Perempuan mana yang tak mahu cantikkan? Pasti kebanyakan daripada kita idamkan kulit yang berseri-seri, tak perlukan mekap yang tebal untuk menutup segala cela di wajah.
Apa kata kita ikuti cara daripada Norafiza Mahmud atau lebih mesra disapa Cik Oya yang dikongsinya ini di facebook mengenai detoks wajah. Mari kita ikuti caranya ini.
Buang Angin Jahat Buat Muka Ada Efek ‘Face-Lifting’
Mula-mula sekali wap muka dengan tuala. Kosnya sangat murah dan menyenangkan. Hanya dalam 15 minit sahaja!
Bahan-bahan untuk detoks ialah campuran air panas, lemon dan halia.
Tiga bahan ini sahaja yang diperlukan.
Jenis coco mask yang digunakan oleh Cik Oya.
Selepas siap proses anda membuat detoks muka, sapukan coco mask (atau anda boleh gunakan mask yang berbeza ikut pilihan) untuk memberikan face lifting pada wajah anda. Tak perlu letak terlalu tebal, hanya lapisan yang nipis sahaja.
Biarkan selama 15 ke 30 minit. Kulit akan menjadi tegang. Cik Oya biasanya akan membawa tidur sekali dengan face mask ini dan cuci keesokkan harinya untuk mendapat ‘V shape’ di wajahnya.
Selepas anda siap mencuci muka jelas dapat dilihat ‘glow‘ pada wajah anda. Memang ia akan memberikan kesan setelah anda lakukan setiap langkah yang di tunjuk sebentar tadi.
Apabila wajah sudah mula sihat dan tampak ‘lifting‘, jadi tak perlu susah payah untuk letakkan solekan yang tebal pada muka. Hanya perlukan beberapa touch up sahaja dan anda sedia untuk keluar!
Sumber: Norafiza Mahmud
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Uyaina Arshad Tak Pernah Terfikir Akan Bekerja Di Hadapan Kamera, Walaupun Belajar Jurusan Undang-Undang Di Universiti
Kebolehannya beraksi sebagai pengacara cukup terbukti apabila berpeluang mengacarakan rancangan Nona di TV3. Lebih membanggakan apabila Uyaina turut terpilih sebagai juara Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018. Kemenangan itu menyaksikan Uyaina membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, tiara dan juga sebuah trofi.
Pemilik nama sebenar, Saidatul Naseha Uyaina Arshad ini lahir pada 16 November 1992 memulakan kerjaya awal dalam industri hiburan sebagai pelakon teater. Uyaina telah dinobatkan sebagai juara Pencarian Nona Manis 2015 anjuran TV3, platform yang telah membawa Uyaina ke pentas pengacaraan.
Wajahnya kini juga turut menghiasi program Wanita Hari Ini (WHI), rancangan televisyen bual bicara wanita Malaysia yang disiarkan di TV3.
Kerjaya Uyaina mula berkembang bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia setelah dinobatkan sebagai juara Puteri Muslimah Asia. Memiliki lebih 1 juta pengikut di Instagram miliknya, sekaligus menjadi ikon wanita muda yang semakin dikenali ramai.
Bakat Uyaina dalam bidang lakonan bermula dengan menjayakan watak Maryam dalam drama adaptasi novel Lelaki Kiriman Tuhan lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya, Uyaina tidak pernah menyangka yang dia akan terlibat dalam dunia penyiaran dan lakonan.
Berikut perkongsian Uyaina di laman Instagramnya.
Saya adalah seorang anak kampung yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Tak pernah terfikir akan bekerja di hadapan kamera, satu frame dengan orang-orang hebat dalam bidang pengacaraan dan lakonan.
Tapi saya yakin percaturan Allah itu indah. Mesti ada hikmah kenapa saya dibawa ke dalam bidang ini walaupun saya belajar jurusan lain masa dekat universiti dulu.
Buat adik-adik yang baru dapat result UPU, mungkin ada yang suka dan mungkin jugak ada yang tak suka dengan course yang adik-adik dapat.
Tapi jangan risau! Tak ada ilmu yang sia-sia. Dan tak salah pun untuk tak kerja dalam bidang yang kita belajar dulu. Yang penting, kita dapat berdikari sendiri, berbakti kepada orang tua dan jadi orang yang berguna kepada masyarakat.
View this post on InstagramA post shared by UA (@uyainaarshad) on
Sumber kredit: Instagram Uyaina Arshad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dress Manik Jahitan Tangan Rekaan Rizman Ruzaini Serlah Penampilan Nelydia Di Majlis Resepsi. So Perfect!
