Sebuah hadiah untuk seluruh kaum wanita di seluruh dunia. Bersempena menyambut Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2022 nanti, sebuah lagu yang dihasilkan oleh KGE Studio bertajuk “Wanita Adalah Rakyat” sebagai lambang penghormatan kepada kaum wanita dalam memperjuangkan hak wanita & kesaksamaan jantina di Malaysia.
Apa yang menariknya mengenai lagu ini, ia menggabungkan nama-nama besar seperti Nikki Palikat, Kaka Azraf, Takahara Suiko, Loca B, Sharifah Amani, Fatimah Abu Bakar dan YB Nurul Izzah menjadikan ia sebuah lagu yang begitu istimewa.
”Wanita Adalah Rakyat” adalah sebuah lagu pop balada moden yang memberi solidariti dan harapan kepada kaum wanita di seluruh negara. Sebuah lirik video tentang lagu ini akan disiarkan di Youtube KGE studio pada Hari Wanita Sedunia pada 8 haribulan Mac 2022 dan audionya juga boleh didengari di semua platform digital hari ini. Anda boleh mendengar lagu “Wanita Adalah Rakyat” di Youtube. Klik di sini.
Ads
Menjadi keterujaan buat semua kaum wanita apabila YB Nurul Izzah juga turut sama menyumbang suara dengan memberikan kata-kata semangat dalam lagu ini iaitu:
Ads
Kita hanya ada satu peluang, maka maknakan hidup kita Lindungi wanita-wanita kita seperti menjaga sebuah negara.
“Wanita Adalah Rakyat”. Lagu ini ada peringatan tentang peranan wanita dalam pembinaan negara. Suara wanita menduduki separuh stadium negara. Oleh itu, adalah wajar penyertaan mereka dipuji, dan sumbangan mereka dihormati.
Ads
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Presiden Netizen ataupun lebih popular dengan jolokan ‘Queen of Viral’, Dato Seri Vida (DSV) hadir dengan sebuah lagu baru yang memberi anda sebuah perspektif yang berbeza mengenai dirinya. Bagi penulis, lagu barunya yang bertajuk Ku Ikhlaskan ini bagaikan sebuah metafora yang menceritakan tentang apa yang tersirat disebalik isi hatinya.
Ku Ikhlaskan, sebuah lagu karya Amy Ukays bersama DSV memiliki sentuhan malar segar yang cukup untuk membuatkan anda terbuai lena diulit mimpi indah. Baik lirik yang begitu puitis serta memiliki makna yang mendalam nukilan DSV sendiri bisa membuatkan hati anda tersentuh. Sungguh, lagu ini sebuah lagu yang wajib anda dengar dan hayati.
Apa yang menariknya mengenai lagu ini, konsep video muziknya begitu unik dan berbeza dan membuatkan ramai yang ternanti-nanti untuk menontonnya. Menurut Kel Wen, pereka fesyen BEHATI yang ditugaskan untuk mengarah video muzik Ku Ikhlaskan serta menggalas tanggungjawab untuk memastikan pakaian DSV tampak menonjol dan unik dalam video muzik ini, konsepnya lebih memfokuskan kepada perjalanan percintaan DSV yang terdahulu bersama si dia, yang disulami bintik-bintik hitam memilukan. Setiap gerak-geri yang dipersembahkan dalam video muzik ini juga mempunyai makna tersirat yang menyimpul sejuta rasa pendam, kecewa, amarah, duka dan redha DSV sendiri.
Kongsi Kel Wen lagi, pemakaian gaun putih ala perkahwinan dan berlari di Dataran Merdeka menggambarkan erti kebebasan yang dirasai oleh DSV selepas bergelut dengan hubungan cinta yang suram sehingga DSV sendiri ikhlas untuk melepaskan ikatan cinta yang sudah terbina itu. Antara babak lain yang menjadi simbol ikonik dalam video muzik Ku Ikhlaskan ini ialah di pengakhiran video apabila DSV memakai telekung bersaiz besar yang menggunakan 20 meter kain putih. Dalam babak ini, menggambarkan tentang keikhlasan hati DSV yang redha dengan apa yang terjadi dan memohon keampunan kepada-Nya tentang segala dosa-dosa yang pernah dilakukannya.
