Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Susun Koleksi Tudung Elak Bersepah Guna Barangan Tak Sampai RM10

Share

Biasa kaum wanita selain barangan kecantikan dan penjagaan diri, barangan wajib lain patut ada adalah koleksi tudung. Pantang ada dengar rekaan baru atau limited edition, pasti akan cepat-cepat mendapatkannya walaupun harga agak mahal. Rasa seronok dan bangga melihat deretan tudung dengan pelbagai corak, warna dan rekaan. Namun ada kalanya bila sudah terlalu banyak, menyebabkan sukar untuk mencarinya dan nampak sedikit berselerak dalam almari. Perkongsian wanita ini Imam Abdul Rahim di laman blongnya memberi idea cara untuk menyusun tudung dengan lebih tersusun.

Jom lihat cara yang dilakukan bagi memastikan koleksi tudung tersusun dan paling penting sedap mata memandang.

Nak susun tudung ni selalu jadi masalah sebab kalau kemas pun, nanti dalam seminggu dua, mesti dia berterabur balik. It’s so hard to find a system yang betul betul okay.

Cara susun tudung

Sebelum ni, I susun tudung pakai penyangkut bulat bulat ni:

Pros: Boleh sangkut sampai 30+ helai tudung. And harga dia pun murah, dalam RM7-RM10 je harga dia. I beli sampai dua. Lepastu gigih susun maca

m ni.

Cons: Senang bersepah. Tarik satu, yang lain mula la nak tertarik sekali. Lepastu belakang dia nampak tak kemas. Pastu, bila dah sangkut, susah nak cari tudung mana yang best, unless buat macam pameran. And susah nak kekalkan susunan warna. Lama lama I annoyed dengan penyangkut macam ni.

Lepastu, I susun dalam laci.

Pros: Kalau bersepah pun, tak sakit mata sebab tertutup dalam laci.

Cons: Senang bersepah and susah cari tudung.

Hari tu ada jalan jalan dekat Kenanga, I terjumpa hanger tudung ni RM5 je (ada 10) so terus beli 2 set.

So sangkut je tudung macam ni:

Bila dah banyak banyak, jadi lah macam ni:

Bila dah banyak banyak, rasa seronok pulak tengok warna dia. Makan space sikit, tapi happy sebab senang nak ambil and pilih! So setakat ni, this is my fav. In the future, kita tengok macam mana 😛

Published by
Siti Zurina