Wanita Berniqab Ini Kongsi Tip Buat Bakal Pengantin Yang Tak Nak Solat Akhir Waktu & Mekap Berkali-kali

Share

Biasa pada hari bahagia kita lihat bakal pengantin perempuan akan mempersiapkan diri lebih awal untuk  mengelakkan situasi kelam kabut. Selalunya, wajah akan disolek terlebih dahulu oleh mak andam yang telah dipanggil. Maklum bergelar raja sehari, pastinya penampilan mahukan yang terbaik kerana majlis akan dikenang seumur hidup.

Bagi yang menjaga urusan solat, jika sudah bermekap, pasti akan susah untuk kita membuangnya dan kemudian mekap semula. Apatah lagi masa yang singkat menyebabkan sukar untuk bersiap.

Lagipun takkan sepanjang tempoh itu kita mahu menahan diri dari buang air kecil atau besar. Memang agak menyukarkan jika keadaan jadi begini.

Perkongsian tip daripada wanita berniqab ini di laman sosial facebook ketika di hari bahagianya setahun yang lalu amat sesuai untuk bakal pengantin ambil tahu jika tak mahu solat di akhir waktu dan perlu mekap berkali-kali.

Tips untuk pengantin, yang tak nak solat zuhur di akhir waktu dan tak nak makeup 2 3 kali

1) Pakai fullglove.
Bukan yang jejaring ala-ala pwinsess tu taw, tapi yang full cover macam kak long pakai dalam gambar ni.

2) Ambik wudhu’ siap-siap sebelum makeup.

3) Jangan kentut!
Kalau awak buat no 3 ni, memang no 1 dengan 2 dah tak berguna lah 

Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri.
Kak long tak pasti setiap pengantin akan salam pasangan ke tak mase rombongan pengantin lelaki datang, tapi kak long salam. Actually, sebab blur tak tau nak buat apa. Haha.

Takkan nak terus berdiri sebelah dia, segan ooiii
Disebabkan kak long berniqab, bila salam tu hidung jadi berlapik lah, so wudhu selamattt. Sebab dahi pun tak kena.

Pengakirannya, Zuhur pun tak delayyy. Tu yang paling penting 

SUMBER & KREDIT FOTO: ANNISA SOLEHA-NIQAB

Published by
Siti Zurina