Sungguh, babak ini begitu sentimental dan membuatkan air mata penulis hampir mengalir. Begitu juga dengan babak permainan catur yang turut diselitkan dalam video muzik ini, ia menghuraikan tentang cinta sejati DSV yang dipermainkan oleh si dia. Ternyata, Ku Ikhlaskan sarat dengan cerita cinta suram yang sudah lama dipendam oleh DSV.
Rata-rata netizen menerima baik video muzik Ku Ikhlaskan dan memberi komen yang begitu positif di laman instagram DSV. Ramai juga yang tidak menyangka bahawa lagu yang dihasilkannya ini benar-benar meruntun jiwa! Video muzik Ku Ikhlaskan juga berjaya meraih 200 ribu tontonan di Youtube dalam hanya beberapa jam selepas dilancarkan!
Team Hijabista mengucapkan syabas kepada seluruh team produksi Ku Ikhlaskan kerana berani mempersembahkan sesuatu yang berani, berbeza dan unik! Syabas!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Puasa yang ditinggalkan wajib diqadakan di samping perlu membayar fidyah (JIKA TIDAK MAMPU MENGGANTIKAN PUASA HINGGA TIBA RAMADAN BERIKUTNYA). Berpuasa adalah Rukun Islam yang ketiga.
Setiap umat Islam wajib melaksanakannya. Namun dalam keadaan tertentu seperti uzur syarie, haid bagi wanita dan masalah kesihatan maka terpaksalah seseorang itu tidak berpuasa.
Jika seseorang itu meninggalkan puasa Ramadan atas sebab-sebab tertentu, maka dia wajib mengqadakan puasanya itu mengikut bilangan hari yang dia tinggalkan.
Maksudnya: Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Surah al-Baqarah, 2:185)
Jika dia merupakan seorang yang memiliki uzur syarie, seperti sakit, lalu dia meninggalkan puasa Ramadan dalam keadaan dia mampu untuk menggantikannya pada bila-bila waktu selepas Ramadan, kemudian dia mati. Maka ke atas wali/warisnya untuk menunaikan puasa bagi pihak dia.
Daripada Aisyah R.anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang mati sedangkan ke atasnya ada puasa (yang perlu diqadakan) maka walinya berpuasa bagi pihaknya.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Daripada Ibn Abbas RA, beliau menceritakan:
جاء رجلٌ إلى النبيِّ صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسولَ اللهِ إن أمي ماتتْ وعليها صومُ شهرٍ، أفأقضِيه عنها ؟ قال: نعم ، قال: فديْنُ اللهِ أحقُّ أن يُقْضَى
Maksudnya: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku sudah wafat dan ke atasnya ada sebulan puasa yang perlu diqada, bolehkah aku menunaikannya bagi pihak beliau? Berkata Baginda SAW: Boleh. Adalah hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dilangsaikan.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Wali bererti kaum kerabat dan keluarga. Perlu diperhatikan bahawa fidyah hanya dibayar jika seseorang yang meninggal sebelum sempat mengqadakan puasanya sedangkan dia mampu untuk berbuat sedemikian ketika hidup.
Para ulama membahagikan kaedah penentuan bilangan hari untuk puasa qada kepada dua; tahdidi dan taqribi. Tahdidi bererti menentukan dengan tepat bilangan hari yang ditinggalkan, manakala taqribi ialah menggunakan anggaran berapa hari yang ditinggalkan kerana seseorang itu lupa berapa hari puasa yang telah dia tinggalkan.
Guru kami, Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Shinqiti menjelaskan kaedah penentuan secara taqribi ini ialah dengan bertanya kepada seseorang itu seperti ini:
Maka jumlah taqribinya ialah 75 hari. Berkenaan dengan fidyah, hendaklah seseorang itu berusaha mengqadakan puasanya setiap hari yang mungkin terlebih dahulu. Ini lebih bersifat ihtiyati (berhati-hati) dalam urusan agama berbanding terus membenarkan membayar fidyah sehingga mengabaikan tuntutan qada’.
