Siapa je yang tak suka makan tomyam kan? Nak masak tomyam ni mudah sahaja sebenarnya. Kalau nak lagi senang, boleh pakai pes yang banyak dijual di pasaraya. Tapi, mana satu yang sedap rasanya seperti masakan Thai asli?
Kalau anda mahu beli pes tomyam yang lazat, boleh ikuti review yang dilakukan oleh Zatty Roslan ini. Dia telah mencuba tiga pes jenama terkenal Thailand dan telah melakukan perbandingannya. Jom kita ikuti.
Tadi whatsaap dengan jiran. Rupanya ada lagi yang tak tahu pasal paste tomyam yang sedap. Ok, ni pengalaman sis sebagai pengguna & selalu beli dekat Padang Besar masa duk Jitra dulu.
Sekali imbas korang tegok botol-botol tu semua sama kan dan ramai bile sis cerita tiga-tiga botol ni lain-lain jenama baru orang perasan. (jenama ke chop ke sis sebut je) & banyak sis tengok orang review masak guna paste yang tak sedap. Ya la. Sebab sis tahu ada lagi sedap dari tu.
Ads
1. Yang tulisan Thailand tu paling sedap – BELI DI SINI
Yang ni tahun lepas sis try cari kat Padang Besar memang payah jumpa. Diorang susun bahagian dalam kedai. Sis cari satu kedai ke satu kedai & ada 2 botol je. Dia mahal sikit dr dua jenama botol yang lain tu.
Cara masak dia senang. Letak air, letak paste, letak segala isi-isi tomyam. Tak perlu nak letak garam gula serai bagai tu. Tapi kalau paste korang letak sikit, letak la semua tu.. Tapi sis masak tak letak pon. Letak paste je banyak-banyak.. Baru tomyam pekat memikat!
Perhatikan bulat kecik tu. Yang ni kedua sedap. Harga dia murah sikit dari tulisan Thai tadi. Cara masak pUn sama. Letak semua tak yah adjust apa.
Tapi korang try la letak susu cair dalam tomyam. Sedap dan boleh kurangkan masam dia sikit kalau korang letak banyak paste dia jd masam.. Untuk yang tak berapa suka masam macam sis, boleh letak susu cair.
Perhatikan bulat kecik tu. Yang ni kurang sedap dan banyak orang review masak-masak buat guna paste ni. Maybe kat tempat diorang ada jenama ni je kot. Yg Pum ni memang korang kene alter.
Macam korang masak guna paste tomyam sebelum-sebelum ni. Letak garam, gula, serai, lengkuas, bawang. Eh banyak lagi laa. Tulis resepi kat sini nanti panjang pula. Paste ni memang berlambak kat Padang Besar dan harga dia murah dari dua botol yang kat atas tadi.
Ok done. Lepas ni korang nak beli paste tomyam perati benda yang sis bulat-bulatkan tu ok. Selamat mencuba… SEKIAN wasalam..
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Seramai 200 orang saudara baru Islam meliputi bangsa India, Cina, Kadazan, Dayak dan warga Antarabangsa, hadir pada majlis rumah terbuka yang berlangsung di Dewan Masjid Bandar Baru Enstek baru-baru ini, tarik perhatian ramai!
Antara tetamu yang diundang seperti hijabi yang terkenal di aplikasi TikTok, Aisha Tan, pemilik akaun @soyabelacan, yang terkenal dengan masakan cina muslim dan Muhammad Mikhael Sathayah pemilik akaun @mukagangster yang menceritakan tentang bagaimana dia tercuit hati untuk memeluk Islam serta perjalanan hijrahnya.
Raya Dalam Budaya uniknya tradisi dan etnik masing-masing
Islam adalah agama yang bersifat universal (‘alamiyyah). Tidak membeza-
bezakan antara lelaki dan wanita, antara yang berkulit putih mahupun hitam. Islam juga tidak pernah mengajar kita menolak asal-usul keturunan, dimana seorang mualaf perlu mengubah status bangsa sebaik memeluk Islam.
Menyedari pentingnya mempromosikan Islam sebagai agama sejagat, Pertubuhan Akademi
Al Bayan, Al Bayan Global Sdn Bhd dan HD Group Sdn Bhd mendahului trend apabila
mengadakan rumah terbuka bertemakan “Raya Dalam Budaya” yang memperlihatkan tetamu hadir memperagakan persalinan tradisi dan etnik masing-masing.
Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan, selaku Pengerusi Pertubuhan Akademi Al Bayan berkata,
Raya Dalam Budaya bererti perayaan Aidilfitri disambut dengan tujuan meraikan hari
kebesaran Islam dengan kepelbagaian budaya dan bangsa. Menariknya program ini ukhwah yang terbina bukan dipandang dari segi budaya tapi agama yang menyatukan mereka.
