Setiap kali melihat bagaimana mereka yang dulunya mengalami pertambahan berat badan melampau tetapi kini kembali langsing, pasti kita akan tertanya-tanya apakah yang dilakukan sehingga dapat mencapai badan idaman. Maklumlah bukan senang untuk menurunkan berat badan sedang nafsu makan kita sendiri sukar dikawal. Perkongsian di laman sosial oleh Misriah Yahaya juga sedikit sebanyak berkongsi tip bagaimana dia dapat menurunkan berat badannya dari 102 kg kepada 55 kg.
Siapa sangka dulu berat badannya mencecah 102 kg dan kini mendapat berat badan ideal, 55 kg. Hampir separuh dari berat badannya hilang dan menurutnya bukan senang untuk mendapatkan berat yang ideal. Disiplin cukup penting dan paling utama kena berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan dapat apa yang dihajati.
Perkongsian di laman facebook ini sudah hampir setahun dan sepanjang tempoh dia tetap ‘maintain’ dengan berat badan mencecah 55 kg. Menurutnya tanpa ubat kurus, tetap ambil nasi dan juga exercise serta pengambilan suplemen yang bagus.
Mulakan dgn Niat…Displin..Usaha…inshaaAllah dpt yg terbaik… Diet kalori tetap ambil nasi. No ubat kurus, only take a good suplement & exersice.
82kg ( nov 16) – 79.5 ( nov 16) – 77.5kg. ( dec 16) – 75kg (17dec) – 73 (1.1.17) – 72kg (4.1.17) – 70.1kg (8.1.16) – 69.7 (15.1.17) – 68.1kg (22.1.17) – 66.4kg (1.2.17) – 65.8kg (8.2.17) – 65.5kg (15.2.17) – 63.4 (3.3.27) – 60.7 (28.3.17)
58kg
(Sharing)
Nak turunkan berat badan ni, first youu kena jaga pemakanan sebenarnya.. Then fizikal dengan mental you kena kuat. Kena displinkan diri you. Kena tahu berapa you nak capai target!
Nak kurus, breakfast kena ambil, WAJIB! Tidur kena cukup. makan 5-6kali sehari. Tapi dalam kuantiti yang sedikit, bukan banyak ye. So perut kita takdelah terasa lapar. Tapi jangan sampai terlebih kalori ye
Air manis, ais jangan ambik. Then i banyak minum air kosong, minum 3liter sehari. Pagi selalu i breakfast oat.
Banyakkan makan buah, sayur atau sup sayur.. Nasi nak makan boleh je, ambik suku, sebab nasi tu karbo. Sebaiknya ambik beras perang. Kalau kita makan banyak karbo, badan kita akan cepat besar. So, kena kawal gula dengan karbo. 2 bende ni, kalau kita tak kawal, badan kita akan cepat naik. Kalau nak makan roti boleh, tapi jangan makan roti putih, makan roti wholemeal sahaja. I ni tak suka makan nasi, tapi i makan roti wholemeal. Roti pun dah karbo. So i tukarkan nasi kepada roti. Tapi kena ingat, jangan makan banyak roti tau
Jangan ambik mee, atau kueh teow sebab makanan tu berminyak. Boleh makan bihun je. Makanan bergoreng, berminyak, berlemak, fast food memang i tak ambik. Kalau ikan atau ayam i makan yg grill or steam. Kalau ayam dengan ikan bergoreng ni boleh makan, tapi jangan selalu, seelok-eloknya kurangkan, seeloknya ambil yg berkuah, grill atau steam. Malam makan sebelum pukul 8. Kalau lapar tengah malam, minum air kosong. Then kena jogging or execrise
Execrise tu tak kisah, tengok kat youtube pun boleh. Seminggu dalam 2-3kali dah cukup.. Malam sebelum tidur saya just minum air green tea atau susu skim
INGAT!!! pastikan kita tahu berapa kalori makanan yg kita ambil setiap hari. Dan berapa kalori yg diperlukan untuk badan kita. Jangan ambil terlebih kalori ye
Penjagaan kalori tu penting.
Takde bende yang tak boleh kat dunia ni, semua boleh. Semua bergantung atas diri kita. Kalau kita usaha, kita akan dapat, kalau kita tak usaha, kita takkan dapat apa yg kita inginkan
Kalau saya boleh, awak mesti boleh.
3 cara untuk turunkan berat dengan mudah :-
1. Jaga pengambilan kalori.
Bukan tak boleh makan atau tak makan. Tapi kawal. Contoh, sehari perlu ambil 1400kcal. So make sure mula dari breakfast dan jangan ambil yang terlalu heavy. pastikan kita tahu berapa kalori makanan yg kita ambil setiap hari. Dan berapa kalori yg diperlukan untuk badan kita. Jangan ambil terlebih kalori ye
Penjagaan kalori tu penting.
Diet 80% execrise 20%, so jaga pemakanan tu penting
2. Senaman.
Yang ni ramai yang liat nak buat atau takde masa. Tak semestinya kena pergi gym. Kena lari 4 round. Duduk rumah pun boleh bersenam. Boleh download kat youtube cardio workout.
3. Suplemen mesti kena ambil untuk membantu mempercepatkan proses untuk menurunkan berat badan. Suplemen ye, bukan ubat.
Ketiga-tiga ni memang penting dan berkait rapat antara satu sama lain. Cuba amalkan ketiga-tiga ni inshaAllah memang boleh turunkan berat badan. Yang penting niat kita.
Takde bende yang tak boleh kat dunia ni, semua boleh. Semua bergantung atas diri kita. Kalau kita usaha, kita akan dapat, kalau kita tak usaha, kita takkan dapat apa yg kita inginkan.
Artikel Berkaitan: Model Sambilan Ini Hilang 41 Kg Tanpa Skip Makan