Selain daripada itu, boleh juga ditanya kepada mufti negeri masing-masing untuk kepastian lanjut. Semoga usaha kita untuk mengqada puasa-puasa yang lalu menjadi muhabasah kita untuk meraih kebaikan yang lebih besar daripada Allah SWT pada masa akan datang.
Makan nasi bersama ulam-ulaman tentunya lebih menyelerakan. Antara ulam-ulaman yang cukup popular di kalangan masyarakat kita ialah pegaga. Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah memberi impak besar kepada kecantikan.
Pegaga diketahui berkhasiat bagi menyegarkan badan. Dalam perubatan tradisional, pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit, penyakit kusta, juga dipercayai berupaya melambatkan kulit kedut, menyembuhkan demam, melancarkan peredaran darah, merawat pitam.
Pegaga juga sangat elok diambil untuk mengurangkan berat badan, awet muda, rawatan lepas bersalin, meningkatkan kecergasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, melancarkan suara, merawat penyakit nyayuk, mengawal keguguran rambut ,melicin dan menyihatkan kulit dan sebagainya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Selain itu, pegaga juga digunakan untuk menyembuhkan beberapa penyakit antaranya mengecutkan peranakan, mengubat gatal pada vagina dan menghilangkan bintik-bintik hitam di muka. Daun pegaga juga boleh merawat kecantikan anda. Sangat sesuai diamalkan dalam diet harian.
MENAIKKAN SERI WAJAH
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. Setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda akan lebih berseri.
KECUTKAN PERANAKAN
Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.
MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM DI MUKA
Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.
CARA-CARANYA:
Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya.
Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka akan berseri. Amalan kerap memakan pegaga boleh menjadikan seseorang itu awet muda dan tubuh badan tidak gemuk
Untuk menyejukkan badan, biasanya pegaga diambil secara segar sebagai ulaman, dan diminum sebagai tonik untuk kecergasan otak. Pengambilan pegaga secara segar memerlukan bekalan bahan mentah yang berterusan.
Hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Institusi Penyelididkan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), Faridah Hussin telah berjaya menghasilkan minuman pegaga daripada empat jenis minuman iaitu minuman pegaga, minuman pegaga halia, minuman pegaga madu dan minuman pegaga halia madu. Beliau telah berjaya membangunkan suatu teknologi praperlakuan ke atas pegaga dengan menggunakan larutan garam pada peratus yang amat rendah.
Peratusan ini telah berjaya menstabilkan klorofil yang amat sensitif kepada pemprosesan dan penyimpanan kerana ia akan berubah warna daripada hijau kepadahijau keperangan.
Dalam penghasilkan produk-produk ini, pegaga segar dikisar begitu saja atau ditambah halia pada peratus yang telah ditetapkan dan dicampur dengan sedikit larutan garam.
Kemudian pegaga akan ditapis dan ekstrak jus akan dicampurkan dengan madu, asid sitrik, penstabil makanan semulajadi dan ditambah dengan air sehingga ke isi padu yang ditetapkan.
Berikut perkongsian Rose Madrus cara-cara membuat jus pegaga.
CARA BUAT JUS PEGAGA:
BAHAN-BAHAN:
1 inci halia
Segenggam pegaga bersama akar(ambil dalam pasu kat laman)
1 gelas air
1 sudu madu
CARA-CARA:
Kisarkan ke semua bahan dan bolehlah terus diminum. Boleh diminum terus atau boleh juga ditapis. Terpulang pada diri masing-masing. Ada rasa pedas-pedas halia tapi tiada rasa pahit.
Minuman jus halia ini bagus untuk merawat kulit bermasalah, menyerikan wajah dan menegangkan kulit. Ia juga membantu menambahkan kolagen dan membantutkan penuaan sel supaya wajah kelihatan sentiasa awet muda.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.