Tak susah pun nak kelihatan cantik, janji ada kemahuan untuk memastikan wajah dan penampilan sentiasa jelita dan menawan. Seperti perkongsian wanita ini di laman sosial facebook menggunakan 4 bahan alami untuk memastikan wajah lebih cerah dan paling penting kelihatan pinkish.
Dalam posting yang dikongsi melalui laman facebook Seri Sairi menggunakan amalan minum campuran susu kunyit bersama badam dan madu.
Menurutnya minuman ini berkhasiat bukan sahaja untuk luaran, tetapi juga dalaman. Apa yang penting selamat kerana menggunakan bahan semulajadi dan juga menjimatkan.
PETUA UNTUK WAJAH PINKISH BERSERI-SERI
Seri nak share petua orang dulu-dulu nak naikkan seri wajah agar nampak lebih cerah ‘pinkish’ dan berseri-seri.
Salah satunya dengan mengamalkan minuman campuran susu kunyit badam madu ni.
Banyak khasiatnya baik dari segi kecantikan dalaman dan luaran.Ia selamat sebab menggunakan alam semulajadi serta menjimatkan.
Minum sebelum tidur,lagi-lagi masa datang bulan.
Boleh diamalkan seminggu 2x.
Korang cubalah.komfem bangun pagi nampak muka glowing pinkish.
Bahan
susu rendah lemak
2 inci kunyit hidup ditumbuk kasar
badam ditumbuk kasar
2 sudu madu
Caranya
– masukkan susu rendah lemak di dalam periuk
– kemudian masukkan kunyit yang ditumbuk kasar,kacau sebati dengan api yang perlahan.
– masukkan pula badam dan kacau sebati.
– masukkan susu ke dalam gelas dan biarkan suam.
– selepas itu masukkan pula 2 sudu madu.
Khasiat susu
– mengurangkan stress
– mengurangkan senggugut ketika haid(PMS)
Khasiat madu
– mengatasi insomnia
– memperlambatkan penuaan
– menjaga kelembapan kulit
Khasiat badam
– rendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung
– turunkan berat badan
– melancarkan peredaran darah
Khasiat kunyit
– kurangkan tahap kolestrol dalam badan
– memperbaiki sistem penghadaman
– mencegah kanser
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rajin Masuk Dapur, Faradhiya Titip Nasihat Buat Hijabi! Single Bukan Alasan ‘Berat Tulang’
Isi Kandungan
ToggleNama penyanyi jelita bersuara lunak, Farahdhiya mula meningkat naik dan dikenali dalam arena muzik tanah air apabila dia mula meraih kejayaan komersial pada tahun 2004 menerusi single sulungnya yang berjudul ‘Bertakhta Di Hati’.
Selain menguruskan karier sebagai anak seni, Farahdhiya juga sering berkongsi aktiviti dan juadah masakan di laman sosial miliknya.
Selain Menyanyi, Memasak Buat Farahdhiya Gembira!
Farahdhiya sebelum ini ketika ditemui team HIJABISTA memaklumkan, “Antara benda yang buat saya sangat happy dalam hidup ialah bila dapat pergi pasar, dapat beli barang dapur, dapat masuk dapur, dapat masak untuk yang tersayang.”
Memang Naib Juara Gegar Vaganza Musim 2015 ini seorang ‘kaki masak’. Walau Farahdhiya mempunyai darah kacukan, tapi seleranya ditambat dengan juadah tradisi. Lebih-lebih lagi menu berasaskan lauk kampung.
Malah, Faradhiya dilihat semakin rancak di dapur, terutamanya bila menjelang bulan mulia bagi seluruh umat Islam, iai tu bulan Ramadhan, kerana pada bulan penuh keberkatan ini merupakan masa terbaik untuk menjamu selera keluarga tersayang.
Terdahulu, video juadah berbuka puasanya yang pernah dimuatnaik oleh Faradhiya telah meraih puluhan ribu tontonan. Lebih menarik lagi apabila ia turut mendapat reaksi daripada ‘otai’ masakan, Sheila Rusly.
