Wanita Ini Jelaskan Secara DETAIL Pengalamannya Hamil Melalui Kaedah IUI, Setelah 3 Tahun Kahwin

Share

Sejak Datuk Siti Nurhaliza memberitahu dirinya hamil setelah mendapatkan rawatan IVF, ramai wanita lain yang juga tidak segan untuk tampil berkongsi pengalaman mereka. Sama ada melalui rawatan IVF juga ataupun kaedah rawatan lain. Apa yang paling penting ramai pasangan yang belum hamil tetap terus berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri.

Namun semua itu bergantung pada qada’ dan qadar Tuhan kerana tanpa izinnya tak mungkin semua itu berlaku. Ada juga yang telah berusaha tetapi tidak juga berhasil. Seperti luahan pengacara Farah Adeeba baru-baru ini yang memberitahu dirinya gagal dalam menjalani ujian IVF. Namun wanita ini tidak sesekali menyalahkan takdir kerana segalanya yang berlaku adalah dengan izin Allah.

Begitu juga satu perkongsian seorang wanita di laman sosial, Nur Haziqah Zainal Abidin yang turut berjaya hamil hanya dengan melalui kaedah rawatan Intrauterine Insemination’ (IUI). Walaupun sebelum ini ramai yang memberitahu peluang untuk hamil menggunakan cara ini hanya 50 peratus, tetapi wanita ini berjaya mendapat anak setelah tiga tahun berkahwin.

Dia turut berkongsi pengalamannya dan proses cukup detail dalam menjalani proses rawatan ini. Apa yang bagusnya dia turut berkongsi harga yang ditawarkan sekali serta aturan cara makan ubat yang disarankan doktor. Mungkin boleh dijadikan panduan kepada mana-mana wanita di luar sana yang belum hamil dan mahu mencuba cara ini.

MACAM-MACAM CARA BUAT UNTUK HAMIL

Dah janji nak buat sharing pasal rawatan IUI di LPPKN, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. So here we go..

Dalam tempoh 3 tahun perkahwinan, macam2 cara dan ikhtiar untuk dapatkan zuriat. Period Alhamdulillah regular dan normal. Jadi saya kelaskan kes saya ni sebagai unexplained infertility. Walaupun orang kata usia perkahwinan masih baru, saya fikir tak perlu tunggu lama2 untuk usaha dapatkan anak, sebab kalau tak berhasil jugak, boleh cuba ikhtiar lain. Saya perlu kejar masa. Saya dan suami terus ambil langkah drastik. Terus call LPPKN.

Prosedur IUI.

Firstly, kena book tarikh untuk first appointment by phone call. Kemudian, nurse akan buat short interview etc dah berapa lama kahwin, ada masalah period ke, pernah mengandung atau tak, pernah keguguran atau tak. Just basic question. Nurse akan bagi tarikh appointment.
LPPKN (Website http://www.lppkn.gov.my)
Rawatan infertility hanya di LPPKN branch Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor bahru

15 Ogos 2016 (First appoinment):
Detail interview, iaitu suami isteri akan ditanya beberapa soalan yang lebih mendalam. selesai, suami akan buat sperm test (baca: Semen Analysis) dimana sperm tersebut akan dinilai dari segi keaktifannya, kenormalannya, dan bilangannya.

Kos: RM 65.00

Suasana dalam Klinik LPPKN. Sangat selesa. Port kami kat tepi dinding sebab ada sofa empuk yang sangat best. Tapi tak sempat nak terlelap pun sebab nak tunggu turn tak lama pun. Sekejapan aje dah dipanggil.

 

1 September 2016:
Ujian darah untuk kesan sebarang penyakit kelamin. (suami isteri)
Kos: RM 101.00

7 September 2016:
HSG (baca: Hysterosalpingogram). Ujian ni saya lakukan di KPJ Tawakkal. Doktor perempuan, jadi, kurang malu sikit. Ujian ni dilakukan untuk kesan sebarang blocking di rahim dan tiub fallopio.
Kos: RM 200.00

PERIOD TAK STABIL

19 September 2016:
Ujian darah untuk kesan masalah hormon. Saya saja yang buat ujian ni sebab husband normal takde apa-apa masalah. Masalah hormon ni banyak etc, period tak stabil, pengeluaran telur tak matang. Dalam kes saya, saiz telur saya tak matang, tak mencapai saiz yang normal. Saiz telur tak normal tak membenarkan persenyawaan berlaku.
Kos: RM 20.00

