Wanita Berhijab Jadi Hakim Mahkamah Agung Amerika, Angkat Sumpah Pakai Al-Quran

Share

Nadia Kahf adalah wanita pertama memakai tudung dilantik sebagai hakim di Mahkamah Agung di New Jersey.

Nadia, seorang pendatang Syria, telah mengangkat sumpah Khamis lalu dengan tangannya di atas naskhah Al-Quran di Mahkamah Tinggi Passaic County pada Khamis. 

Artikel Berkaitan : Pemimpin Berjiwa Rakyat: Agong, Permaisuri Berkenan Kerajaan Tidak Bayar Emolumen Diraja Enam Bulan

Nadia Mengangkat Sumpah Di Pejabat Kehakiman Menggunakan Al-Quran.

Dalam video yang dimuat naik TRT World, Nadia turut mengangkat sumpah di pejabat kehakiman dengan menggunakan Al-Quran.

“Saya bangga untuk mewakili komuniti Muslim dan Arab di New Jersey serta di Amerika Syarikat,” kata Nadia.

“Diversiti adalah kekuatan kita, ia bukanlah satu kelemahan. Saya berharap agar orang ramai dapat memahamiya,” katanya lagi.

Beliau akan berkhidmat sebagai hakim di Passaic County, New Jersey. Gabenor New Jersey Phil Murphy mencalonkannya tahun lepas, dan dia dijangka disahkan tidak lama lagi.

Menurut laporan Siasat, Nadia berhijrah ke Amerika Syarikat dari Syria bersama keluarganya ketika beliau berusia 2 tahun.

Sejak 2003, Nadia telah menjadi ahli lembaga Majlis Hubungan Amerika-Islam bahagian New Jersey. Beliau kini berkhidmat sebagai pengerusi lembaga.

Artikel Berkaitan : Mira Fillzah Terkilan, Dua Pemimpin Popular Negara Kecundang Pada PRU15

Sebelum ini, Carolyn Walker-Dialo ialah seorang hakim yang memakai tudung. Dia menjadi orang pertama berbuat demikian di New York pada 2015.

Terdapat dua wanita Islam yang memakai tudung sebagai hakim, tetapi terdapat ramai orang Islam yang juga berkhidmat sebagai hakim di Amerika Syarikat.

Sumber: moroccoworldnews

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Farah Zulaikha