Biasa pada hari bahagia kita lihat bakal pengantin perempuan akan mempersiapkan diri lebih awal untuk mengelakkan situasi kelam kabut. Selalunya, wajah akan disolek terlebih dahulu oleh mak andam yang telah dipanggil. Maklum bergelar raja sehari, pastinya penampilan mahukan yang terbaik kerana majlis akan dikenang seumur hidup.
Bagi yang menjaga urusan solat, jika sudah bermekap, pasti akan susah untuk kita membuangnya dan kemudian mekap semula. Apatah lagi masa yang singkat menyebabkan sukar untuk bersiap.
Lagipun takkan sepanjang tempoh itu kita mahu menahan diri dari buang air kecil atau besar. Memang agak menyukarkan jika keadaan jadi begini.
Perkongsian tip daripada wanita berniqab ini di laman sosial facebook ketika di hari bahagianya setahun yang lalu amat sesuai untuk bakal pengantin ambil tahu jika tak mahu solat di akhir waktu dan perlu mekap berkali-kali.
Ads
Tips untuk pengantin, yang tak nak solat zuhur di akhir waktu dan tak nak makeup 2 3 kali
1) Pakai fullglove. Bukan yang jejaring ala-ala pwinsess tu taw, tapi yang full cover macam kak long pakai dalam gambar ni.
2) Ambik wudhu’ siap-siap sebelum makeup.
Ads
3) Jangan kentut! Kalau awak buat no 3 ni, memang no 1 dengan 2 dah tak berguna lah
Ads
Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri. Kak long tak pasti setiap pengantin akan salam pasangan ke tak mase rombongan pengantin lelaki datang, tapi kak long salam. Actually, sebab blur tak tau nak buat apa. Haha.
Takkan nak terus berdiri sebelah dia, segan ooiii Disebabkan kak long berniqab, bila salam tu hidung jadi berlapik lah, so wudhu selamattt. Sebab dahi pun tak kena.
Pengakirannya, Zuhur pun tak delayyy. Tu yang paling penting
Kerjaya lakonan wanita tinggi lampai, pemilik nama penuh Hanez Suraya Abdul Aziz atau lebih mesra disapa sebagai Hanez mula mengorak langkah apabila diperkenalkan oleh Rosnani Jamil menerusi filem Bicara Hati yang turut dibintangi oleh Fazura dan Sheera Iskandar.
Kemudian, Hanez semakin menempa nama dalam industri seni tanahair apabila membintangi drama Love You Mr Arrogant dan juga telefilem berjudul Bimbo untuk siaran Astro Ria.
Bagaimanapun, setelah kontroversi yang melanda dirinya pada 20 Disember 2013 apabila namanya menjadi bualan hangat kerana dilabel sebagai ‘Perampas’. Semenjak itu, Hanez Suraya kini jarang kelihatan dikaca televisyen.
Namun, menerusi temubual bersama salah satu rancangan sensasi di televisyen, Hanez memaklumkan bahawa perkara berkenaan berlaku kerana dia ingin memberi lebih fokus tanggungjawabnya sebagai isteri.
“Nak kata rindu tu, sudah tentulah rindu sebab itu antara minat saya dari dulu.
“Saya kena korbankan bila suami dah tak bagi. Bukan tak bagi, cuma dia takut saya tak boleh bagi komitmen dekat keluarga. Daripada saya nak commit pun susah sebab anak lagi, mereka pun dah sekolah, saya yang kena uruskan mereka.
“Saya tak terfikir untuk kembali,” jelas Hanez.
Malah, Hanez mengakui bahawa dia kini telah membuka buku baru dalam naskah kehidupanya dan bahagia memegang tanggungjawab sebagai ibu rumah tangga dan usahawanita, kerana bisnes tudungnya juga kian berkembang.
Menurut Hanez, suaminya, Romie Razin Adilha, menghormati keinginannya untuk menceburi bidang perniagaan sebagai galang ganti pada permintaan lelaki terbabit supaya beliau berhenti berlakon.
Menerusi posting di laman Instagram miliknya, pelakon berusia 38 tahun itu telah menitipkan satu nasihat yang bermanfaat buat peminat.
“Apa-apa yang kita nak buat, pastikan KOLAM JIWA kita kena bersih. Baru kita boleh berjaya!,” tulisnya ringkas.
