Wanita Ini Disisih Kerana Pakai Tudung Hingga Sebabkan Ekonomi Jatuh – Ini Nasihat Ustazah Norhafizah Musa

Share

Menutup aurat dengan memakai tudung itu wajib bagi setiap wanita Islam. Namun begitu cabarannya untuk kekal istiqomah itu agak sukar dan banyak sekali dugaannya. Malah pelbagai fesyen bagi mereka yang tidak menutup aurat menyebabkan hati jadi bolak balik untuk kekal berhijab. Jadi tidak hairanlah jika ada yang sudah berhijab tetapi kemudiannya mengambil keputusan untuk menanggalkan tudung.

Perkongsian dakwah melalui media sosial oleh Ustazah Norhafizah Musa mengenai kisah wanita yang mahu kekal istiqomah memberi kita peringatan bahawa tidak mudah melawan hawa nafsu.

Kredit Foto: Pinterest

Apa yang penting iman di dada yang boleh membantu mengatasi godaan syaitan. Juga turut berkongsi kisah seekor rusa yang punya tanduk cantik di mana maksud di sebaliknya yang cukup mendalam.

Suami paksa pakai tudung, tapi diejek kawan-kawan kerana dikatakan hipokrit

“Ustazah, 

Semenjak saya berkahwin,

Suami saya suruh saya jadi baik.

Suami paksa dan Suruh Saya pakai tudung dan jaga aurat 

Di Tempat kerja saya,

Tiada seorang pun yang memakai tudung. 

Sebahagian besar Keluarga dan kawan-kawan saya juga tidak bertudung 

Saya diejek oleh kawan-kawan kerana katanya saya hipokrit. 

Disisihkan kerana pakai tudung, ekonomi jatuh. Buat saya lemah semangat

Sekarang saya di sisihkan kerana pakai tudung. 

Ekonomi saya pun jatuh. 

Sedihlah ustazah..

Saya tahu wajib dan lain-lain. 

Tapi…

Lemah semangat..

Boleh beri sedikit nasihat pada saya?

Allah beri kekuatan untuk memakai tudung

Jawab Ustazah

“Sebenarnya Allah yang beri kekuatan pada puan untuk memakai tudung. 

Allah sayang puan..

Kisah rusa cantik yang bangga dengan tanduknya

Dulu ketika saya darjah 6,

Ada seorang cikgu selalu cerita kisah ni.. 

“Ada seekor rusa yang sangat cantik,

Dia selalu berbangga dengan tanduknya yang bercabang dan sangat cantik. 

“Wah… cantiknya tanduk aku..!” bisik rusa itu penuh bangga

Tapi dia cukup malu dengan tapak kakinya yang tidak cantik..

Dia tersenyum seorang diri setiap kali melihat tanduknya dekat air. 

Tetapi menjadi sangat emosi dan sedih saat Melihat tapak kakinya..

Dikejar harimau hingga tanduknya tersangkut pokok

Suatu hari, 

Dia di kejar harimau,

Kakinya itu berlari selajunya..

Sehabis kudrat, 

Untuk mempertahankan dirinya…

Kaki dia berlari selaju mungkin dan meredah segala kesakitan juga telah memijak semua benda tajam untuk menyelamatkan nyawanya..

Tiba-tiba tanduknya tersangkut di pokok..

dia cuba tarik,

Tetapi gagal.

Dia menangis…

Saat matanya menangis ketika harimau mulai dekat,

Dia berkata

“Wahai tanduk yang ku banggakan,

hari Ini kau telah membinasakan diriku..

Kerana kau, aku tersangkut dan akan mati…

Gambar sekadar hiasan.

Selamat kerana kaki yang sering dihina

Wahai kaki yang selalu aku hina,

Hari ini kau bertungkus lumus berjuang dan berkorban untuk menyelamatkan diriku..

Tapi inilah akhirnya..”

Kaki itu tidak berhenti menyelamatkan dirinya.

Berjuang Sehingga ketitisan darah terakhir untuk menyelamatkan dirinya…

Kaki yang dia anggap beban itu sehabis kudrat menendang harimau,

Kaki yang selama ini di cemuh itu terus bergelut dengan harimau..

Sehinggalah dia disiat satu persatu..

Kaki buruk yang di anggap tidak berguna itu berjasa sampai akhir…

Begitulah hakikatnya dalam dunia ini

Begitulah dalam dunia kita,

Kadang-kadang kita berbangga dengan kemuliaan, pujian, harta,nama tapi di dalamnya ada dosa dan maksiat

Sehingga…

kadang-kadang kita terlupa itulah sebab kita menderita di akhirat..

Malu dengan sunnah Nabi, perintah Allah

Kita malu dengan sunnah Nabi saw..

kita malu dengan perintah Allah. 

Kita takut kita dimalukan kerananya..

Teruskan istiqomah buat baik hingga mati

Tetapi,

Kerana itulah kebahagiaan sebenar menanti buat selamanya..

berbaloi susah untuknya.

Teruskanlah istiqamah buat baik sehingga kita mati.

 

Published by
Siti Zurina