Kaum wanita memang digalakkan untuk menjaga kecantikan wajah. Tetapi perlu berhati-hati kerana jika tersalah pilih atau beli akan menyebabkan masalah kulit.
Admin sarankan kita gunakan produk yang dibuat sendiri menggunakan bahan alami. Confirm selamat, halal dan juga murah. Bajet tak sampai RM10 tapi hasilnya kulit jadi glowing, awet muda dan PINKISH.
Perkongsian dari pengguna laman sosial facebook, Zana Mokhtar yang berkongsi petua untuk mendapat kulit putih bersih dan paling penting jadi pinkish.
Tak perlu habis ratusan ringgit untuk membeli beli produk mahal kerana bajet mampu milik ini juga dapat menghasilkan kecantikan seperti yang kita inginkan.
Korang Kekna nak kongsi rahsia Kekna sendiri untuk kulit putih bersih pinkish dengan homemade semulajadi jurr.
Korang konsistenkan hasil dia kan cantikkk wehh kulitt korang. Kekna amalkan setiap kali sebelum tidur.
Model utama yang korang wajib ada.
Susu rendah lemak
1 inci kunyit di tumbuk kasar
3 Biji Badam di tumbuk kasar
2 Sudu Madu
Cara dia mudah yakmatt korang nak buat ni taw.
Pertama sekali korang panaskan jurr susu. Lepas tu masukkan kunyit. Kacau perlahan lahan dan masukkan badam.
Tuang susu dalam gelas, masukkan madu. Kacau kacaukan dan boleh la minum susu yang sedap ni wehh sangad.
Dah dapat rahsia Kekna kan. Korang jangan lupa tekan #SHARE hokey. Untuk sama sama dapat manfaat dengan kengkawan yang lain dapat kulit cantikk giteww.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Berkulit Gelap Juga Perlukan Krim Tabir Suria. Ini Pilihan Krim Yang Tidak Memutihkan Muka Anda
Isi Kandungan
TogglePelindung matahari menawarkan perlindungan yang luar biasa, tetapi mereka boleh meninggalkan kesan muka putih melepak seperti hantu di dalam filem. Residu yang mengerikan dapat dilihat pada warna kulit apa pun, tetapi sangat ketara pada mereka yang berkulit gelap.
Ia lebih buruk daripada memakai warna asas yang salah. Pelekit berkapur itu mungkin membuat anda ingin melewati pelindung matahari sama sekali, tetapi itu bukan pilihan kerana kulit gelap boleh terbakar dan rosak oleh sinar matahari seperti warna kulit yang lain.
“Salah satu kesalahpahaman terbesar di luar sana adalah bahawa kulit melanin tidak mendapat barah kulit,” jelas Dr. Shasa Hu, pengasas bersama BIA Life. “Statistik kanser yang meningkat dan kajian perubatan menunjukkan bahawa mereka dengan kulit yang lebih gelap dapat menghidap barah kulit dari pendedahan cahaya matahari yang kronik dan sering mereka didiagnosis terlambat kerana kurangnya kesedaran.”
Pakar kulit mengesyorkan menggunakan pelindung matahari spektrum luas dengan SPF 30 atau lebih tinggi setiap hari, tanpa mengira warna kulit. Ia bukan sahaja dapat mencegah kerosakan kulit dari pancaran matahari, tetapi juga membantu mencegah hiperpigmentasi dan warna kulit yang tidak sekata, masalah penjagaan kulit yang biasa untuk kulit yang lebih gelap.
Bahan sunblock fizikal, seperti titanium dioksida dan zink oksida, dan mengelakkan wangian dan ekstrak botani sitrus digalakkan dalam kandungan sunscreen. Anda juga boleh memilih formula berwarna untuk memerangi pemain putih itu.
Tidak perlu berkompromi kerana ada pelindung matahari untuk warna kulit yang lebih dalam yang menyatu dengan lancar dan menawarkan perlindungan yang tidak tertanding. Masih belum menemui padanan anda? Cuba salah satu pelindung matahari terbaik ini untuk mereka yang berkulit gelap.
1. Glossier – Invisible Shield Daily Sunscreen SPF 35
Pelindung matahari yang jelas adalah yang disarankan oleh doktor untuk membuang tabir putih itu. Formula gel air ini bergantung pada mikrokapsul aktif yang menyerap ke dalam liang dan tidak meninggalkan kesan pada kulit anda. Anda tidak ada masalah menggunakannya setiap hari kerana teksturnya yang ringan.
