejas berbanding kulit bahagian lain pada badan anda.

Jadi apa sahaja yang anda letakkan ada kulit wajah, harus sesuai untuk penggunaan wajah. Ini antara tiga bahan yang tidak boleh anda letakkan pada wajah.

Losyen Badan
Ramai di antara kita yang menggunakan losyen ini pada wajah dan ia berkesan! Namun, sebenarnya ia lebih pekat dan juga mengandungi wangian yang boleh merengsa kulit wajah. Fikirkan losyen badan ini sebagai kapur pengisi dinding – ia boleh memberi lembapan tetapi ia tidak merawat wajah (seperti anti kedut) dengan spesifik.

Asid Asetik (Cuka)
Ya, anda boleh menggunakan cuka sebagai ‘toner’ wajah tetapi lebih baik anda menggunakan ‘toner’ yang memiliki bahan yang berguna daripada buat sendiri di dapur. Cuka boleh hilang kandungan airnya dengan masa dan ia akan menjadi pekat dan kuat. Jadi, jika ini berlaku, ia boleh memberi ‘lecuran’ yang teruk pada kulit wajah anda.

Mayonis
Bahan ini banyak terdapat dalam DIY untuk masker rambut kerana ianya memberi lembapan. Namun, ianya untuk rambut. Ia terlalu asidik dan juga menutup, di mana ia tidak membenarkan kulit anda bernafas dan menyumbat liang pori. Jika anda mahu membuat sendiri masker wajah, ketahui resepi dan bahan yang betul.

Sekirannya anda mahu membuat sendiri produk untuk wajah, pastikan anda mengetahui kondisi kulit anda dan juga bahan yang sesuai untuk diletakkan pada wajah. Buruk padahnya jika anda meletakkan bahan-bahan seperti di atas pada wajah anda dengan sesuka hati. Ingat ya!

Sumber kredit: Twitter jiaojia

Published by
Norhasliza