Bukan Mak-Mak Je Masak Setiap Hari, ‘Single’ Pun Sama Tau – Farahdhiya
Selain itu, Farahdhiya dilihat tidak hanya hebat menyediakan juadah lauk pauk, malah dia juga mempunyai kebolehan untuk menyediakan pelbagai jenis hidangan pencuci mulut dan air!
“Gulai ayam dan telur rebus, sayur bendi pecah telur, ikan masin dengan timun dan sambal belacan, lepat pisang, greek yogurt, chia seeds dan air cincau. Done dan alhamdulillah for today.”
Artikel berkaitan: “Antara Wajah Melayu Tercantik” UMMI NAZEERA Tampil Gorgeous Dalam Busana Hijau Raih Pujian
Kongsinya, “Kita share sekurang-kurangnya dapat idea apa nak masak esokkan? Bukan ibu-ibu je yang memasak ye, yang single tak kahwin lagi ni pun masak hari-hari juga. Banyak hari lagi ni nak memasak.
Kuih ketayap, ikan keli berlado, lemak putih pumpkin suun fucuk pecah telur, telur dadar (lauk wajib abang saya), buah sedikit dengan air sirap limau biji selasih.
Kecur tengok air tangan Farahdhiya! Pelantun lagu Bertakhta Di Hati ini bukan saja cantik tapi rajin ke dapur. Dengan wajah kacukan ‘Mat Saleh’ yang dimiliki Farahdhiya, pasti ramai tak menyangka jelitawan ini sebenarnya amat menggemari masakan kampung.
Sekadar info, Farahdhiya merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau dilahirkan di Sarzana, Itali dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik.
Farahdhiya juga mempunyai darah kacukan Melayu-Inggeris. Ibunya berketurunan Inggeris dari Portsmouth, England manakala ayahnya berketurunan Melayu yang berasal dari Johor.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Artikel berkaitan: Ramai Rakan Artis Kongsi Sedih ‘Kehilangan’ Allahyarham Datuk Nassier Wahab
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Faradhiya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Keliru Dengan Pemakaian Serum, Ini Senarai 10 Pilihan Terbaik Untuk Kekal Awet Muda
Isi Kandungan
TogglePemakaian serum sebagai salah satu rejim penjagaan kulit bukanlah sesuatu yang asing pada mereka yang mengambil berat tentang kesihatan kulit. Kini dipasaran terdapat banyak serum yang berbeza untuk dipilih, pelbagai produk dengan tekstur dan fungsi tambahan untuk memperbaiki kulit.
Ini boleh menyebabkan kekeliruan kepada yang sedang mencari apakah produk tepat untuk menyelesaikan kulit bermasalah. Jom kembalikan keanjalan kulit dengan 10 jenis serum terbaik mengikut kesesuaian anda!
1. SUNDAY RILEY – A + Serum Retinoid
Ekstrak botani retinoid dan retinoid yang mempunyai semua faedah retinoid tradisional dan retinol tanpa preskripsi atau kesan sampingan. Walaupun bau yang kurang enak, serum ini mengurangkan tanda-tanda garisan dan kedutan. A + Serum Retinoid Tinggi Dose juga meningkatkan kejelasan kulit dan mengurangkan penampilan ketidaksempurnaan seperti bekas jerawat dan mampu mengecutkan jerawat.
Hawaiian White Madu, Bisabolol, Halia, dan Prickly Pear Cactus berfungsi untuk mengurangkan penampilan kesan sampingan seperti mengelupas dan kulit kemerahan.
2. KLAIRS Freshly Juiced Vitamin Drop
Serum Vitamin C yang dapat melindungi kulit sensitif ini menggunakan teknologi penstabilan hibrid yang mampu menyerap dengan mengandungi bahan aktif 5% asid L-Ascorbic ke dalam lapisan kulit dan merupakan bahan antioksidan yang telah diuji dan terbukti secara saintifik.
