Kecantikan

Wanita Ini Kongsi Caranya Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat, Hanya Guna Masker Bedak Baby

Share

Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum Syawal menjelma. Tak sabar rasanya untuk tampil cantik dan menarik di pagi raya. Bagi yang tidak sempat untuk membuat rutin penjagaan wajah, masih sempat untuk merawatnya, terutama menghilangkan masalah parut. Paling senang untuk lenyapkannya adalah dengan menggunakan petua tradisional, seperti bedak sejuk.

Perkongsian wanita ini Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja memberi petua menggunakan bedak sejuk untuk menghilangkan parut di wajah. Malah cara membuatnya juga sangat senang dan boleh diamalkan beberapa jam sebelum pagi raya.

Bukan itu sahaja, bajet yang digunakan juga tidak sampai puluhan ringgit dan bahannya juga mudah didapati. Apa yang penting buat secara konsisten dan hasilnya buat wajah lebih halus dan gebu.

Ayuh, kita kongsi cara membuatnya.

BEDAK SEJUK + OLIVE OIL UNTUK HILANGKAN PARUT

OLIVE OIL ni sangat sesuai untuk lembapkan kulit. tapi ternyata berkesan juga untuk hilangkan parut jerawat. lagi cepat hilang berbanding campuran madu yang biasa tieja buat sebelum ni.

Untuk kulit berminyak, kena guna ini

Untuk yang ada masalah kulit yang lebih berminyak dan parut, boleh gunakan bedak sejuk, bedak sejuk sangat bagus untuk kulit tau. semua jenis kulit boleh pakai bedak sejuk ni. Orang dulu dulu kan suka pakai bedak sejuk je.

Lemon pon bertindak untuk serap kan lebihan minyak dekat muka dan beri kesan lebih cerah untuk kulit.

Cara buat masker seperti dibawah

Bahan-bahan :

Bedak sejuk (tieja pakai bedak sejuk MUKA BABY) ambik agak agak untuk muka korang. nak dot dot atas parut sahaja pun tak ade masalah.

Sepotong nipis Lemon

1 sudu teh Olive oil

Nak buat die senang saje (boleh refer video)

Bahan bahannya

Tapi syaratnnya kena konsisten

konsisten pakai setiap hari sekali. insyaallah parut jerawat akan hilang/pudar dalam masa 3 hari.

tapi macam tieja ajar sebelum ni la. pemakanan kena jaga juga. waktu ade jerawat atau sekarang ade parut , korang perlu kurang/berhenti dulu ambil minuman berkafien. ini bantu untuk atasi dan mempercepatkan proses hilangkan parut korang.

ini setelah jerawat kering. tapi sebelum jadi mcm ni boleh tengok video live tieja, macam mana nak kecut/kering kan jerawat
ini setelah jerawat kering. tapi sebelum jadi mcm ni boleh tengok video live tieja, macam mana nak kecut/kering kan jerawat
ini setelah jerawat kering. tapi sebelum jadi mcm ni boleh tengok video live tieja, macam mana nak kecut/kering kan jerawat
ini selepas 2 hari , tieja konsisten pakai untuk dua hari.
Cara memakainya, Sapukan di seluruh wajah.
dan ini adalah selepas 3 hari.. alhamdulillah, nanti cukup seminggu..tieja up lagi gambar selfie ok

untuk hilang kan jerawat. boleh refer live tieja sebelum ini ok. lepas tu baru fokus untuk masker ini.

Selamat mencuba.

Published by
Siti Zurina