Bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri seperti Johor, dan Melaka banyak memberikan kesan kepada rakyat yang menetap di sana. Jumlah mangsa banjir juga meningkat di sesetengah kawasan di Johor.
Penyanyi Wani Syaz turut menzahirkan rasa sayu melihat keadaan yang berlaku tambahan pula Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Kediammanya di Batu Pahat, Johor juga masih ditenggelami banjir.
Di temubual bersama Harian Metro, Nursyazwani Selamat, 25, itu percaya keadaan yang berlaku ini sebagai satu dugaan sebelum bulan Ramadan tiba. Namun, perasaan hiba tetap dirasai melihatkan keadaan orang sekeliling yang turut terjejas.
Artikel berkaitan: Salur Dana RM 50,000 Bantu Mangsa Banjir Pantai Timur! Nana Mahazan Kagumi Mentaliti ‘Para Jutawan’ Ini!
“Sedih juga sebab dah nak dekat Ramadan, tapi, saya anggap ini sebagai dugaan buat kami, bukan sahaja saya dan keluarga, tetapi penduduk sekitar yang turut terkesan akibat banjir.” katanya.
Wani juga sempat bergurau mengenai tempahan pakaian untuk menyambut Aidilfitri. Katanya, harap tidak bertukar warna atau hanyut sahaja kerana rumah tukang jahit itu juga sama terkesan dengan banjir yang melanda.
“Saya ada hantar kain untuk tempah baju Raya, tapi,rumah tukang jahit pun terkesan sama akibat banjir. Harapnya, kain saya tidak hanyut atau bertukar warna.” ujarnya lagi.
Tempoh hari, Wani juga sempat mengumpul dana sebagai bantuan kepada penduduk setempat. Jelasnya, wang bantuan yang terkumpul mencecah RM 5,000.00 setakat ini.
“Saya masih lagi dalam proses mengumpul dana bantuan dan jumlah terkumpul setakat ini. mencecah RM5,000. Akibat banjir, rumah dan kedai saya turut terkesan, sekali gus tak ada banyak yang boleh diselamatkan,
“Barang-barang terutamanya, barangan elektronik, memang semuanya rosak. Dalam pergelutan dengan bencana alam itu, saya sempat selamatkan nenek saya yang lumpuh dan juga kucing. Buat masa sekarang, saya dan ibu menumpang di rumah sepupu,
Artikel berkaitan: “Pakaian Yang Ada Tak Menutup Aurat…” Munawwareen Sumbang Telekung Buat Mangsa Banjir. Tak Fikir Rugi Pun!
“Mungkin akan ambil masa sekitar dua ke tiga minggu untuk air benar-benar surut dan selepas itu, barulah kami dapat mulakan kerja-kerja pembersihan,
“Kali terakhir banjir besar yang saya ingat berlaku di kawasan saya adalah pada 2006. Tapi, pada waktu itu, saya masih kanak-kanak. Jadi, bila berlaku banjir baru-baru ini, memang sangat terasa.” jawabnya.
Wani ditemui sewaktu sesi memperkenalkan single duet terbaharunya bersama Wany Hasrita berjudul Sakitnya Penantian. Lagu ini merupakan hasil ciptaan komposer, A Ramlee dan Ezra Kong.
Sumber: Harian Metro
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.