Khas buat peminat wangian “Bombshell” keluaran Victoria’s Secret, wangian ini bukan sahaja boleh memikat lelaki tetapi juga berkesan menghalau nyamuk. Siapa sangka wangian Victoria’s Secret Bombshell lebih dari sekadar wangian.
Apa yang menarik, menurut kajian terkini oleh pengkaji di New Mexico State University (NMSU), wangian ini mampu bertindak menghalau nyamuk yang efektif, dengan aroma yang bertahan hingga dua jam jika disembur banyak.
.
Kajian yang dikeluarkan di dalam Jurnal of Insect Science, pengkaji di NMSU telah menguji lapan jenama produk penghalau nyamuk serta dua wangian termasuk Bombshell.
“Kami megkaji VS Bombshell kerana salah seorang daripada subjek kajian kami telah menerimanya sebagai hadiah hari jadi, jadi kami memilihnya tanpa perancangan,” kata Immo Hansen, Associate Professor di NMSU.
“Memandangkan aromanya flora dan manis, kami fikir ia akan menarik nyamuk, tetapi yang sebaliknya terjadi.
.
“Memang terdapat beberapa penulisan mengatakan nyamuk tertarik pada bau manis buah dan flora dan jika boleh, elak memakai haruman begitu. Agak menarik bila melihat nyamuk bukannya mahu mendekati malah menjauhi orang yang memakai wangian VS itu,” jelas Stacy Rodriguez, seorang pengkaji.
Penyelidikan itu bagaimanapun tidak menjelaskan kenapa wangian Victoria’s Secret tidak disukai nyamuk tetapi ia berkesan menghindar serangga itu selama dua jam apabila disapukan ke tangan.
Sumber: projekmm.com