Wanita Ini Kongsi Caranya Dapat Kumpul RM1,000 Dalam Masa 3 Bulan Hanya Guna Wang Kertas RM5

Share

Dalam perkembangan pesat masa kini menyaksikan kos sara hidup juga semakin tinggi. Justeru, kita memang amat digalakkan untuk berjimat cermat. Dan kalau boleh mulakan langkah menabung dari sekarang. Maklumlah dengan duit menabung ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan mendesak ataupun pergi bercuti bersama yang tersayang. Seperti perkongsian wanita ini yang berjaya mengumpul wang sebanyak RM1,000 ribu hanya dalam masa 3 bulan. Rupa-rupanya ini cara yang dilakukan.

Menurut Puan Nurul Farhanah Mohd Zolkapli

dia dan suami mengumpul not RM5 dalam masa 3 bulan berkenaan dan akhirnya dapat melancung ke Maldives April lalu.

Pantang ada duit RM5 akan dimasukkan dalam balang dan ada kalanya dia berjaya mengumpul sehingga RM60 sebulan. Paling penting syaratnya adalah perlu berdisiplin.

Jom kita kongsi caranya yang boleh berjaya mengumpul duit dalam masa singkat.

Ini caranya simpan duit untuk travel

Dulu kite penah ckap kannn nanti kite share camne kite simpan duit untuk travel .. RM 5 ni laaa yang kite simpan buat tambah2 duit untuk Travel .. yang betol2 saving lain laaa ehhh 

Boleh kumpul sampai RM60 sehari

kite & acid memang akan ketepi kan kalau dapat duit RM5 .. pitam gak laaa kalau sehari kekadang smpai RM 60 dapat duit tukar  tapi bile dah terbiase .. senang jee korang dapat kumpul ..

Korek tabung dan simpan pula dalam ASB & Tabung Haji, jangan sesekali usik

biase nye kite korek tabung ni setiap 3 bulan and masokkan dalam ASB & TABUNG HAJI .. dapat gak laa dalam RM 1k untuk 3 bulan .. Jangan sesekali usik tabung tu tau selain dari duit RM 5 ..

Juga kumpul duit syiling Malaysia dan Singapore

kiteorang kumpul duit syiling malaysia & syiling singapore .. dermawan untuk duit syiling and RM 5 biase nyaa dari @acidtools .. kite tukang simpan and pakai je .. kalau duit kite banyak habis kat makan ajooo

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NURUL FARHANAH

Published by
Siti Zurina