Wanita Elok Amalkan Teh Hijau, Bagus Untuk Kecutkan Fibroid & Rawat Anemia

Share

Teh hijau merupakan antara minuman paling berkhasiat dan kaya dengan antioksidan. Kebaikan teh hijau bukan sahaja menambah fungsi otak malah membantu membakar lemak, menurunkan risiko kanser dan banyak lagi.

Selalunya ramai yang mengamalkan minum teh hijau ketika dalam proses menurunkan berat badan. Sebenarnya teh hijau bukan sahaja bermanfaat untuk membantu menurunkan berat badan sahaja tetapi dalam masa yang sama mencantikkan kulit wajah.

Amalan minum teh hijau bukan sahaja bermanfaat untuk kecantikan tetapi juga mempunyai khasiat lain untuk merawat kesihatan secara semula jadi. Teh hijau mengandungi banyak zat dan setiap zat mempunyai peranan yang berbeza untuk tubuh.

Photo by charlotte-may-from Pexels.

TEH HIJAU KECUTKAN FIBROID?

Kajian klinikal berkenaan penggunaan teh hijau untuk masalah fibroid telah diterbitkan dalam Journal of Women’s Health pada tahun 2013. Kajian ini melibatkan 39 wanita yang mengalami masalah fibroid.

Photo by maik-kleinert from Pexels.

Dalam kajian ini, 22 wanita diberi kapsul yang mengandungi ekstrak teh hijau manakala 17 wanita diberi placebo (bukan teh hijau). Kajian telah dilakukan selama 4 bulan.

Hasil kajian mendapati saiz fibroid pada 22 wanita yang diberi ekstrak teh hijau mengecut sebanyak 32.6% manakala saiz fibroid bagi kumpulan yang diberi placebo (bukan teh hijau) meningkat 24.3%

Simptom anemia juga bertambah baik dengan ketara pada kumpulan yang diberi ekstrak teh hijau. Contohnya, kehilangan darah dalam kumpulan yang diberi ekstrak teh hijau menurun dengan ketara (dari 71 mL/sebulan menjadi 45 mL/ sebulan).

Kajian ke atas teh hijau merupakan sebahagian dari kajian Ph.D saya di University of Glasgow, Scotland. Epigallocatechin-3-gallate (EGCG) adalah antara bahan berkhasiat yang banyak dalam teh hijau.

Sebaiknya, teh hijau disediakan menggunakan serbuk teh hijau dan air panas dan diperahkan sedikit jus limau kasturi. Ini kerana bahan ini akan terekstrak dengan lebih banyak dalam minuman.

Sumber kredit: Dr Suri Roowi Top image: Photo by charlotte may from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Norhasliza