2. Drunk Elephant – Umbra Sheer Physical Daily Defense SPF 30
Memberi perlindungan UVA / UVB menggunakan zink oksida tanpa warna putih yang sering kita lihat dari pelindung matahari fizikal. Produk tanpa pewangi tanpa minyak mempunyai minyak marula dan minyak biji raspberry untuk membantu formula penyebarannya dengan mudah dan memberikan kelembapan. Sesuai untuk semua jenis dan warna kulit.
3. Black Girl Sunscreen – Moisturizing Sunscreen Lotion SPF
Pelindung Matahari untuk hijabi yang berkulit gelap bermula dengan keinginan untuk memberi pelindung matahari kepada dewi tanpa warna putih yang menjengkelkan. Rumusannya dibuat oleh wanita berkulit gelap. Pelindung matahari kering dan mengandungi bahan berkhasiat, seperti jojoba, alpukat dan jus lobak merah. Cacao memberikan dos antioksidan dan membantu meratakan kulit anda.
4. Unsun – Tinted Mineral Sunscreen
Tidak ada kemasan yang lembap dengan pelindung matahari berwarna ini, hanya melembapkan perlindungan SPF 30. Jenama ini menjanjikan formulayang menyatu dengan warna kulit dari coklat terang hingga gelap. Mereka yang mempunyai kulit kering juga sesuai aplikasikannya kerana kandungan vitamin E, shea butter dan kelapa.
5. La Roche-Posay – Anthelios Face and Body Sunscreen Melt-In Milk Lotion SPF 60
Menuju ke pantai? Simpan pelindung matahari yang kalis air dan cepat menyerap di beg pantai anda. Ia boleh disapu (dan diaplikasikan semula) ke wajah dan badan tanpa menyebabkan warna putih. Losyen yang menghidrat mengatasi kesan pengeringan sinar matahari tanpa membuat kulit anda terasa berminyak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dua Perkataan Ini Cukup Membahagiakan Sebuah Perkahwinanan, Perkongsian Ustaz Don Danial.
Isi Kandungan
ToggleBukan mudah untuk melayari sebuah perkahwinan. Pernikahan yang berdasarkan agama dan niat kerana Allah s.wt insyallah ianya akan kekal hanya kerana Allah ia juga akan terlerai. Namun ia bukan sebagai ikrar yang diucapkan pasti sebua bahtera aka nada badai yang datang.
23 Ogos tanggal yang menyatukan pasangan Bahagia ustazDon Danial dengan Dr Husna cukup menarik minat para pengikut di laman sosial Ustaz Don @ddaniyaldbiyajid. Para pengikut dan bebrapa selebriti turut gembira dan meninggalkan komen, rata-rata mengucapkan semoga jodoh mereka hingga ke Jannah.
Pegang pada dua patah perkataan ini kalau mahu kekal bahagia
Meniti tahun ke 8 perkahwinan, Ustaz Don sekali lagi berkongsi kunci utama untuk kekal Bahagia.
“Saya sentiasa ingat pesan Datuk Ustaz Badlishah Alauddin hafizahullah, “jangan cakap tajuk keluarga sebab ini bukan padang hang. Bagi la Prof Muhaya ka, Dato Bahiyah ka, Ayahanda Dato Fadhilah Kamsah…” Saya tulis ini sebagai berkongsi sahaja. Bukan nk tunjuk pandai. 🙂 ok.
Gambaq ni, adalah pada hari Akad Nikah 23/08/2012 bersamaan hari Khamis. Hari Raya. Syawal.
Tip Suami perkahwinan 8tahun yang saya amalkan
(P/s: maksud 8 tahun ni, dh lalu fasa first 5/6 tahun ujian rumahtangga. Masuk fasa kedua. Kalau orang tua-tua kata, lepaih 5 tahun kahwin, kalau still pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer aaa… ni kata org tua tua… الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين masih lagi jalan pegang tangan.. terima kasih orang tua-tua ataih nasihat… point di sini, bukan senang ya nak buat… haaaa)
Petua yang saya amal dan amik dari orang2 lama…
1. Tanggungjawab
Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’… Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”.
Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang.
Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah.
Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah.
Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah.
Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah.
Kita biasa main msg dengan perempuan lain, bertanggungjawablah.
Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah.
Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah.
Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah.