Asid dari serum Vitamin C ini mampu melindungi kulit dari kerosakan UV, pencemaran, merangsang pengeluaran kolagen dan memperbaiki tona serta tekstur kulit. Disyorkan untuk mereka yang kulit sensitif dan kulit kasar dengan liang pori terbuka. productnation
3. DR JART V7 Serum
Serum untuk mencerahkan kulit dan menganjalkan lapisan kulit dalaman. Ia menghilangkan kecacatan kulit seperti melasma dan freckles dan menjaga kecacatan kecil untuk tujuan kulit kelihatan lebih cerah kemerah-merahan dan berkilat tanpa apa-apa kelemahan.
4. ALLIES OF SKIN Mandelic Pigmentation Corrector Night Serum
Booster semalaman yang merawat pigmentasi yang degil, liang-liang besar, penahan berterusan,kulit tidak sekata tekstur dan komedo dengan campuran 11% AHA + BHA, pelbagai anti- oksida dan 8 pencerahan. Bahan-bahan seperti Bakuchiol dan Palmitoyl Tr ipeptide, mengurangkan 5 kesan ini iaitu tanda penuaan, pengurangan yang ketara dalam kulit yang kasar dan kering serta garis halus dan kedutan.
5. THIS WORK Morning Expert Hyaluronic Serum
Sekiranya kulit anda dihidrasi, maka serum ini sesuai untuk mengembalikan kelembapan muka. Melindungi dan mengukuhkan, serum hyaluronic Morning Expert adalah dirumus dengan 2% Hyaluronik Asid untuk menyokong pengisian semula kandungan air di dalam kulit selepas semalaman kehilangan air trans- epidermal.
Serum ini menyediakan pelembab intensif dengan serta-merta memulihkan cahaya kulit, meningkatkan tekstur kulit dan menyokong pengeluaran kolagen untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan. Antioksidan Vitamin C membantu mencerahkan kulit untuk meninggalkannya kelihatan muda, berseri dan dihidupkan semula.
6. BY WISHTREND Pure Vitamin C21.5 Advanced Serum
Serum vitamin C yang bagus untuk kulit kering, The By Wishtrend Pure Vitamin C21.5% Advanced Serum adalah serum vitamin untuk memperbaiki ton dan tekstur keseluruhan kulit. Dengan mengandungi vitamin C yang tulen, ia bebas dari paraben dan bahan merbahaya yang boleh merosakkan kulit.
Dirumuskan dengan 10 ramuan khas untuk mendapatkan hasil yang cepat dan berkesan. Vitamin Tree pula mampu memberikan kelembapan pada kulit dan sesuai untuk mereka yang mempuyai masalah kulit kering.
7. PETER THOMAS ROTH Potent-C Power Serum
Keberkesanan serum ini dikuatkan oleh Penambahan dua antioksidan (3% Vitamin E dan 2% Ferulic Acid), penyampaian anti penuaan yang lengkap, pengukuhan dan mencerahkan rawatan. Dengan gabungan bahan kandungan berteknologi tinggi dan vitamin C, ia menghilangkan garis halus, nada dan tekstur kullit yang tidak sekata, mendapatkan kulit yang cerah dan dehidrasi.
8. WARDAH C-defense with Vitamin C Serum
Produk keluaran Wardah yang semestinya Halal dan mesra wudhu ini, sesuai untuk semua jenis kulit. Dengan harga yang sangat berpatutan, serum ini mempunyai kualiti yang sangat bagus. Diformulasi dengan 10% Vitamin C Hi-Grade, ekstrak Aloe Vera dan Biosaccharide untuk mencerah, mengekalkan keanjalan, memperbaiki struktur, melembap dan melindungi kulit anda dari radikal bebas. Ianya mudah untuk menyerap masuk ke dalam lapisan kulit, menjadikannya lebih sihat dan cerah.
9. PIXI Glow Tonic Serum
Bahan-bahan asas seperti asid glikolik, lidah buaya, ekstrak chestnut kuda dan ginseng ini sebenarnya rumusan sederhana yang bijak – tidak ada bahan asid yang terasa, inaya memberi kesegaran dalaman. Serum kegunaan malam ini memberi kesegaran, kelembutan dan pencerahan pada muka di esok harinya.