Semoga perkongsian Hanez ini dapat dijadikan panduan hidup kepada semua agar sentiasa berjaya.
Untuk rekod, Hanez mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Romie Razin pada 25 Mac 2015 dan hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun itu, perkahwinan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran empat orang cahaya mata.
Bagi mereka yang mempunyai kereta generasi baru pasti sudah terbiasa dengan adanya “Push start button” untuk menghidupkan enjin kereta anda. Ia dikenali sebagai kecanggihan teknologi yang digunakan zaman kini. Ianya mudah akan tetapi ramai yang ambil mudah tentang push start button ini sampai boleh jadi rosak! Wanita pun wajib ya!
Bagi mereka yang mempunyai kereta baharu, kereta yang diimport daripada luar pasti sudah biasa dengan push start button ini. Sistem ini makin banyak digunakan kerana ia sangat memudahkan individu yang memakai kenderaan kerana anda tidak perlu lagi mencucuk batang kunci untuk menghidupkan enjin.
Apa yang perlu dilakukan adalah anda hanya menekan sahaja butang “push start button” itu sehingga enjin menyala. Kuncinya? Campak sahaja di dalam bag anda atau di dalam poket seluar. Mudahkan! Wanita juga perlu mengambil berat tentang ini kerana ianya penting untuk anda mengetahui ilmu kenderaan ini.
Sememangnya, ia sangat mudah buat pemandu atau pemilik kenderaan kerana ciri-ciri kecanggihan dan kemewahan tersebut. Jadi, apa yang menjadi masalah untuk teknologi baharu ini? Sudah semestinya, penjagaan yang baik butang ini untuk tidak rosak. Kebanyakan orang di luar sana suka tidak mengambil kira akan penjagaan yang betul untuk mengelakkan kerosakan.
Untuk pengetahuan anda, jika kereta tersebut mempunyai ‘push start button’, apa yang perlu dilakukan adalah pemandu perlu memijak pedal brek dan menekan ‘push start button’ sebaik sahaja masuk dalam kenderaan. Sebenarnya cara sedemikian mampu merosakkan enjin anda dalam jangka masa panjang!
Terdapat tiga langkah yang boleh diikuti jika anda mempunyai kenderaan yang menggunakan “push start button” untuk menghidupkan enjin iaitu:
Apa yang perlu anda buat adalah, tekan sekali sahaja “push start button” tanpa memijak pedal brek. Ini membolehkan panel elektronik sahaja yang akan menyala dahulu.
Seterusnya, anda perlu menekan butang “stop/start” buat kali yang kedua untuk menghidupkan panel instrumen meter kereta anda. Ini akan membuatkan kotak meter menyala sedia untuk dihidupkan secara keseluruhan! Jadi anda boleh cuba cara ini dengan mudah.
Biasakan untuk biarkan lima ke tujuh saat kemudian baru anda boleh menekan pedal brek dan tekan butang “stop/start” sekali untuk menghidupkan enjin kereta pula.
Untuk pengetahuan anda, ketiga-tiga langkah ini adalah bertujuan untuk membuatkan kotak komputer kereta anda mengawal semua sistem dalam kereta dan sempat untuk menghantar semua signal ke dalam bahagian komponen serta sensor yang penting seluruh kereta tanpa dalam keadaan terkejut! Alang-alang kereta pun dah berteknologi baharu kan, jadi jagalah dengan baik supaya tak cepat rosak. InsyaAllah okay! Selamat mencuba.
Sumber: Mstar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solat Subuh yang hanya dua rakaat mempunyai hikmah yang tersendiri jika direnungkan dalam perspektif ilmu sains khususnya sains biologi dan fizik.
Rasulullah SAW memberitahu bahawa mereka yang taat dalam mendirikan solat Subuh bakal dikurniakan cahaya yang terang pada hari kiamat kelak.
“KEGEMBIRAAN WAKTU SUBUH – JANGAN TINGGALKAN 10 PERKARA”
Kita sebagai umat Rasulullah ﷺ diberi banyak keistimewaan dengan ganjaran pahala yang tidak diberikan kepada umat terdahulu…betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita.
Waktu subuh mempunyai ganjaran yang begitu besar jika seseorang itu mengetahui kelebihannya. Kita wajib mensyukuri dan akan ketahui akan nikmatnya ketika menutup mata, berada di Padang Mahsyar dan di hari Kiamat kelak.
