Wanita Ini Kongsi Pes Tom Yam Yang Wajib Dibeli Kalau Nak Sedap Macam Masakan Thai Asli

Share

Siapa je yang tak suka makan tomyam kan? Nak masak tomyam ni mudah sahaja sebenarnya. Kalau nak lagi senang, boleh pakai pes yang banyak dijual di pasaraya. Tapi, mana satu yang sedap rasanya seperti masakan Thai asli?

Kalau anda mahu beli pes tomyam yang lazat, boleh ikuti review yang dilakukan oleh Zatty Roslan ini. Dia telah mencuba tiga pes jenama terkenal Thailand dan telah melakukan perbandingannya. Jom kita ikuti.

ARTIKEL BERKAITAN: Hijabi Ini Kongsi 8 Bahan Rahsia Penyedap Masakan Thai. Berbaloi Ada Stok Di Rumah!

Ini review ikhlas. Saya bukan penjual

Tadi whatsaap dengan jiran. Rupanya ada lagi yang tak tahu pasal paste tomyam yang sedap. Ok, ni pengalaman sis sebagai pengguna & selalu beli dekat Padang Besar masa duk Jitra dulu.

Sekali imbas korang tegok botol-botol tu semua sama kan dan ramai bile sis cerita tiga-tiga botol ni lain-lain jenama baru orang perasan. (jenama ke chop ke sis sebut je) & banyak sis tengok orang review masak guna paste yang tak sedap. Ya la. Sebab sis tahu ada lagi sedap dari tu.

1. Yang tulisan Thailand tu paling sedap – BELI DI SINI

Yang ni tahun lepas sis try cari kat Padang Besar memang payah jumpa. Diorang susun bahagian dalam kedai. Sis cari satu kedai ke satu kedai & ada 2 botol je. Dia mahal sikit dr dua jenama botol yang lain tu.

Cara masak dia senang. Letak air, letak paste, letak segala isi-isi tomyam. Tak perlu nak letak garam gula serai bagai tu. Tapi kalau paste korang letak sikit, letak la semua tu.. Tapi sis masak tak letak pon. Letak paste je banyak-banyak.. Baru tomyam pekat memikat!

2. Paste tomyam jenama nang fah – BELI DI SINI

Perhatikan bulat kecik tu. Yang ni kedua sedap. Harga dia murah sikit dari tulisan Thai tadi. Cara masak pUn sama. Letak semua tak yah adjust apa.

Tapi korang try la letak susu cair dalam tomyam. Sedap dan boleh kurangkan masam dia sikit kalau korang letak banyak paste dia jd masam.. Untuk yang tak berapa suka masam macam sis, boleh letak susu cair.

3. Paste tomyam jenama PUM – BELI DI SINI

Perhatikan bulat kecik tu. Yang ni kurang sedap dan banyak orang review masak-masak buat guna paste ni. Maybe kat tempat diorang ada jenama ni je kot. Yg Pum ni memang korang kene alter.

Macam korang masak guna paste tomyam sebelum-sebelum ni. Letak garam, gula, serai, lengkuas, bawang. Eh banyak lagi laa. Tulis resepi kat sini nanti panjang pula. Paste ni memang berlambak kat Padang Besar dan harga dia murah dari dua botol yang kat atas tadi.

Ok done.
Lepas ni korang nak beli paste tomyam perati benda yang sis bulat-bulatkan tu ok. Selamat mencuba…
SEKIAN wasalam..

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

kredit: Zatty Roslan

Published by
SH