Fesyen memakai topi dan hijab telah menjadi sinonim buat para hijabis terutama sekali ia senang di gayakan mengikut gaya fesyen seseorang itu. Namun, terdapat perbahasan baru-baru ini mengenai hukum pemakaian topi kepada para hijabis, alamak bagaimana sis?
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai penjelasan hukum dari seorang pendakwah bebas, Da’i Fuad, tentang hukum perempuan yang bertudung memakai topi. Ramai juga warganet mempersoalkan tentang perkongsian beliau di ruangan komen.
Perkongsian Da’i Fuad ataupun nama sebenarnya, Ahmad Fuad Bin Ahmad Mokhtar, di instagram menjadi perbahasan di sosial media. Melalui perkongsiannya itu, beliau lebih menyentuh supaya kaum wanita perlu lebih berhati-hati di kala bergaya.
Menurut Da’i Fuad, pemakaian topi ini sebenarnya tidak serasi dengan budaya melayu kerana ia di katakan sebagai satu lambang lemahnya iman bagi seorang individu. Pandangan itu di perkuatkan oleh kerana sewaktu ketika dahulu pemakaian topi sering di gayakan oleh pendakyah bukan islam.
“Namun bukanlah bermaksud pakai cap itu haram, waktu itu keadaan berbeza daripada keadaan hari ini. Hari ini orang pakai cap sebab nak rapikan rambut dan juga nak elak daripada panas.”
“Maka sebenarnya boleh sahaja orang perempuan untuk memakai cap. Cuma pandangan saya, cuba elakkan kerana perempuan seharusnya tidak tabarruj atau menonjol dari segi pemakaian.” jelasnya di dalam video di instagram.
Artikel berkaitan: Bersolek Di Bulan Puasa, Boleh Jatuh Haram Jika Niat Tabarruj. Bergincu, Tertelan Lain Pula Hukumnya.
Sudah tentu ramai yang mempunyai pandangan mereka mengenai isu ini. Oleh kerana pemakaian topi dan tudung telah lama di gayakan, isu ini menjadi tanda tanya orang ramai kerana ada yang memakai topi atas sebab-sebab tertentu.
Walaupun banyak komen yang agak tidak berpuas hati mengenai pandangan Da’i Fuad terhadap gaya fesyen topi dan tudung. Masih ada lagi segelintir yang memahami apa yang cuba di sampaikan olehnya. Ada juga yang khuatir untuk mengenakan topi walaupun di tuntut dalam skop pekerjaannya, jelas dari beliau bahawa ia berpandu kepada niat.
Di samping itu, ada juga yang cuba menenangkan keadaan dan cuba untuk memberitahu orang ramai supaya tengok video itu sehingga habis kerana khuatiri mereka hanya tonton separuh sahaja. Andaian mereka berkemungkinan salah dan seharusnya berbincang dalam keadaan yang baik.
Pandangan setiap orang berbeza jadi kita perlu faham bagaimana untuk menyuarakan pendapat melalui sesuatu isu itu dengan berhemah. InsyaAllah, dalam masa akan datang kita cuba untuk perbaiki diri kita kepada arah yang lebih baik.
Sumber: Da’i Fuad
Artikel berkaitan: Hukum Memotong Rambut Bagi Wanita, Adakah Rambut Yang DiPotong Dianggap Aurat
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.