10. ALPHA-H Vitamin C Serum
Masalah jeragat pada kulit wajah dapat diatasi dengan adanya ALPHA-H Vitamin C Serum yang dirumus khas dengan bahan semulajadi dan Vitamin C. Serum ini berfungsi untuk merawat dan mencegah kesan penuaan, pigmentasi dan garis halus kerana ia mengandungi pelembap untuk penghidratan yang berterusan serta merangsang pertumbuhan kolagen. Ini adalah rawatan yang ideal untuk mereka yang sering terdedah kepada sinaran matahari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Waktu Tidur Malam Sering Terganggu? Cuba Pakai Stokin Untuk Bantu!
Isi Kandungan
ToggleHanya pakai sarung kaki sahaja banyak memberikan manfaat kepada kesihatan kita? Ada juga kata ia boleh membantu untuk dapatkan tidur yang berkualiti?
Mungkin ada yang daripada kalangan kita yang sangkal tentang fakta ini bukan? Ayuh kita ketahui dengan lebih lanjut tentang manfaat memakai sarung kaki bersama kami di Hijabista.
Artikel berkaitan: Jangan Buka Lampu Ketika Tidur! Anda Hanya Bahayakan Diri
Stokin untuk kesihatan yang baik!
Menurut hantaran Public Health Malaysia di Facebook, pemakaian sarung kaki ini mempunyai beberapa manfaat yang tersendiri. Ada juga antara dari kita yang sudah mulai menggunakan cara ini bukan? Jadi bagi anda yang tidak tahu ada banyak manfaatnya tersendiri.
Pemakaian stokin seringkali dikaitkan dengan kelebihannya ketika tidur. Rutin ini sebenarnya boleh membantu kita mengawal suhu dalaman tubuh.
Suhu badan teras seseorang boleh berubah pada waktu malam. Seorang individu boleh mencapai suhu terendah pada sekitar 4 pagi di mana purata suhu adalah 98.6 darjah Fahrenheit, namun, ia berbeza dengan 1 hingga 2 darjah selama 24 jam.
Manfaat memakai stokin ketika tidur adalah seperti berikut:-
- Mencegah rasa panas: Sebilangan wanita memakai stoking juga bertujuan untuk menyejukkan suhu badan teras mereka.
- Merawat tumit retak: Pemakain stokin selepas menggunakan pelembap boleh membantu menjaga kesihatan tumit daripada kering.
- Meningkatkan potensi orgasma: Menurut laporan BBC, para penyelidik mencatatkan kajian pemakaian stokin boleh meningkatkan keupayaan mencapai orgasma sebanyak 30 peratus!
- Mengurangkan risiko serangan Raynaud: Penyakit Raynaud ini akan menjejaskan bahagian kulit di kaki dan jari dimana terdapat kehilangan sirkulasi dan mulai berdenyut atau bengkak. Memakai stoking pada waktu malam boleh membantu mencegah penyakit ini dan memberikan kehangatan dan pelancaran peredaran darah.
Tapi…sebelum pakai stokin kena tahu ini!
Ya, tidak disangkal anda akan mencuba untuk pakai stokin ketika tidur selepas ini bukan? Tapi anda harus tahu terdapat beberapa perkara yang patut dielakkan sebelum memakai stokin, antaranya:-
- Elakkan stokin yang kotor! Ia boleh memberikan jangkitan kepada kaki anda.
- Jangan pakai jika ada kurap di kaki!
- Elak memakai stokin ketika kaki luka
- Elakkan stokin yang ketat, kecuali anda telah dapat nasihat dari doktor
Artikel berkaitan: Jangka Waktu Dan Corak Tidur Yang Ideal Untuk Peringkat Umur, Seiring Dengan Peningkatan Usia
Masalah seperti ‘angin masuk’ bagi wanita yang baru melahirkan anak tiada kena mengena dengan pemakaian stokin. Anda kena ingat, keselesaan diri adalah keutamaan untuk diri anda.
Sumber: Public Health Malaysia dan Hellodoktor
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI