Kecantikan

Wanita Elok Amalkan Makan Buah Delima & Chia Seed, Ini Antara Langkah Kawal Hormon Estrogen

Share

Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Yang Maha Esa. Tubuh dan minda yang sihat menjadikan kehidupan kita lebih bermakna. Maka sewajarnya kita menjaga anugerah yang diberikan ini sebaik mungkin.

Estrogen adalah hormon utama khasnya untuk wanita bagi menentukan pembentukan jantina individu. Sekiranya aras estrogen dalam badan tinggi, ciri-ciri wanita akan lebih menonjol. Estrogen adalah hormon utama yang menzahirkan sifat kewanitaan dan fungsi untuk membentuk tubuh badan wanita, dan kitaran haid pada setiap bulan serta menjadi kunci terhadap kesuburan wanita.

Photo by Ekaterina Bolovtsova from Pexels

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN PENGARUH HORMON ESTROGEN PADA WANITA

Punca sebenar bagi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui.

Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca-punca persekitaran seperti kelemahan immuniti, toksin, dan hormon estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormon estrogen dan progesteron lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut

Dalam keadaan biasa, hormon estrogen adalah sangat penting bagi fungsi-fungsi edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat-sifat kewanitaan, kecantikan, bentuk badan dan lain-lain.
Tindakan-tindakan estrogen terhadap tisu-tisu biasanya diseimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabkam wanita tidak mengalami penetasan telur/ovulation.

Oleh itu, kekurangan hormon progesteron boleh menyebabkan hormon estrogen bertindak sewenang-wenangnya. Beberapa situasi yang menyebabkan hormon estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesiti. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukkan estrogen serta pengurangan progesteron.

Photo by Elle Hughes from Pexels

Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang. Wanita-wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovari seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone progesteron.

Oleh itu, beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk daripada kolesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.

LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL ESTROGEN: 
1. Kekalkan berat badan ketahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan estrogen yang berlebihan.

2.Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormon estrogen dan progesteron.

Photo by Li Sun from Pexels

3.Mengawal stres. Selain boleh meningkatkan hormon cortisol/steroid, stres juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita. Ia juga meningkatkan tahap estrogen.

Oleh itu, ambillah langkah-langkah mengawal stres seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.

Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana-mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekali gus dapat mengimbangkan hormon estrogen dan progesteron.

Photo by Alexy Almond from Pexels

Pengambilan makanan yang berkhasiat juga amat penting. Ada beberapa jenis makanan yang bertindak mengawal tahap estrogen iaitu:

Buah delima


Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/mengurangkan risiko sakit jantung. Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.

Sayur-sayuran

Photo by Magda Ehlers from Pexels

Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang bertindak mengawal penghasilan hormone estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan estrogen.

Minyak zaitun

Photo by RF._.studio from Pexels

Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen) di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone estrogen yang berlebihan.

Cendawan

Photo by Emma Jones from Pexels

Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.

Biji anggur

Photo by Kai-Chieh Chan from Pexels

Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia. Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormon estrogen dalam badan wanita.

Chia Seed

Photo by Bruno Scramgnon from Pexels

Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap estrogen dalam tubuh badan wanita. Begitu juga flexseed. Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.

Oat

Photo by Keegan Evans from Pexels

Oat adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan estrogen.

Buah-buahan citrus

Photo by Anna Tukhfatullina Food Photographer/Stylist from Pexels

Buah buahan citrus seperti lemon ,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C, dan anti-oksidan, ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah jus kedalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.

Bawang

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan, ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung. Ia juga mengandungi bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap estrogen dalam badan.

Kunyit

Photo by Karl Solano from Pexels

Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita. Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormon estrogen dan progesteron.

Algae (spirulina/chlorella)

Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan estrogen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.

Makanan-makanan fermented

Photo by Gabby K from Pexels

Makanan fermented seperti tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti-estrogen.

Minyak kelapa dara

Photo by Tijana Drndarski from Pexels

Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-estrogen. Elok diamalkan dalam diet harian.

Bawang putih

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.

Daun kucai

Photo by Damir Mijailovic from Pexels

Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-estrogen.

Buah beri (black berries, blackcurrant, mulberry)

Photo by Daria Shevtsova from Pexels

Buah beri mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan tubuh badan wanita. Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-estrogen.

Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormon serta mengurangkan tahap estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah-langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut.

HIJABISTA: Selain mengamalkan diet yang sihat, rajin-rajinkanlah diri anda untuk bersenam. Gabungan gaya hidup dan pemakanan yang sihat menjadi kunci utama kesihatan. 

Sumber kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad Top image: Photo by Jill Wellington from Pexels

Published by
Norhasliza