11 Oktober 2016:
Consultation doktor dan ujian pap smear. Pap smear untuk kesan sebarang jangkitan dan sebarang risiko kanser serviks.
Kos: RM 30.00

16 November 2016:
Consult dengan Gynea. Dari ujian2 yang kami berdua lakukan, saya mempunyai masalah hormon(Siaz telur tak matang). Doktor cadangkan kami untuk lakukan IUI (baca: Intrauterine insemination).
Saya perlu consume Chlomid (baca: Chlomiphene) untuk membesarkan telur untuk memastikan prosedur IUI berjaya.
Note:
Cara makan Chlomid – Dibekalkan dengan 10 biji, Perlu dimakan 2 biji sehari, bermula dari hari ke-2 period sehingga hari ke-6, pada waktu yang sama. Tak boleh cepat, tak boleh lambat. Mesti sama. Jam 9 malam pada 5 hari tersebut.
Kos: RM 49.00

25 November 2016:
TVS (baca: Transvaginal Ultrasound) dilakukan untuk kesan pembesaran telur. Alhamdulillah 4 biji telur membesar dengan jayanya. Saya dibekalkan dengan suntikan Pregnyl dan juga Duphaston (untuk tebalkan dinding rahim). Suntikan Pregnyl ni perlu dilakukan sendiri di rumah, pada jam tepat 9.00 malam. Suntikan di perut. Tujuan suntikan adalah untuk pecahkan telur yang matang.
Kos: RM 162.10

Suntikan Pregnyl. Syringe Pregnyl+Solven (2 botol kaca tu, kena bancuh dulu, baru suntik kat perut).

28 November 2016:
Prosedur IUI dilakukan. Suami perlu keluarkan sperm dan sperm dihantar ke makmal untuk proses sperm wash (baca: Sperm Washing). Kemudian sampel sperm yang telah diasingkan digunakan dalam prosedur IUI. Selepas prosedur selesai, perlu baring selama 30 minit dan bed rest 1 hari. Duphaston masih lagi dibekalkan.
Kos: RM 350.00

AKHIRNYA DISAHKAN HAMIL

20 Disember 2016:
Ujian air kencing untuk mengesahkan samada mengandung atau tidak. dan Alhamdulillah saya mengandung (4 minggu) dengan sekali cycle IUI.( Tidak boleh buat TVS atau ultrasound sebab kandungan masih kecil). Dibekalkan Folic Acid dan Duphaston.
Kos: RM 183.50

3 Januari 2017:
Usia kandungan – 7 minggu.
TVS untuk tengok saiz baby. Alhamdulillah membesar dengan jayanya. Dibekalkan dengan Folic Acid dan Duphaston.
Kos: RM 144.45

Xray HSG. Alhamdulillah takda apa-apa masalah. Rahim cantik, tiub cantik, takda blockage.

7 Februari 2017 (Last Appointment):
Usia kandungan – 12 minggu
TVS sekali lagi untuk tengok saiz baby. Dibekalkan dengan nasihat-nasihat dari doktor dan juga bekalan ubat (Folic Acid dan Duphaston).
Kos: RM 206.80

Total kos = RM 1511.85

17 Ogos 2017, 5.12 pagi, Rumaysaa Nur Awatif my precious baby selamat dilahirkan setelah 3 hari bertarung nyawa nak lahirkan dia. Alhamdulillah

Rumaysaa Nur Awatif fresh from oven.

Sekian perkongsian yang tak seberapa dari saya. Kalau nak tanya apa-apa, drop komen atau feel free to PM me. To TTC warriors, keep fighting

P/s: Sebarang rawatan adalah berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pasangan, Doktor akan syorkan jenis rawatan yang sesuai

Artikel Berkaitan: Siti Hamil Guna Kaedah IVF Setelah 11 Tahun Menanti

P/s/s: LPPKN adalah badan separuh kerajaan, maka kos perubatannya adalah jauh lebih murah dari klinik swasta dan tempoh menunggunya jauh lebih cepat dari klinik kerajaan yang perlu tunggu turn.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Dr Komathy, Doktor Laila, nurse-nurse dan staff LPPKN Kuala Lumpur

SUMBER:NUR HAZIQAH ZAINAL ABIDIN

Published by
Siti Zurina