Biasanya kita hanya tahu kentang digunakan untuk masakan dalam sup ataupun digoreng begitu sahaja. Kesedapnnya sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Tetapi sebenarnya kentang juga seperti buah-sayuran lain yang juga mempunyai banyak khasiatnya.
Salah satu adalah untuk mencantikkan wajah. Penggunaan kentang yang dibuat masker ini boleh menghilangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah.
Bukan itu sahaja ia juga boleh memperbaiki tekstur kulit, mencerah dan juga menegangkan kulit.
Tidak susah untuk melakukanya tambahan lpula stok kentang ini selalunya sentiasa ada di dapur anda.
Jom lihat cara penyediakan masker kentang ini melalui perkongsian dari pengguna laman sosial, Anis Roduan di facebook.
Bahan-bahan:
1 biji kentang – kisar hingga hancur (tambah ¼ cawan air kalau perlu).
Sebiji telur – ambil putih telur sahaja.
Cara memakainya:
1. Campurkan kentang yang dikisar dengan putih telur.
2. Sapukan pada seluruh muka. Biar kering selama 30 minit.
3. Cuci dan bilas muka derngan air suam atau sejuk.
1. Atasi kulit kerang dan membuang sel kulit mati/menggelupas.
2. Menghilangkan jerawat dan bekas jerawat.
3. Boleh mencerahkan kulit wajah secara semulajadi.
4. Turut boleh menghilangkan blackhead/whitehead.
5. Berupaya merawat kulit sunburn.
6. Dapat mengurangkan kedutan pada kulit muka.
7. Juga boleh mengatasi kulit berminyak.