“Hari Raya Aidilfitri ini bukan eksklusif hanya untuk satu kaum sahaja tetapi maknanya lebih daripada itu. Oleh yang demikian Islam dapat diterima dari semua peringkat masyarakat tidak kira warna kulit, bahasa dan budaya.
“Al Bayan mengangkat konsep Raya Dalam Budaya pada penganjuran rumah terbuka kali ini kerana kita mahu menyatakan kepada masyarakat diluar sana mengenai kesepaduan antara semua kaum itu dapat disatukan dengan kita saling hormat menghormati antara satu sama lain.
“Walaupun kita berbilang bangsa dan budaya tetapi dengan kita mengamalkan ajaran Islam yang sebenar maka kita tidak menjadi masalah dengan itu. Adapun sahabat-sahabat kita yang berlainan agama maka Islam mengajarkan kepada kita untuk memberikan kepada semua mereka hak yang telah ditetapkan dalam Islam seperti keamanan, kebebasan dalam beragama dan macam-macam lagi,” katanya.
Enggan bersandar kepada infaq orang ramai
Pertubuhan Akademi Al Bayan, Al Bayan Global Sdn Bhd dan HD Group Sdn Bhd turut memperuntukkan sejumlah RM14,000 duit raya untuk diberikan saudara mualaf dan asnaf.
“Ini semua hasil orang ramai yang menyalurkan zakat kepada Al Bayan dan kami hanya
bertindak sebagai perantara yang menjalankan amanah agar sumbangan ini sampai kepada golongan sasar.
“Terdahulu Al Bayan merencana pelbagai program, dengan melakukan kerja-kerja dakwah
dilapangan khususnya membantu mualaf yang susah berkat sumbangan orang ramai.
“Mewujudkan saudagar mualaf Al Bayan bagi meningkatkan ekonomi mereka sekali gus
dapat keluar dari kepompong kemiskinan, seterusnya dapat membantu mualaf yang lain.
Menyempurnakan keislaman mereka dengan melakukan khatan secara jemaah membabitkan peserta kanak-kanak dan dewasa.
“Selain itu mengangkat martabat mualaf di peringkat nasional dengan mengetengahkan
pelbagai rancangan televisyen seperti tangisan mualaf dan yang terbaru selera rasa mualaf,” katanya lagi.
Aisya antara mualaf yang turut serta dalam program masakan yang dianjurkan
Aisya antara hijabi yang mempunyai pengikut ramai, berkongsi resepi masakan bangsanya buat ramai yang tertarik dengan perkongsiaan hijabi ini. Soya Belacan terkenal apabila Aisya sendiri menyakinkan orang ramai masakan cina boleh dihasilkan dengan bahan-bahan yang halal.
Serentak berjalan pada majlis rumah terbuka penuh kemeriahan itu, adalah majlis pelancaran program bersiri Selera Rasa Mualaf yang bakal bersiaran di saluran TV Alhijrah bermula 14 Mei 2023, setiap ahad jam 8.00 pagi. Keunikan program ini kerana hidangan yang disajikan variasi sebagaimana majmuknya rakyat negara ini. Ia bertepatan dengan kecenderungan masyarakat kita yang gemar mencuba resipi baru.
“Kepelbagaian dan keunikan bumi Malaysia, mencetuskan ilham untuk kami mengetengahkan setiap masakan dari kepelbagaian bangsa dan budaya.
“Yang menariknya ia bukan hanya sekadar masakan tetapi didalamnya ada perkongsian
mualaf bagaimana mereka menerima hidayah Allah dan iltizam mereka dengan Islam,”
katanya yang dibesarkan oleh seorang ibu berstatus mualaf.
Enggan bersandar kepada infaq orang ramai semata-mata
Tidak hanya penglibatan dilapangan, demi memastikan kebajikan mualaf terjaga, Pertubuhan Akademi Al Bayan yang sudah beroperasi lebih 2 tahun juga dalam fasa membina Kompleks Pendidikan Islam Akademi Al Bayan yang berpengkalan di Pegoh, Melaka. Pembangunan diwujudkan atas kesedaran bahawa kurangnya institusi pengajian yang menempatkan golongan anak-anak mualaf.
Enggan bersandar kepada infaq orang ramai semata-mata, Al Bayan mengambil inisiatif
mengeluarkan produk makanan sendiri iaitu Sambal Bilis TERIaak yang berpontensi sebagai janaan ekosistem Al Bayan.
“Makanan merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam hidup manusia. Apabila kami mengkaji maka kami dapati bahawa orang zaman sekarang suka melancong dan suka perkara yang cepat dan segera. Sebab itu sambal ikan bilis yang dinamakan TERIaak diperkenalkan bagi menyokong pembangunan Kompleks Tahfiz Dakwah Anak-anak Mualaf yang memerlukan dana sebanyak RM25 juta.