JANGAN TINGGALKAN 10 PERKARA
1. Solat sunat sebelum subuh (selepas fajar sadiq)
#Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Riwayat Abu Daud, Muslim dan al-Nasa’i)
Malah disebabkan nilainya yang begitu tinggi, disunatkan mengqada solat sunat fajar itu sekiranya terlewat waktunya, sama ada setelah selesai solat Subuh atau setelah terbit matahari.
2. Ketika solat sunat fajar isi dengan bacaan surah
Saiyidina Umar ketika bertamu di rumah Rasulullah ﷺ “aku selalu mendengar Rasulullah ﷺ membaca surah al Kafirun (rakaat pertama) dan al-Ikhlas (rakaat ke-2). Surah ini berkaitan dengan aqidah, maka hendaklah dipasakkan dalam diri agar dapat mengukuhkan keimanan kita.
Di samping itu, boleh juga baca surah al Insyirah dan al Fiil sebab ulama berkata “tidak akan terkena padanya yang menyakitinya hari itu.” Membaca kedua-dua surah tersebut sebagai pendinding di awal pagi.
3. Solat subuh (samada berjemaah atau tidak)
Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin, maka dia akan masuk syurga.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban). Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah solat Subuh dan Asar.
Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya Nabi ﷺ bersabda:
“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]
5. Sesiapa yang solat Subuh berjemaah kemudian berdoa,
اللهم زقنا الإستقامة
“Allahumma zugna istiqamah”
Ya Allah rezekikan kami istiqamah
Umpama beribadah sepenuh malam mulai daripada waktu Maghrib hingga Subuh.
5. Selepas memberi salam solat Subuh, jangan dirongkai kaki (duduk tawaruk) dan jangan bercakap lalu membaca zikir tersebut.
Rasulullah ﷺ bersabda, sesiapa yang membaca zikir berikut 10 kali sesudah solat Maghrib dan Subuh:
Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya,
Bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, ditangan-Nya kebaikan,
Yang menghidupkan dan mematikan serta Dia berkuasa membuat segala sesuatu.
Maka akan dicatat baginya ganjaran untuk setiap kali bacaan 10 pahala, dihapuskan 10 dosa, diangkat 10 darjatnya, di samping itu menjadi perlindungan dari syaitan.
6. Jangan tinggalkan membaca:
اَللّهُمَّ اَجِرْنَا مِنَ النَّارِ (×7)
Siapa yang selesai solat Subuh dan Maghrib lalu membaca “Allahumma ajirna minannar (Ya Allah, lindungilah kami dari api neraka)” 7 kali, jika meninggal pada malam itu nescaya Allah menulis baginya perlindungan dari api neraka.” (HR Nasa’i dan Abu Dawud dari al Harist bin Muslim)
Dengan membaca doa ini, api neraka akan berkata kepada Allah, “Ya Allah, jauhilah orang itu daripada aku Ya Allah.”
7. Sebelum ke masjid/surau, selepas solat sunat Subuh, rebahkan badan di rusuk sebelah kanan lalu baca doa “Allahumma robba Jibril wa robba Mikail wa robba Israfil wa robba Muhammad, ajirna minnar ”
“Ya Allah, Rabb Jibril, Mikail, Israfil dan Muhammad, lindungilah kami dari api neraka.”
**Perbuatan merebahkan badan sebagai 1. Sunnah Nabi 2. Kedudukan badan dalam kubur 3. Kedudukan jantung 4. Menunjukkan betapa lemahnya kita tidak mampu melaku kan apapun tanpa kekuatan dari Allah.
8. Jangan lupa bawa dan masukkan duit dalam tabung masjid/surau
Jika tidak sempat sediakan “Tabung Subuh” di rumah, dikumpulkan setiap hari dan disedekahkan kepada masjid/surau.
Dari Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada orang yang suka berinfak.” Malaikat yang kedua berdoa, “Ya Allah, berikanlah kebinasaan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).” (HR. Bukhari dan Muslim)
9. Jangan tinggal selepas solat Subuh membaca zikir ini dengan ucapan “Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi, wa ridhoka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi ” (HR Muslim).
Maknanya: Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘Arasy-Nya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (HR Muslim)
10. Baca ” …innama sana’uu kaidu saahir wa ka yuflihus saahiru haithu ataa” Surah Taha: 69
“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana ….sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.
Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang memuliakan waktu Subuh.
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.