Berita

WAN SHARMILA Titip Kata-Kata Semangat Buat Yang Masih Single, Kongsi Ciri-Ciri Wanita Solehah

Share

Sebagai seorang yang masih berstatus ‘single’ pelakon dan usahawan cantik, Wan Sharmila kelihatan sangat tenang dan bahagia menjalani kehidupan sehariannya. Baru-baru ini, pemilik nama penuh Wan Sharmila Wan Muhamed ini ada menitipkan kata-kata semangat di Instagramnya buat para wanita khususnya yang masih ‘single’. Wan Sharmila turut berkongsi ciri-ciri dimiliki wanita solehah.

Kredit Foto: lala.wansharmila

Harapannya agar semua wanita (solehah) yang masih ‘single’ dikurniakan jodoh pada waktu yang tepat dan berkat.

Tulis Wan Sharmila di ruangan kapsyen: –

“Dearest Wanita Soleha, Semoga siapa sahaja yang masih single akan Allah kurniakan jodoh pada waktu yang terdekat, waktu tepat dan waktu yang berkat.”

Kredit Foto: lala.wansharmila

Dalam pada itu, Wan Sharmila turut berkongsi ciri-ciri wanita solehah seperti mana disebut oleh Nabi Muhammad SAW.

“Semoga bakal suami awak dapati ciri-ciri ini pada diri awak semua.

“Nabi (SAW) sebut Wanita Solehah itu: –
1) Apabila kamu memandangnya hati kamu tenang dan senang.
2) Taat kepada suami (yang tiada suami taat kepada kedua ibu-bapa).
3) Apabila suami tiada di rumah dia menjaga maruah dirinya, menjaga harta suaminya.

Kredit Foto: lala.wansharmila

Wan Sharmila yang mesra dengan panggilan Lala turut menitipkan doa buat para isteri solehah yang taat kepada suami.

“Untuk para isteri, Semoga awak semua dapat masuk Syurga dari pintu syurga taat pada suami.”

BACA JUGA: “Semakin Istiqamah, Semakin Cantik!” Usia 42 Tak Halang WAN SHARMILA Tampil Bergaya, Tetap Patuh Syariah

Usia hampir mencecah 43 tahun namun Wan Sharmila yang kini aktif dengan program-program keagamaan dan majlis ilmu, Wan Sharmila masih kekal menawan.

Kredit Foto: lala.wansharmila

Sejak bertudung lima tahun lalu, Wan Sharmila kekal istiqamah dengan hijrahnya.

Wan Sharmila sentiasa memilih pakaian longgar dan bertudung labuh mengikut syariat Islam. Wan Sharmila juga berada dalam circle yang baik-baik dan positif.

Kredit Foto: lala.wansharmila

Hijabista mendoakan agar Wan Sharmila terus istiqamah, kekal anggun dan dikurniakan jodoh terbaik yang dapat sama-sama menuju ke syurga Allah SWT.

Untu info, Wan Sharmila mewarisi bakat lakonan ibu saudaranya yang merupakan pelakon veteran terkenal Wan Maimunah.

Antara drama popular lakonan Wan Sharmila ialah Tari Tirana sekitar tahun 2009.

Kredit Foto: lala.wansharmila

Wan Sharmila pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang penerbit pada 2007 namun mereka bercerai pada 2009.

Wan Sharmila kini mengusahakan bisnes busana Muslimah miliknya iaitu Sharkha by Wan Sharmila.

 

Published by
Amy Mohd