“Bukan itu sahaja apabila siap nanti kos pengurusan dan jagaan kebajikan anak-anak mualaf juga perlu difikirkan dari sekarang bagi melahirkan daie mualaf pada masa akan datang supaya dapat berdakwah kepada bangsa mereka dengan menggunakan bahasa mereka sendiri,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Prihatin dengan sahabat karibnya yang terpalit dengan isu kontroversi, selebriti yang juga usahawan terkenal iaitu Mila Jirin telah menuliskan kata-kata semangat dan nasihat buat rakan tercinta, Nonny Nadirah.
Didakwa sudah membuka tudung, Mila berharap teman seperjuangannya di Akademi Fantasia 5 itu kekal istiqomah di jalan Allah dan pertahankan hidayah yang diterimanya.
Nukilan Mila di laman instagramnya…
Bila Allah uji orang terdekat kita – sebenarnya Allah juga sedang menguji kita
Nonny ni masya Allah – sangat baik..Bayangkan doa Ummu Salamah pun beliau hafal (saya pun tak hafal) 😢
Nonny – ramai rakan rakan wartawan cari mu, mereka semua sayang pada mu, semua terkejut…
Semalam mu minta ku dan ija doakan mu…Harini non ramaiii sangat yang komen mendoakan yang baik baik buat mu…ramai sangat DM ku minta tarik mu kembali kepada non yang dulu…
Non please kuat! Lawan anasir2 yang tak baik…Surround dengan orang orang yang positive.
Tengok gambar ni, teringat betapa gembiranya mu dapat masuk Raudhah dapat solat dalam Raudhah….
Non, mu antara yang Allah pilih untun jemput ke Makkah Madinah, Allah pilih untuk hadiahkan HIDAYAH…
Jangan lari jauh dari landasan sahabatku…
Mu anak, kakak dan sahabat yang baik…
Ku doakan mu moga Allah tarik mu kembali ke jalan yang lurus…
Sememangnya hidayah merupakan kurnia terbesar daripada Tuhan. Tiada siapa yang boleh ramalkan adakah kita yang esok masih sama seperti yang hari ini. Oleh itu, sentiasa berdoalah agar hati kita sentiasa dilindungi Yang Esa. Buat Nonny, moga ada sinar yang terbaik untukmu kerana ramai yang menyanyangimu. InsyaAllah…
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Fatin Afeefa yang juga isteri kepada jutawan, Aliff Awang hari ini hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kemelut hak penjagaan satu-satunya anak perempuan tunggal, Ivy Herra Sophia hasil daripada perkongsian hidup bersama pelakon, Adam Shaz.
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri menerusi hantaran di Insta Story suaminya, sebelum dikongsikan semula di Insta Story milik Fatin Afeefa.
Fatin Afeefa Bersemangat Tuntut Hak Jagaan Anak!
“Ready For War @Fatinafeefa” tulis Aliff Awang pada hantaran berkenaan.
Menerusi paparan video di Insta Story berkenaan pelakon berusia 28 tahun itu kelihatan bersemangat bagi menghadiri perbicaraan tuntutan hak penjagaan anaknya, Ivy Herra Sophia yang difailkan bekas suami.
Fatin Afeefa hadir ke mahkamah dengan ditemani suaminya, Aliff Awang pada awal pagi Khamis. Malah, lebih menarik perhatian lagi, Fatin Afeefa kelihatan berseri dalam pemakaian jubah berona hitam patuh syariah dan mengenakan tudung litup dalam rona senada.
Rata-rata netizen turut gembira dengan perkembangan positif Fatin yang sedang belajar menutup aurat sepenuhnya itu, malah ada juga yang mendoakan agar segala urusan Fatin dipermudahkan. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen.
“Sebelum ini jarang post bertudung, sekarang dia banyak tunjuk pakai tudung, slow2 ye faa, saya doakan yang baik-baik saja untuk awak dan keluarga ❤️ hidayah semua milik Allah ❤️❤️❤️
“Semoga dipermudahkan urusan. Moga kemenangan berpihak pada kak fatin. Aamiin❤️”
Meninjau pula ke laman Instagram milik aktor, Adam Shahz pula Hijabista mendapati dia turut berharap agar segala urusannya dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sekadar info, Fatin Afeefa pernah berkahwin dengan Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.
Terbaru, Fatin sah menjadi isteri kepada pasangannya, Aliff Awang pada 30 Disember 2022.
Malah, pada hari pernikahan pasangan itu, Hijabista ada melaporkan bahawa kas suami Fatin Afeefa, Adam turut mengingatkan Fatin agar tidak lupa menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah bertujuan menuntut hak penjagaan anak mereka yang bakal berlangsung dalam satu prosiding pada hujung Januari 2023.
"Saya Mudah Memaafkan Namun Sukar Untuk Melupakan" Tangisan Nadia Brian Buat Ramai Sebak.Ramai yang tersentuh dan merasa sebak ketika menonton video podcast yang dikongsi...