Hand sanitizer sekarang ini memang ‘laku keras.’ Asal ada stok sahaja terus habis. Ada juga yang mengambil kesempatan dengan menjual hand sanitizer dengan harga yang tinggi. Tidak kurang juga yang menggunakan peluang ini untuk meraih keuntungan ‘atas angin’ dengan menjual hand sanitizer yang tidak original (kandungan alkohol yang tidak memenuhi syarat atau tidak mencukupi).
Bagaimana hendak tahu sama ada hand sanitizer itu original atau tidak? Ikuti perkongsian Wina Ahmad ini.
Sayang-sayang.. just alert and stay at home.
Share jika berguna
Cara uji gel alkohol
Tuang atau gosok gel alkohol yg ingin diuji di atas kertas resit (berdakwat)
Lihat perubahan.
Gel alkohol yang mempunyai peratus tinggi iaitu 70% ke atas mampu memudarkan dakwat resit dgn ketara.
Hal ini kerana kandungan alkohol yg tinggi mampu mencairkan dakwat atas tindakan kimia itu sendiri.
Lihat kesan dakwat yang cair di tandakan sebagai ✅
Manakala ✖️ pulak hanya memudarkan sedikit dakwat resit atau hampir tidak memberi kesan langsung.
Lihat kesan yg ditandakan sebagai ✖️
Selamat beramal. Semoga ia bermanfaat untuk semua.
Sumber kredit: Wina Ahmad