Rugi sekiranya kita tolak amalan insan yang cukup disayangi ramai ini. Insyallah anda yang melayari sebuah perkahwinan, cuba amalkan tip yang dikongsi oleh Ustaz Don Danial. Insyallah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Demi Memenuhi Hasrat Ibunya Untuk Melihat Bunga ‘Rare’, Dua Beradik Ini Sanggup Pikul Dan Daki Bukit Curam
Isi Kandungan
ToggleIbu merupakan insan yang paling bermakna dalam hidup kita. Insan yang melindungi kita sejak kecil dan sentiasa ada di saat kita memerlukan. Oleh itu, apabila dah dewasa, apa jua kemahuan Ibu pasti akan kita turutkan sedaya upaya. Beginilah kisah kasih sayang seorang anak terhadap Ibunya.
Peristiwa yang sangat menyentuh hati ini dikongsikan melalui hantaran video di laman Facebook. Di dalam video tersebut, dua lelaki daripada Kerala, India sedang memikul ibu mereka yang sudah tua(berusia 87 tahun) di atas bahu dan mendaki bukit yang curam untuk memenuhi impian Ibunya yang untuk melihat Neelakurinji; iaitu bunga yang jarang ditemui di Ghats Barat yang mekar hanya sekali setiap 12 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ibu Sanggup Hantar Naik Motor Redah Hujan Demi Saya’-Pengorbanan Ibu Lelaki Ini Buat Netizen Sebak
Mengembara hampir 100 KM
Wanita berkenaan, Elikutty Paul, yang menghidap penyakit berkaitan usia memberitahu salah seorang anaknya bahawa dia mahu melihat fenomena bunga yang sedang mekar itu. Iya lah…bunga ‘rare’ tersebut hanya mekar sekali 12 tahun, kalau terlepas memang lama sangat nak tunggu.
Tanpa berfikir panjang, anak lelakinya Rojan dan Sathyan membawanya menaiki jip dan mengembara hampir 100 kilometer (km) untuk sampai ke bukit Kallipara berhampiran Munnar.
Bagaimanapun, setiba di sana barulah mereka sekeluarga menyedari bahawa tiada jalan bermotor ke puncak bukit bagi menyaksikan bunga tersebut. Apa yang membuatkan penulis kagum adalah dua-beradik tersebut tidak berputus asa untuk memenuhi permintaannya. Mereka sanggup memikul ibu mereka dan berjalan sejauh 1.5km ke puncak bukit.
Masyaallah, memang anak yang baik. Kebiasaannya, anda pasti sering membaca pelbagai kisah di media berkaitan pengorbanan ibu bapa yang sanggup bergadai nyawa demi membesarkan anak-anak kan? Namun kali ini anda dapat menyaksikan bukti kasih seorang anak terhadap orang tua. Walaupun bagi sesetengah orang ia hanya ‘perkara kecil’, tapi belajarlah untuk berbakti dan kasih sayang terhadap orang tua. Pengorbanan dua beradik yang sanggup memenuhi hasrat ibunya ini memang wajar dipuji. Bak kata pepatah, “kasih ibu membawa ke syurga”.
Bunga ‘rare’ Neelakurinji
Untuk pengetahuan anda, Neelakurinji (Strobilanthes kunthiana) merupakan bunga yang jarang ditemui di seluruh Ghats Barat dan mekar hanya sekali dalam 12 tahun di satu kawasan tertentu. Ia boleh dikatakan sebagai kurniaan terindah alam semula jadi buat India.
Menurut Phinemo, nama Neelakurinji bermaksud “bunga biru” dalam bahasa tempatan (Krishi Jagran). Bunga ini biasanya mekar dari Ogos hingga Oktober. Selain cantik, bunga ini dipercayai merupakan lambang cinta.
ARTIKEL BERKAITAN: Agungnya Kasih Seorang Ayah, Kasih Ayah Sepanjang Masa, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
Ha…kalau anda berminat nak melihat bunga Neelakurinji ini dan tidak mahu menunggu sehingga tahun 2030 untuk menyaksikan fenomena yang jarang berlaku ini, jangan risau. Sejak tahun 2018, Neelakurinji telah berkembang pesat di kawasan lain iaitu Kodaikanal di Tamil Nadu, Kodagu di Karnataka dan Pooppara di Kerala. Tahun ini, Neelakurinji mekar di 3 kawasan iaitu Chikmagalur, Karnataka dan Kallipara di Kerala.
Sumber: Phinemo dan India Times
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI