Islam mewajibkan seluruh umatnya mempelajari Al-Quran dan mengamalkanya dalam kehidupan seharian sebagai penunjuk arah di dalam agama Allah yang syumul.
Namun, baru-baru ini seorang wanita berteketurunan India yang menganuti agama hindu, Divya Darshini telah membuatkan wargamaya terkesima apabila dia mampu membaca beberapa potongan surah di dalam Al-Quran dengan begitu lancar.
@lan5388smoga mendapat hidayah…😊😊🤲🤲 Amin..
Perkara berkenaan diketahui umum, berikutan tularnya sebuah video di aplikasi Tik Tok menerusi akaun @ memaparkan Divya yang sedang membuat ‘live streaming’ bersama seorang wanita beragama Islam.
Paparan video berkenaan memaparkan Divya yang menjawab beberapa soalan berkaitan surah dalam Al-Quran dan membaca potongan surah yang diketahuinya dengan begitu lancar sehingga membuatkan wanita Islam itu terkejut dan teruja.
Lebih memeranjatkan lagi apabila yang Divya itu mendedahkan bahawa dia telah didik oleh pengasuhnya sejak kecil untuk mengamalkan ayat Kursi jika nampak perkara-perkara ghaib.
“Dulu kan masa kecil, kalau saya nampak hantu, dalam hati automatik akan keluar ayatul kursi,” ujar Divya.
Malah, ketika disoal tentang surah terpanjang, Divya dengan yakin menjawab surah Yaasin adalah surah terpanjang, kemudian membacanya.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata wargamaya meninggalkan komen positif, selain menzahirkan rasa teruja terhadap kemampuan Divya untuk membaca surah Al-Quran meskipun menganuti agama berbeza.
Pada ruang komen tersebut juga, kebanyakkan netizen mendoakan agar Divya untuk dikurnikan hidayah daripada Allah kelak.
Sekadar Info, video Divya yang membaca beberapa surah daripada kitab suci Al-Quran berkenaan telah tular hingga mencapai tontonan sebanyak 500 ribu kali dengan tanda suka oleh warganet
Sumber: TikTok @lan5388 & Instagram @divyadarshini_96
Artikel berkaitan:
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.