Wanita Ini Kongsi Buat Sendiri ‘Vanity Mirror’ Yang Viral Modal Bawah RM60 & Hasilnya Memang Wow!

Share

Viral sekarang ini penggunaan Vanity Mirror atau cermin mempunyai lampu ala Hollywood terutama bagi mereka yang gemar bermekap. Harga pasaran Vanity Mirror ini memang agak mahal bergantung pada design dan saiz. Ramai yang teringin untuk memiliki kerana fungsinya dikatakan dapat membuat solekan di wajah menjadi lebih gorgeous dan menawan.  Perkongsian di laman sosial facebook oleh gadis ini yang membuat Vanity Mirror bajet dan jimat hanya dengan menggunakan barangan dari kedai Eco RM2 sahaja. Hanya bermodalkan tidak sampai RM60, Vanity Mirror yang diidamkan siap sepenuhnya dan hasil memang cukup memuaskan hati.

Ayuh kita lihat perkongsian Siti Teha di laman sosial facebook yang mendapat butang share lebih 2 ribu.

VANITY MIRROR GUNA BARANG KEDAI ECO RM2 JE JIMAT!!!

Cantik tak vanity mirror kita? Hehe. Hari tu ada kotak lebih tak tahu nak buat apa, so kita buat vanity mirror la.

Ni je bahan yang digunakan. Semua beli kat eco rm2.

Jumlah kerugian :

Mentol 8pcs rm16

Pasang wayar mcm ni je. Wayar hubby tolong pasangkan sebab tak pandai. Wayar pun korang boleh beli kat eco rm2. Yang ni siti guna wayar kat rumah je sebab ada lebih.

Tempat letak mentol warna putih 4plastik ada 8pcs rm8

Cermin 4pcs rm8

Sebelum. Tebuk lubang banyak mana yang korang nak untuk letak lampu tu. Cermin tu beli kat eco rm2. Kotak recycle je mana² yang ada. Yang ni siti guna kotak aircond. Besar sikit.

Plug 1pcs rm2

Wallpaper 3pcs rm6

Gam 1pcs rm2

Ni gam dan double tap yang digunakan untuk lekatkan kotak tu. Gam beli kat eco rm2 jugak.

Frame kayu letak vanity mirror 4pcs rm8

Bekas letak barang makeup 2pcs rm4

Ni contoh tempat letak barang makeup dan vanity mirror tu. Beli frame ni di eco rm2 jugak. Contoh frame tu sebelah kiri, sebelah kanan tu dah siap tampal wallpaper.

Total keseluruhan : RM54 sahaja

Tq kat group deco eco. Sebab duk tengok idea² dorang ni maka terjadinya vanity mirror diy bajet ni. Takpelah diy sendiri pun asal cantik dan puas hati. Jimat tak payah nak beli vanity mirror yang harga beratus tu

Dah siap tampal wallpaper sekali. Wallpaper pun beli di eco rm2.
Published by
Siti Zurina