Awal bulan Mac ini menyaksikan beberapa selebriti menamatkan zaman solonya dengan pasangan pilihan hati masing-masing. Selepas Fasha Sandha, diikuti Bella Dally dan hujung minggu lalu menyaksikan pula pelakon Nelydia Senrose menamatkan zaman bujangnya. Hanya dengan sekali lafaz, pelakon cantik ini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35 tahun.
Majlis yang dilakukan secara tertutup hanya dihadiri sanak saudara serta kenalan rapat di sebuah hotel terkemuka di di sini petang Sabtu lalu. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin, dengan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid.
Dan seperti biasa jika ada majlis perkahwinan, pastinya pakaian digayakan selebriti yang menjadi tumpuan. Jika Bella Dally menggabungkan pants dan dress untuk majlis resepsi, busana Nelydia juga turut ada keistimewaan tersendiri.
Dalam majlis berkenaan Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen kellihatan begitu anggun mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Ezuwan Ismail.
Begitu juga ketika di majlis persandingan pula menyaksikan Nelydia tampak sangat menawan menggayakan busana rekaan duo tersohor Rizman Ruzaini. Penampilannya malam itu sangat mencuri tumpuan apabila menggayakan dress mewah rona pastel.
Menjadikan penampilannya malam itu bak puteri dengan batuan serta manik mutiara yang dijahit tangan sendiri dengan rekaan silhouette klasik menggunakan tulle yang eksentrik.
Ditambah pula dengan sentuhan solekan Dato Alha Alfa yang menyempurnakan penampilan Ratu Sehari di majlis persandingan.
Ramai netizen memuji busana digayakan pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu ini yang disifatkan mereka penampilan
fizasabjahan Soooooooooooo beautiful
mama_fur_cat Mcm mermaid…pretty in soft green hue
nor_nazni So perfect!
ashieyaakub Angle…. Serious cantik
Pasangan sama cantik sama padan ini bertemu setahun yang lalu dan pelakon ini bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan Allah termasuk makbulkan doanya ketika di tanah suci berkaitan urusan jodoh.
Hijabista ucapkan selamat pengantin baru dan semoga pasangan ini kekal bahagia till jannah.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SELEBRITI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kulit Berminyak Tidak Boleh Dihapuskan Secara Kekal, Tapi Boleh Dikawal. Fakta Yang Mengerikan?
Kulit berminyak dari segi perubatan dikenali sebagai seborrhea dan merujuk kepada tekstur kulit yang berkilat, tebal atau berat akibat daripada pengeluaran minyak yang berlebihan daripada kelenjar sebum dalam kulit anda.
Jika anda mempunyai kulit berminyak, anda sudah biasa dengan perjuangan yang seolah-olah tiada harapan untuk mengekalkan wajah anda daripada bersinar lebih cerah yang boleh dibuat cermin wajah.
Melawan masalah berminyak diikuti dengan jerawat yang boleh menyebabkan wajah anda menyerupai sekeping piza pepperoni yang berminyak. Malangnya, kulit berminyak tidak boleh dihapuskan secara kekal. Walaupun tiada apa yang boleh anda lakukan untuk menghentikannya, ada cara untuk mengawalnya.
Hijabista himpun kemusykilan anda semuanya fakta dan persoalan tentang kulit berminyak. Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan untuk pemula.
Apakah yang menghasilkan minyak dalam kulit?
Minyak dalam kulit anda juga dikenali sebagai sebum dan ia dihasilkan oleh kelenjar sebum. Kelenjar ini melekat pada folikel rambut anda dan apabila ia menghasilkan minyak, minyak dilepaskan melalui liang-liang pori.
Mengapa kulit anda menghasilkan minyak?
Kulit menghasilkan minyak untuk mengekalkan kulit anda terhidrat dan melindunginya daripada kehilangan lembapan.
Bolehkah kulit berminyak akan hilang?
Ia bergantung. Jika kulit berminyak anda disebabkan oleh hormon, tekanan, cuaca, atau penggunaan berlebihan produk penjagaan kulit, maka minyak anda boleh hilang lebih masa dengan rawatan yang betul. Walau bagaimanapun, jika kulit berminyak disebabkan genetik, maka ia mungkin tidak akan hilang, berita baiknya ialah terdapat cara untuk mengekalkannya dengan rutin penjagaan kulit yang betul.
Adakah kulit berminyak menghalang garis halus dan kedutadan akan kelihatan lebih berusia?
