Sebuah hadiah untuk seluruh kaum wanita di seluruh dunia. Bersempena menyambut Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2022 nanti, sebuah lagu yang dihasilkan oleh KGE Studio bertajuk “Wanita Adalah Rakyat” sebagai lambang penghormatan kepada kaum wanita dalam memperjuangkan hak wanita & kesaksamaan jantina di Malaysia.
Apa yang menariknya mengenai lagu ini, ia menggabungkan nama-nama besar seperti Nikki Palikat, Kaka Azraf, Takahara Suiko, Loca B, Sharifah Amani, Fatimah Abu Bakar dan YB Nurul Izzah menjadikan ia sebuah lagu yang begitu istimewa.
”Wanita Adalah Rakyat” adalah sebuah lagu pop balada moden yang memberi solidariti dan harapan kepada kaum wanita di seluruh negara. Sebuah lirik video tentang lagu ini akan disiarkan di Youtube KGE studio pada Hari Wanita Sedunia pada 8 haribulan Mac 2022 dan audionya juga boleh didengari di semua platform digital hari ini. Anda boleh mendengar lagu “Wanita Adalah Rakyat” di Youtube.
Klik di sini.Menjadi keterujaan buat semua kaum wanita apabila YB Nurul Izzah juga turut sama menyumbang suara dengan memberikan kata-kata semangat dalam lagu ini iaitu:
Kita hanya ada satu peluang, maka maknakan hidup kita Lindungi wanita-wanita kita seperti menjaga sebuah negara.
“Wanita Adalah Rakyat”. Lagu ini ada peringatan tentang peranan wanita dalam pembinaan negara. Suara wanita menduduki separuh stadium negara. Oleh itu, adalah wajar penyertaan mereka dipuji, dan sumbangan mereka dihormati.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe