Jika kita melihat perbandingan wanita berhijab dahulu dan hari ini, pasti anda dapat mengenalpasti perbandingan yang amat ketara. Kerana, wanita berhijab kini lebih modest dan gemar mengayakan aksesori bersama hijab seperti cekak, pin rambut dan juga anting-anting.
Meskipun kadang, tudung yang digayakan sudah cantik dan mempunyai perincian yang mewah tanpa memerlukan bantuan aksesori untuk stand out dan menyerlah jika digayakan di khalayak umum.
Justeru, Hijabista berkesempatan mencerap sudut pandang seorang penatarias dan pereka fesyen terkemuka, Rico Rinaldi tentang pengayaan dan stail aksesori yang betul dan sesuai digayakan bersama tudung.
Pengasas jenama fesyen terkemuka, Rico Rinaldi berpendapat, seorang wanita berhijab perlu bijak dalam menatarias gaya dengan memadankan warna dan pemilihan corak yang tepat untuk digayakan bersama busana yang mahu dipakai.
Terutamanya pada bulan Syawal ini dimana ramai dikalangan hijabi memenuhi undangan rumah terbuka dan ziarah menziarahi sesama keluarga.
Artikel berkaitan: Hijrah & Pengorbanan Kecil Rico Rinaldi, Tolak Tempahan Busana Yang Tiada ‘Full lining’ & Yang Terdedah
“Kalau dia berhijab tetapi dia punya aksesori tu over sedikit daripada tudung yang dia pakai. Tudung dah cantik dah, tapi mengenakan eksesori yang melampau adalah amat tidak sesuai.
“Dalam dunia fesyen pun, perkara terakhir yang diambil kira adalah aksesori. Jadi kena bijak menggayakan. Kalau tudung dah cantik tak payah nak pakai aksesori yang sarat,” kata Rico.
Ketika diminta menjelaskan lebih lanjut fesyen dan pengayaan warna hijab dan corak yang bagaimana tidak sesuai dijadikan trend atau akan terlihat serabut jika digayakan, Ini penjelasan yang diberikan oleh Rico.
“Contohnya, ‘Print on Print’, kalau baju dah printed tudung tak payahlah printed juga. Selain itu, pemilihan warna juga penting. Janganlah pilih warna yang hampir serupa dengan warna kulit anda, kerana ia akan membuatkan anda kelihatan kusam dan suram.
“Jadi pemilihan warna dan corak juga penting dan perlu dijaga khususnya bagi mereka yang berhijab,” jelasnya lagi.
Jadi bagi hijabi yang nak nampak on point dalam setiap gambar Outfit of The Day (Ootd) semasa aidilfitri ni, pastikan anda ambil perhatian tentang perkara ini!
Dah tau tip yang dikongsikan oleh Rico Rinaldi kan? Jangan lupa aplikasikan okay, jangan sampai jadi, ia akan membuatkan fashion disaster hingga terlihat seperti fashion victim!
Artikel berkaitan: Anggun Dan Minimalis DNA Koleksi Perkahwinan Rico Rinaldi Sempena Pandemik Covid-19
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.