Tidak, kulit berminyak tidak akan menghalang kedutan. Walau bagaimanapun, anda yang mempunyai kulit berminyak mempunyai garis-garis halus dan kedutan yang kurang kelihatan kerana minyak yang berlebihan. Oleh itu, adalah penting untuk anda menjadikan anti-penuaan sebagai elemen penting dalam rutin penjagaan kulit anda.
Adakah makanan berminyak menyebabkan kulit berminyak?
Bertentangan dengan kepercayaan popular, pengambilan makanan tertentu atau diet tinggi lemak TIDAK menyebabkan kulit berminyak. Lemak dan minyak dalam diet anda dipecahkan oleh sistem pencernaan dan tiada laluan dari sistem pencernaan ke kulit anda. Bolehlah nikmati burger keju dengan kentang goreng! Pastikan anda tidak mendapat lemak daripada makanan tersebut pada kulit anda kerana ia boleh memburukkan lagi kulit yang berminyak, menyebabkan liang roma tersumbat dan kemungkinan timbulnya jerawat.
Bolehkah kulit berminyak menyebabkan jerawat?
Ya, minyak adalah salah satu punca jerawat, tetapi ia bukan satu-satunya punca. Walaupun jerawat dan kulit berminyak kerap berlaku bersama, tidak semua orang yang mempunyai kulit berminyak mempunyai jerawat.
Adakah pelembap akan menjadikan kulit lebih berminyak?
Tidak! Ia mungkin kelihatan berlawanan, tetapi kelembapan sebenarnya membantu kulit berminyak anda. Jika anda mengeringkan kulit berminyak anda terlalu banyak, kulit anda bertindak balas dengan menghasilkan lebih banyak minyak, yang boleh menyebabkan jerawat.
Adakah pelembap membantu kulit berminyak?
Ya! Minyak tidak melembapkan kulit anda jadi walaupun kulit berminyak mesti sentiasa lembap.
Pelembap mana yang terbaik untuk kulit berminyak?
Pelembap terbaik untuk kulit berminyak adalah yang ringan, tidak komedogenik bermaksud ia tidak akan menyumbat pori-pori dan bebas minyak. Ia harus menyerap di kulit, menjadikan kulit anda terasa terhidrat, bukan berminyak.
Adakah pelindung matahari menjadikan kulit berminyak lebih teruk?
Jenis pelindung matahari yang salah boleh menyebabkan tindak balas kimia pada kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Walau bagaimanapun, memakai SPF dengan kerap adalah penting dan terdapat SPF bukan komedogenik yang dirumus dengan baik yang boleh melindungi kulit anda tanpa menyumbat liang-liang atau membuat muka anda berasa berlendir.
Bolehkah kulit berminyak menjadi kering?
Ya! Walaupun anda mempunyai kulit berminyak, masih boleh mengalami dehidrasi kerana kekurangan air atau penggunaan produk yang menghilangkan minyak semulajadi kulit anda. Apabila kulit anda mengalami dehidrasi, ia mula mengeluarkan minyak secara berlebihan untuk mengimbangi kekurangan lembapan dalam kulit anda. Kadangkala kulit dehidrasi boleh disalah anggap sebagai kulit berminyak.
Solekan manakah yang terbaik untuk kulit berminyak?
Solekan terbaik untuk kulit berminyak terdiri daripada produk yang dirumus sebagai bebas minyak atau tidak komedogenik. Elakkan sebarang solekan yang mengandungi silikon dan mika kerana bahan tersebut boleh menyekat liang-liang pori anda, menyebabkan pembentukan minyak dan kerengsaan.
Minyak pati manakah yang terbaik untuk kulit berminyak?
Beberapa minyak mengandungi asid lemak “oleik” yang tinggi, dipercayai menyebabkan lebih banyak liang tersumbat daripada yang tinggi dalam asid lemak “linoleik”. Memandangkan kulit berminyak dipercayai mengandungi asid lemak linoleik yang rendah, minyak dengan lebih banyak asid ini biasanya berfungsi dengan baik, manakala minyak yang mempunyai lebih banyak asid “oleik” boleh menyebabkan lebih banyak masalah. Berdasarkan teori ini, beberapa yang perlu dielakkan termasuk zaitun, avokado, biji aprikot dan minyak badam.
Adakah menggunakan helaian blotting akan mengurangkan pengeluaran minyak?
Tidak! ia adalah pembaikan sementara dan cepat. Sebagai contoh, jika anda memerlukan sesuatu untuk membetulkan kilauan pada wajah dengan cepat sebelum temu janji, ia sesuai. Walau bagaimanapun, helaian blotting tidak akan memberi kesan pada jumlah minyak yang dihasilkan oleh kulit anda.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe .
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI